Saturday, October 13, 2012

Ketika Harus Bertahan, Ketika Harus melepaskan..


Sekadar perkongsian..

bila tengok tayar kereta..tayar motor..kita boleh nampak ia berpusing kan?? bukannya statik je kann??
begitu jugak lah kehidupan.. tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. Allah tu kan Maha Adil..Hanya DIa yang tahu mana yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya..norra sentiasa pegang ayat ini..

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu Allah mengetahui sedang kamu tidak."
-Al-Baqarah: 216-

Ada tikanya kita mahu teriak memberitahu satu dunia bahawa kita terluka..dah lama bertahan sehinggakan tiada daya lagi untuk berjalan, luka seolah-olah berdarah tiada hentinya. Jika direnung dari sudut positif,  Setelah sekian lama kita memendam, rupanya Allah izinkan juga kita tempuh jalan itu dan itu adalah "keputusan terakhir" yang terbaik untuk kita. Pasti!

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan..orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan..tapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kita sedar bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya.

orite..cuba renung sejenak apa yang di'list'kan ni...

      Kita tidak ingin melepaskan seseorang itu kerana kebahagian kita tergantung pada orang itu.



Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu tanpan, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain



Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seperti dia.


Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah senantiasa terbayang di benak kita

Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata "Saya sangat mencintainya."

Peringatan..

Melepaskan bukanlah akhir dari dunia melainkan awal dari suatu kehidupan baru.

Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung pada orang itu.

Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang tampan, yang cantik dan yang teristimewa itu belum tentu yang terbaik buat kita.



Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, DIA telah siap memberi yang lebih baik.



Kita harus melepaskan seseorang kerana saat-saat indah itu hanyalah tinggal masa lalu, yakni tiada lagi sekarang.

Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata "tiada lagi yang dapat dipertahankan."

Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa. Namun kita telah memahami sesuatu:
Segala Sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan..


"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?
dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu??
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
Kerana sesungguhnya segala kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),
Kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu berharap"
(QS.94: 1-8)



Seperti kata orang bijak..

Kadang Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita besyukur akan KurniaNya dan belajar sesuatu daripadanya.

InsyaAllah.


-DSC-




Thursday, October 11, 2012

Forgive and Forget

"Forgiveness might make us look weak, 
but for Allah, 
the weakest person is ones who hold hatred and anger."

Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk akrab denganNya, Tuhan menguji kita melalui hamba-hambaNya.


-Genta Rasa-

Alhamdulillah. 




Doa itu tautan dua hati menjadi satu


Selesai solat Isyak sebentar tadi..

akak ada message tadi..

sambut yanni..yg leka berfb.

ohh..ye ke..thank you..

tengok phone..got one message

T. tengok email..

msg from kanda,
Ahmad.

tanpa fikir panjang..pinjam laptop yanni yang sememangnya dah on..

and..tupp! 

sekadar ingin berkongsi sedikit doa yg b bt..

Bismillah hirrohman nirrohim..
Segala puji bagi Allah, tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam ke atas junjungan serta rasul utusan, begitu juga keluarga dan sahabatnya kesemuanya.

Ya Allah, ampunilah diriku, dosa-dosa ku, kedua-dua ibu bapaku. Rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sedari kecil lagi, begitu juga kesemua muslimin, muslimat, mukminin, mukminat yang hidup dan yang mati dengan rahmat-Mu wahai Allah. Tuhan maha pengasih dan maha Penyayang.

Ya Allah, apa- apa yang telah Kau putuskan terhadap ku daripada sebarang urusan, jadikanlah penghujungnya sebagai petunjuk. Sejahterakanlah akal, iman dan keyakinan ku, begitu juga segala apa yang telah Engkau nikmatkan ke atasku dengan nikmat-Mu wahai Tuhan yang Pengasih lagi Penyayang.

Ya Allah, Tuhanku, janganlah Engkau tinggalkan bagi ku di tempat ini dosa melainkan Engkau ampunkan, dan tidak ada dukacita melainkan Engkau lapangkan, tidak ada hutang melainkan Engkau jelaskan, tidak ada sakit melainkan Engkau sembuhkan, tidak ada kefakiran dan kemiskinan melainkan Engkau beri kekayaan, tidak ada orang jahil melainkan Engkau ajari dia, tidak ada musuh melainkan Engkau beri kemenangan, tidak ada keaiban melainkan Engkau tutup, tidak ada orang mati melainkan Engkau rahmati dia, tidak ada keperluan di dunia dan di akhirat hanya semata-mata yang Engkau redai, tidak ada kebajikan untuk ku melainkan Engkau tunaikan

Ya Allah, wahai Tuhan ku, hidupkan ku dengan iman, matikan ku dalam iman, serta masukkan ku ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, akhirilah umur ku dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur ku dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan ku, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman ku sesudah Engkau kurniakan kepada ku petunjuk. Anugerahilah ku rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan ku, kurniakanlah kepada ku kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah ku daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.





Amiinn..aminn Ya Allah...
thank you sayang atas doa ini..
sangat indah setiap bait yang disusun.
May Allah always bless us.

*sorry for everything tadi.
sebelum pejam mata..maafkan semua orang dulu k..
♥ ♥ ♥
 Awak



Wednesday, October 10, 2012

Baa haa alif gaa yaa aliff!

sebelum start membaca tuu..
try ambil pensel dan jawikan huruf di atas..
(tertera kat tajuk)
 dapatt?? pandai..
haa..itu lah tajuk tuk entry kali ini..


Aku doakan kau bahagia dunia akhirat..

wahh..bahagianya aku tengok kau dengan dia..sweet sangat!

apa itu bahagia??

Bahagia belum tentu tersimpan di istana yang megah bahkan bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia??

Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak mahupun kekasih?? ermm..

Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu serta mengakibatkan sakit di hati yang susah mengubatinya kalau time konflik lahh..

Pakar motivasi mengatakan:

Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda.

Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas. Sabda Baginda SAW bermaksud :

Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, itu juga kebaikan.
-Hadis Riwayat Imam Muslim-

Semuanya baik, baik dan baik. Apa-apa yang Allah pilihkan untuk kita adalah BAIK. Apabila sakit, ubatnya adalah senyum dan redha. SubhanaAllah!

Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil?? tak terkira jika kita mahu menghitung betapa banyaknya..

Ibnu Mas'ud apabila ditanya:

"Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?"

Beliau menjawab:

"Bukankah Allah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"

Orang banyak mengatakan :

 "Bahagia itu adalah kepuasan hati."

Tetapi, pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana dia yang bergelar manusia berada di dunia, pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kaya, cantik,sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah terpenuhi dengan sempurna..betul tak??

Selamilah dasar hati kita, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat Redha. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka..tak percaya..cubalah!

Sesungguhnya apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah lebih mengetahui apa yang 'sesuai' untuk kita. DIA yang memilih, yang Maha Sempurna aturanNya, yang Suci daripada cacat cela atas segala pentadbiranNya..SubhanaAllah!

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita 'tidak terima' dengan apa yang terjadi pada diri. Tetapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya 'terkejut' dipuncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas KetentuanNya. 

Sesuai dengan Firman Allah :

"Allah pun Redha ke atas diri mereka dan mereka pun redha dengan pemberianNya."
-Surah Al-Bayyinah : 8-

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu. Pertama ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal, tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang di antara Allah dan hambaNya. Sayang akan melahirkan redha ke atas apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita, terpaksa kita redha sebab sayang.

Tetapi, mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari-hari ketika sihat. Kalau rugi, semua orang diamuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini.

Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha. Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia. Tetapi, bukan bahagia yang 'diam' dalam hati, ia cuma menempel sebentar pada dinding hati kemudian lenyap begitu cepat.

Last but not least..Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah redha. Cukup senang formulanya, tetapi susah dilakukan kecuali orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman..


                                      
-AM-

*Thank you Allah*

Hanya dia kerana DIA.

Di dalam kesendirian ini, 
duduk termenung dan mengingatnya,
hatiku menangis..

Ya Allah..Aku Mencintai dia.
kerana dia selalu mendukung aku tuk berbuat kebaikan
dan mengajar aku dalam agama.
dan sering mengingatkan aku,
apabila aku berbuat kesalahan

dan aku melihat dirinya selalu bersujud padaNya
Sinar matanya yang penuh dengan kesungguhann,
Sikapnya yang selalu bersahaja,
Membuatku ingin selalu ada disampingnya,

Ya Allah,
berikanlah yang terbaik untukku, untuknya..
dan untuk seluruh teman-temanku.
Jika aku bukan yang terbaik untuknya
Berikanlah seseorang yang mampu menjaganya hingga akhir nanti
dan berikanlah diriku seseorang yang selalu mengingatkanku kepada-Mu 

alasanku mencintai dia,
bukan untuk kesenangan semata
tapi demi mendapatkan Redha Sang Pencipta.




**Walau jodoh sudah ditakdirkan, ia tidak akan datang sendiri.
Bila ia sudah nampak, jangan biarkan ia pergi..