Tuesday, October 18, 2011

Aku dan dia dah putus..




Assalamualaikum...

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah tak sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah tak mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun...

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”


beberapa bulan kemudian...

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang tidak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur..”

-Alhamdulillah-



.AI.

Sunday, October 2, 2011

Luahan rasa buat Bakal Suami serta Imamku kelak..:')





Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, maka itu adalah keredhaannya. Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya....

Bagiku, Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan aku masih mampu tersenyum, sambil berkata. aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...♥


Dariku...


Saya mahukan pertemuan kita yang pertama, saya kelihatan 'sempurna; di hadapan awak walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Saya cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus saya galas ketika dipertemukan dengan diri awak. Saya cuba membataskan perbicaraan saya dengan lelaki lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana risau saya menceritakan rahsia diri saya kepadanya kerana seharusnya awaklah yang harus mengetahuinya kerana diri awak adalah sebahagian dari diri saya dan ianya adalah hak bagi awak untuk mengetahui segala zahir dan batin diri saya ini..



Ketika saya merungkai bait-bait cinta untuk awak.....

Delapan tahun saya menunggu awak untuk menemani hari-hari saya

Dalam gelap malam, juga cerahnya pagi

Maka jika awak menemukan saya tak sesuai mimpimu selama ini

Percayalah sesungguhnya saya sedang belajar merajut mimpi itu….

Hanya awak seorang sahaja yang layak untuk saya..

Semoga awaklah insan persis seperti tercatat di Lauh Mahfuz saya...

Maka temani saya dalam ketaatan padaNya

Selalu bersama tak jemu berdoa kepadaNya

Agar hari ini saya akan menjadi isteri awak yang lebih baik dari hari kemarin

Dan agar esok hari awak akan menemukan saya sebagai isterimu yang lebih baik dari hari ini…InsyaAllah...


Buat bakal suami dan imamku kelak,

Saya akan tetap terus mendoakanmu..agar kita dipertemukan dalam satu ikatan yang sah dan melayari bahtera yang diredhaiNya hingga selama2nya..Aminn..


-AH-






Tuesday, September 27, 2011

Norra ♥ QiQy RaRa QiKo

22.09.2011..Alhamdulillah..masih berkesempatan melangkah ke 22 tahun..22 tahun di bumi Allah...dan selama itu lah banyak benda yang norra belajar...Bersyukur sangat dengan wishes dan doa yang norra dapat dari kenalan norra..thank you guys..♥

seperti tahun2 yang lalu..birthday norra tak sah kalau takde prank or 'surprise' dari gendut norra..Bazilah Hamid..and norra rasa..this year punya prank sangat2 lah menjadi, sebab buat norra menangis tersedu2 menjelangnya 12 tgh malam...nak taip citenya..sangat panjang..secara ringkasan...

Dia memberi harapan...plan bermula 3 hari sebelum hari kejadian..
dapat call dari seorang lelaki (kawan kitorang)..tawarkan tuk perform pada satu majlis rumah terbuka di sebuah hotel pada 30hb 9..dan akan dibayar rm1000 for 3-4 lagu..tak comfirm lagi wktu tu..sbb mcm was2 je..bila tanya mana dapat number norra, he said from my uncle..(rupanya uncle norra pun komplot sekali..:[ ) norra terus call my uncle..dia kata..nnt dia call balik..esoknya tak dapat apa2 jawapan pun...mlm tu..organizer tu nak jumpa norra..sbb nak bincang pasal event tu..aturcara lah konon..so..kitorg pun pilih lah Kedai Bisik2 sebagai tempat kejadian..tunggu punya tunggu...tak sampai jugak..20 minit gak lah tunggu..sabar je lah...bila msg, kata jalan sesak..huhuhu smbil2 tgh tgk cite yg dipasang di screen projector tu..suddenly gelap...





"Happy birthday to you 3X..happy birthday to you Norra..from us..Warga Kedai Bisik2..(memang pelanggan setia kedai tu pun)..and also bazilah and nasreen.."
ada 5 cupcake chomel2..

Ya Allah..saat tu memang tergamam sangat sangat sangat!!! then norra terus tanya..mana orang ni??( smbil tunjukkan Nini norra..) diorang just senyum and said.."this is one of our plan.." tak tahu napa norra sangat berderai waktu tu...mungkin berharap kot..huhuu takpe lah...mula2 agak nak marah..bila fikir balik..diorang just wanna make fun for my day..thank you very much girlfriends...Please..Please..Please dont do that next time..tak sanggup nak kecewa lagi..hehehe ;p
orite..tamat satu cerita..



Chomel kann??sayang nak makan..haiii..tapi habis lah jugakk! so deliciousss! nyummy! thanks gfs! **Tears Drop..

Chocolate Cake Ice Cream..ni nasreen yang belanja..Memang sedapp sehingga nak lagi!hehehe kongsi dengan lovely housemate sekali..;)


Special One..From my Gendut aka My Super GF aka Bazilah Hamid..thanks for everything sayang..love you to the max! ;p



next...rumah norra ada hero baru..dia datang rumah norra pada tarikh 18/9/2011...ada orang bagi..sangat special! thank you very much..akan norra jaga dia baik2..norra bagi nama dia RARA..chomel tak???

Dah macam pet nursing dahh..hehehe diorang ditinggalkan di Umah Seremban..nak bawak balik Shah Alam takut tak terjaga sebab class yang pack..rasa nak balik tiap2 hari je..Rindu!

QiQy! new member in our family..yg ni memang seyes norra sayang sangat!sebab book dia dari dalam perut mamy dia lagi..tak sangka dapat secomel ni..norra ambil dia dari rumah kenalan member norra..kak Intan..dia sangat bermurah hati bagi free..sebab rumah dia memang banyak kucing pun..thanks kakak! norra mmg dah lama cari kucing..tak sangka dapat secomel QiQy..Alhamdulillah..dia sangat manja..tapi still takut2 lagi..rumah baru kan..


Guys! Meet my QiQy..memang handsome habis di mata norra ni..siap ada tompok hitam di setiap kaki dan tangan dia...and pakai stoking lagi..chomel gailerr! ;))


orite...atas kepala dia tu just getah rambut je..kije Kamil..tapi chomel jugak..hehehe i miss you damm much QiQy! :)

** Nak balik Seremban please...:(




Tuesday, September 13, 2011

Deactivate FB...






"ambil angin ke??","ambil masa??","cari ketenangan??","tak nak kawan lagi ke??"" tu sebab delete Facebook??" takde lah..kebetulan minggu ni berderet2 mid term dan presentation..so deactivate sekejap je..dah settle semua nnt..norra activate lah balik..

Buat seseorang di sana..
"awak jangan risau ye..saya tak block awak lah..InsyaAllah..kita bersua kembali nnt..dan berkongsi ilmu lagi..masuk hutan baik2 ye..Semoga Allah merahmati Awak dan rakan2 yang ke kampung asli tu..ajar dengan penuh semangat tau! eh..telinga diorang panjang2 tak??hehehe"

mata dah macam panda..tapi takpe..demi Ilmu Allah ni..ku gagah kan jua..:) ohh ya..tadi ada waktu rehat..cari santapan untuk rohani..dan norra jumpa ini..dari blog Mohd Rusdi Ramli..sahabat norra..:)

Cinta mencintai dan di cintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan memberi bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilih berlandaskan agama pasti hasilnya di berkati oleh Allah dan sekiranya berlandaskan nafsu maka sudah tentu kelembah hina yang dituju..

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang di redhai Allah. Apabila kita betulkan niat, kita mesti menjadikan diri kita soleh atau solehah supaya insan yang Allah tentukan buat kita nanti juga begitu dekat dengan Allah.

Kita wajib ingat jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang, namun Allah jua yang menentukannya. Kita cuma hanya mampu berusaha mencari jodoh yang terbaik untuk Islam yang tercinta, selebihnya hanya bertawakal kerana Dia yang lebih berkuasa menentukan siapa jodoh kita yang telah di tentukan oleh-Nya. :')


thanks sahabat atas perkongsian kata-kata ni..dulu norra pernah terfikir tak nak fikir langsung pasal ni! biar dia datang sendiri..tapi bila fikir balik..sebenarnya kita yangkene cari orang tu..sebab orang tu takkan turun dari langit pun..bila dah jumpa..doa pada Allah supaya didekatkan jika dia memang untuk kita..dan begitu juga sebaliknya...semuanya atas pilihan kita..dan sudah tentu pilihan yang kita buat tu, Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita..Jika kita rasa dia baik untuk kita tapi Allah kata tidak..maka ia takkan jadi..kalau kita rasa dia tak baik untuk kita tapi Allah kata ya..maka dia untuk kita lah..

Dua hati diketuk dengan persahabatan,
dua hati dikunci dengan pernikahan
berlayarlah dua hati ini terus ke syurga..
demi mencapai cinta Allah, cinta yang abadi
Amiinn..:')




salah satu benda penting dalam hidup norra..dah 5 tahun dah keychain nie sama2 menuntut ilmu..kenapa 47?? because..that is my fav number! :')


Thursday, September 8, 2011

Tell Him..:')



I'm scared
So afraid to show I care
Will he think me weak
If I tremble when I speak - what if
There's another one he's thinking of
Maybe he's in love
I'd feel like a fool
Life can be so cruel
I don't know what to do

I've been there
With my heart out in my hand
But what you must understand
You can't let the chance
To love him pass you by

Tell him
Tell him that the sun and moon Rise in his eyes
Reach out to him
And whisper
Tender words so soft and sweet
Hold him close to feel his heart beat
Love will be the gift you give yourself

Touch him
With the gentleness you feel inside
Your love can't be denied
The truth will set you free
You'll have what's mean to be
All in time you'll see

I love him
Of that much I can be sure
I don't think I could endure
If I let him walk away
When I have so much to say

I'll Love is light that surely glows
In the hearts of those who know
It's a steady flame that grows
Feed the fire with all the passion you can show
Tonight love will assume its place
This memory time cannot erase
Blind faith will lead love where it has to go

Never let him go



Song by (Celine Dion and Barbara Streisand)

-InsyaAllah-

Wednesday, September 7, 2011

Sabar Itu Indah..Percayalah..:))


Ya Allah..hanya Engkau Maha Mengetahui hati ini merinduinnya..tetapi apakan daya..ketenangan bersamaMu lebih ku dambakan dari cinta kepada hambaMu..akan aku cuba korbankan segala perasaan yang ada ini keranaMu..Semoga segalanya di dalam hitunganMu..Ya Rahman Ya Rahim..

Alhamdulillah...
Majalah Solusi isu yang ke-31 ni sangat memberi kesan atas diri ini..
Rasa Tenang
sangat malam ini..
Alhamdulillah..:')


Tuesday, September 6, 2011

Aku Hanya Wanita Biasa..





Aku Hanya Wanita Biasa

Tampak Sempurna Di Luarannya

Namun Hakikat Masih Memerlukan Seseorang

Untuk Menyempurnakan Kehidupanku


Dan Buat Adam Yang Bakal Menjadi Pendampingku Kelak

Ketahuilah Bahawasanya

Aku Takkan Selamanya Nampak Muda Dan Menarik

Kerana Waktu Bakal Memamah Usia

Tua itu pasti menjangkau tiba


Buat dia bakal menjadi raja di hati

Aku Hanya Wanita Biasa

Kadangkala Ada Waktu

Saat kerja menghambat waktu

Aku mungkin terlalai seketika

Maafkanlah aku


Apabila aku alpa dengan duniawi

Maka tegur dan bimbinglah aku


Buat Dia Bakal Imamku

Aku Hanya Wanita Biasa

Aku Mohon Sokongan Dan Bimbingan

Aku Mohon Pemahaman Dan Pengertian

Aku Mohon Kasih Sayang Tidak Berpenghujung

Aku Mohon Kekuatan Meneruskan Liku-Liku Kehidupan

Bimbinglah Aku, Ajarlah Aku


Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu

Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku

Kerana Aku Hanya Wanita Biasa..




Friday, July 15, 2011

I ♥ you N i n i ! :D




sebenarnya cerita ni dah lama..dalam sebulan lebih jugak lah..tak basi lagi kann??kann??pada tarikh 02.06.11..tarikh yang bersejarah..norra dah jumpa cinta hati pengarang jantung masak lemak cili api pun sedap tu! hehehe

memperkenalkan...

.Nini.
chomel tak nama dia..:D

okey...sebab apa norra sayang 'dia' sangat..sebab norra beli 'dia' dengan gaji pertama norra..adalah kenangan sikit kann??kann? Alhamdulillah dengan rezeki ini..mula-mula nak beli tu memang berbelah bahagi..samada Nokia Android atau Samsung Android..survey dulu Nokia..tapi tak de yang berkenan..bila pergi je kedai Samsung..nampak je Nini ni..memang terus terpikat dan function dia pun much better than nokia..so..apa lagi..terus je beli..:0 ada dua color je..putih kelabu dan hitam hijau daun pisang..memandangkan norra suka dengan warna hijau, dan hitam pula tahan lasak..(takde lah nmpak kotor..) norra pun ambil lah warna hitam hijau daun pisang..:D




InsyaAllah Nini..akan ku jaga mu sehabis baik..Chewah..so lepas ni..dah boleh tulis blog dengan dimeriahkan lagi oleh gambar2 yang diambil dari Nini..;D

pssst! Im wondering...Nini tu nama lelaki ke perempuan eh..



Tuesday, July 12, 2011

Apabila Dapur berasap..;D


Alhamdulillah...kepingin benar makan mee bandung...dari kelmarin lagi..akhirnya dapat jugak makan! nyam nyam! tiada yang mustahil dan susahnya ponng...on laptop and search for mee bandung recipe..;D tulis...dan tukar sikit ikut citarasa dan kemampuan norra..Justify Full
ala2 campak je bahan-bahan tu..(cheh..ayat mcm pro jee..) teringat masa makan kat muar dengan si senah saya..sedappp lah hai...tanya juri tentang rasa mee bandung tu..

Cheff Zul
(Juri tetap 1 aka Ayah saye..)
"hmm..ok lah..nyam..nyam..;D (jawapan standardlah dari ayah setiap kali norra minta ayah rasa..."

Chef Shidah
(Juri tetap 2 aka Ibu saye)
"hmmm..sedaap!pekat..letak kacang eh.."

Chef Kamil
(Juri Tetap aka Adik Bongsu saye)
tak komen ape2..hanya tunjukkan thumbs up je..;D

Chef A
(Juri jemputan yang suka makan masakan Johor..;D)
"dah makan dah mee bandung tu..sedaap! takde ape2 yang kurang..bnyk udang kering..boleh lah post kat blog.."

Alhamdulillah...respond yang baik..so..boleh lah post resepinya..;D

resepi ni untuk 5-6 orang makan..

Bahan-bahannya:

2 paket mee kuning..
udang kering (rendam dengan air panas @ direbuskan dulu)
udang basah
daging lembu (rebus dulu then air rebusan daging tu jangan buang!)
*cili kering
*1 labu besar bawang besar
*3 bwg putih
5 biji telur
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan dikisar kering)
Tauhu (goreng dulu supaya tahan lama)
Sawi
Gula, garam secukup rasa...
1 s/mkn sos tiram
Minyak


Cara-cara
Blend semua bahan2 yang bertanda * dan tumis dengan minyak.
Blend asing udang kering dengan air rendaman or rebusan udang kering tu td..
lepas cili hampir2 kering...masukkan udang kering yang telah di blend tadi..
(time nie memang bau dia semerbak udang kering!) hehehe

then masukkan daging, udang basah..kacau supaya sebati..boleh masukkan sos tiram...
then masukkan lah air rebusan daging, kacang tanah yang dah diblend,tauhu goreng, batang sawi..garam dan gula secukup rasa..

#Motif masukkan kacang yang dah diblend tu supaya kuahnya pekat..;D

bila dah mendidih, perlahan kan api..pecahkan dulu telur satu persatu...kacau perlahan2 supaya telur dimasak dengan cantik..then masukkan sayur sawi..siap!

sangat senang kan?? kan?? try lah..supaya hasilnya jadilah macam ini..



tadaaaa! Ni ayah punya...dah macam bukit tinggi dah..;D





This is Mine..chomel je kann..3 jam lepas masak..baru lah ada selera nak makan..
hehehehe :D

p/s : boleh lah hias2kan sikit dengan Cili Merah, bawang goreng dan tauhu yang digoreng..supaya nampak menarik..;D






Friday, April 29, 2011

Ya Allah..Rindunya..:')



-if you love me let me know, if you dont, please let me go because I dont wanna waste another day waiting for things you'll never say-

-the hardest thing i've done is acting like i hate you, when really i love you more than you will ever know..
-

-when i text you, that means I miss you. When i dont text, that just means i'm waiting for you to miss me..-


norra cuti hari ini..on9 kat cc..lama tak update blog..rindunya orang2 di seremban..sekejap je dah masuk sebulan norra bekerja di klinik di KL nie..memang penat..tapi..bila fikir penat ibu..terus jadi semangat balik nak terus bekerja..norra tak leh give up! sekadar mencari penglaman dan juga duit poket..nnt boleh renovate rumah..hehehe besar nya cita2..InsyaAllah..rezeki Allah kan luas..:)

teringat first day kije di klinik..memang rasa putus asa..ye lah..benda baru kan..norra ckp pada diri waktu tu..cukuplah seminggu..patu nak balik seremban..tak nak kije..mana taknya..banyak gile jenis ubat kene hafal..dan kerenah2 patient lagi..tapi..kawan2 memberikan semangat..dan yang penting..Allah menggerakkan hati ini supaya jangan berhenti..teruskan...teruskann..yelah.. bukan senang nak senang..dan bukan susah nak susah..:

Alhamdulillah dah nak sebulan..nak dpt gaji pertama dah pun..syukur sangat..;) dan selama sebulan itu jugalah norra tak ketemu dengan wajah2 kesayangan norra..I miss them a lot! rindu masakan ibu...ikan pari masak asam pedas ngan patin masak lemak..boleh post kat klinik tak ibu??? :( rindu gak kat gendut saya sorg yang kat kajang tu..haiii..kije baik2 ye gendut..bila lah ko nak lawat aku kat sini..InsyaAllah ada rezeki kita jumpa k..:)

bytheway..welcome back si 'lesung batu tumbuk smbal belacan..'hehehe panjang tak i gelar kan diri u..seyes..i memang rindu u..rindu nak gaduh ngan u.. but itu semua dulu...now u dah ada dia...tak boleh macam dulu dah..not fair to her..

"bukan semua orang boleh hargai kita.."

abid..You deserve to be with someone who makes you happy, someone who wont complicate your life. Somebody who wont hurt you like what i did before.. =_="

i'm so sure dia hargai u sehabis baik..so..jangan sia2kan dia k..i tumbuk u nnt..:)


"masing2 dah dituliskan jodohnya masing2..tidak apa yang perlu ditakutkan..Allah juga menyukai hamba-Nya yang mengaku bahawa kekuatan dan kekuasaan itu hanya milik Allah SWT. Rancanglah sebaik mungkin, tetap tertulis, kuasa Allah saja yang menentukan nasib kita."

(thanks misses najihah atas kata2 dalam article kamu itu..)






Saturday, April 2, 2011

My Heart Said...


Never give up if you wanna still try
Never wipe your tears if you still wanna cry
Never settle for the answer if you still wanna know
Never say you don't love him if you can't let him go

Letting go, even if it hurts, doesnt mean you have to let go everything. You just have to let go of the person and your feelings for her/him but the memories will always be there whether it's good or bad. Because everytime you remember those memories, it will always put a smile into your heart. And be glad that once in your life this person made you happy and put colors into your life even if it's just for a while.

I'm gonna smile like nothing's wrong, talk like everything's perfect, act like its all a dream, and pretend its not hurting me!




Monday, March 28, 2011

Cupcakes dan 'Sore throat'..



suara saya dah macam uncle 'Ramli Sarip' dah nieee..jom duet lagu 'Doa Buat Kekasih..'eh tak nak lah..'Perjalanan Hidup' dah lama betul tak kene sakit tekak nie..Alhamdulillah..
dah selalu sangat Allah beri kita kesihatan..nak juga DIA uji kita dengan kesakitan yang sikit je tu..Allah kan mencintai hambanya yang bersabar..;D Ibu suruh norra makan ice cream banyak2..biar elok..hehee :DD
(rindu pulak orang yang selalu bagi 'strepsils' bila time2 sore throat ni..ok past sudah!)
erkk..

Sebenar-benarnya kan..norra tgh excited nak buat cupcake nie..dah kemaruk sangat tengok page cupcake orang..teringin pulak nak decorate yang sendirinya..sekadar kepuasan sebenarnya..hehehe tu lah!terpengaruh dengan color2 comel yang ditabur atas cupcake tu sebenarnya..kang mula lah..

"ala..tak nak makan lah..cute sangat nie..sayang nya nak makan.."

bukan itu yang menjadi persoalannya..norra nak buat cupcake sebab nak main color2..hehehe eh tak lah..sekadar nak mencuba dan menguji kebolehan diri..pandai ke norra menconteng-conteng cupcake tu..resepi sama je mcm nak buat kek..cuma topping tu je lah kene kreatif..:D

thanks to my beloved cousin..Syazwan aka Adam aka kenny aka Chef! sebab sudi berkongsi resepi dan memberi tunjuk ajar kepada saya yang baru nak belajar ni..:D Dia memang lah seorang yang mahir dalam bab2 masak ni..sodap lak ai..:DD norra check in rumah dia satu malam..memandangkan dah lama sangat tak pergi rumah dia..rindu pulak nak borak2 ngan anty dan uncle ku tu..mcm biasa..kalau dah duduk rumah dia..memang tak leh berdiet..makan sahaja..

"anty..uncle..norra memang boleh naik bertan2 kalau norra duk sini.." :DD

lepas breakfast..norra borak-borak dengan unty tentang tulisan brail..Allah lebih sayang kan penglihatan dia..but only one sight je..lagi satu sight tu hanya boleh nmpak sikit je..but kalau dia buat kije umah..mcm orang celik..sangat cekap! :D dia tunjuk pada norra surah yasiin dan tahlil dalam tulisan brail..tebal..sebenarnya sama je tulisan brail tu..yang mempunyai asas 6 titik dan dipelbagaikan..tulisan roman boleh..tulisan jawi boleh...tulisan muzik pun boleh..:D norra so proud with you anty..:D

"setakat mana lah kita yang secelik ni menghargai apa yang kita ada.." terdetik sekejap dalam hati ini..Muhasabah diri seketika..SubhanaAllah..=_="

balik rumah seremban agak kesenjaan sikit..sebab beli barang dulu nak buat cupcake..tapi tak jumpa cup dia..banyak kedai tutup..so..kene lah pegi ari ni..takpe..sabar ye norra...smpai umah..urut kaki ibu jap sambil bercerita..then on fb jap..terbaca status Omey aka adek perempuan yang sorg tu...tension2 lah mulak..huhu kesian lah pulak kat dia..

"ayah..esok kita tengok dia kat melaka la.." kata ku

"eh..kita pergi je lah malam nie..kesian pulak kat dia.." kata ibu

ayah ikut kan je..sayangnya mereka berdua pada anak2 memang tiada batas..ingatkan nak buat lah surprise kat omey tu..but nnt dia kata nak kirim barang lah apa lah...baik call je tanya dia ada ape2 nak bawak tak..kedengaran lah suara dia yang sangat happy 'gailer' tu..:D gerak pas isyak then balik dalam kul 11 malam gitu lah..lega hati Omey tu..jgn tension2 lagi ye dik..do well in ur exam..We love you!:DD

"esok saya nak masak macam inie lagi lah.." :D


p/s : sekadar gambar hiasan sahaja ye..yang real..InsyaAllah norra upload..

saya budak baru belajar..
kalau tak cantik,standard lah..:D
(lain benar bunyi pantun nie..)