Pages

Wednesday, March 21, 2012

5 tahun

Assalamualaikum wbt.

Hurmm rupanya saya baru perasan saya belum mandi lagi hari ni. Haha.. Saya kerja shift malam semalam. Saya jaga ED. Tapi sepanjang malam tak tak boleh tidur. Baru nak lelap, ada call, ada kes kat ED. Maka tak tidurlah saya satu malam. Balik je, saya terus pengsan @.@

Hurmm tadi belek-belek blog ni. Rupa-rupanya saya dah 5 tahun menulis di blog ni. Dan 5 tahun ni jugalah saya jumpa dengan ramai orang. 5 tahun ni jugalah saya bercerita tentang hidup saya di rantau orang, hidup dengan kawan-kawan tanpa ibu bapa waktu belajar jauh dulu. 5 tahun ni juga saya kenal dengan ramai teman-teman yang berjumpa di alam maya. 5 tahun ni juga saya merasakan hidup saya tak kosong dengan kehadiran blog ni. 5 tahun dengan wujudnya blog ni saya dapat luahkan apa yang saya rasa di dalam hati.

Saya tak pandai menulis seperti sesetengah orang. Saya tak pandai bercerita sangat. Tapi saya menulis untuk kepuasan diri. Di samping mengharapkan yang hasil penulisan saya ni dapat memberi manfaat kepada orang lain. Saya memang tak pandai menyusun kata-kata. Orang baca blog saya pun kadang-kadang langsung tak terkesan di dalam jiwa walaupun saya mengharapkan yang orang akan dapat maksud yang saya ingin sampaikan. 

Kadang kala apa yang saya cakap ni, orang tak faham sebab yang saya perasan saya selalu cakap tak habis huhu.. Kalau orang yang duduk berdekatan dengan saya pasti perasan fi'il saya yang satu ni. Sampaikan saya sendiri kena fikir sebelum memulakan percakapan. Hurmm bunyi macam complicated kan? Tapi tak apalah, tak payah faham pun tak apa. Huhu

Dengan blog ni, saya dapat luahkan apa yang saya rasa tentang hidup, tentang kawan-kawan saya, tentang orang yang saya sayang, tentang orang yang rapat dengan saya, dan tentang semua yang berkaitan dengan diri saya. Saya gembira dengan kehadiran blog ni. 

Saya jenis orang yang tak romantis. Tak pandai nak main dengan kata-kata. Tak pandai olah perkataan untuk jadi lebih puitis. Tapi saya tak kisah kalau orang tak perasan dengan kehadiran blog ni, asalkan ada orang yang setia membaca blog ni walaupun tanpa tinggalkan jejak ^.^

Tuesday, March 13, 2012

Cegah Sebelum Terlambat ^.^

Assalamualaikum wbt.

Kisah ini agak straight to the point. Jadi mungkin ada di kalangan kamu yang akan jadi malu (ataupun akan cakap, penulis ni tak malu ke nak tulis benda macam ni? Tapi saya tulis untuk bagi kesedaran kepada kaum wanita di luar sana, termasuk peringatan untuk diri saya sendiri)

****************************************************************

Masa saya tagging 2 minggu, saya ada jaga seorang pesakit ni. Seorang perempuan. Makcik S. Dia dikatakan menghidapi Invasive ductal carcinoma of right breast setahun yang lepas selepas keputusan biopsy of breast tissue menyatakan yang keputusan itu adalah carcinoma (kanser). Dia kemudiannya dijadualkan untuk menjalani pembedahan right mastectomy (buang keseluruhan payudara kanan), dan selepas pembedahan itu, saya yang menjaganya sepanjang 2 minggu.

Mulanya makcik S perasan ada benjolan di payudara kanannya, dan dia macam tak ambil kisah pun, walaupun dah lepas setahun benjolan tu tak surut. Sampailah sejak 3 bulan sebelum dia menjalani pembedahan tu, dia merasakan benjolan tu semakin besar tapi tak sakit. Tak ada perubahan pada kulit di sekeliling benjolan tu dan tak ada keluar apa-apa cecair pun dari putingnya. Disebabkan saiznya semakin besar, dia pergi klinik pembedahan (SOPD) dan berjumpa dengan my MO. After mammogram and biopsy, she was diagnosed to have invasive ductal carcinoma of right breast.

Dia seorang perempuan. India. Sepanjang saya menjaganya, dia seorang yang sangat sporting, positif dan gembira saja selalu. Dia ada dua orang anak perempuan, dan salah seorang tu memang selalu datang menjaganya. Masa saya menjaga dia, saya selalu berborak dengan dia tentang kehidupan. Pernah sekali saya tanya, "Auntie, anak tak datang ke harini?" Kamu tau apa dia cakap? "Tak la doktor. Tak apa, diorang kerja. Saya tak nak menyusahkan diorang. Saya sudah tua, sudah tak nak menyusahkan saya punya anak. Suami saya pun sudah mati. Lagipun nanti kalau nak mati pun, saya memang tak nak susahkan anak saya."

Masa saya dengar dia cakap tu, hati saya jadi meruntun. Rupanya ini perasaan seorang ibu. Betullah kata orang, kasih ibu sampai ke syurga.

Dia sangat rajin buat exercise selepas daripada pembedahan tu. Tak payah disuruh, mesti buat. Makcik S ni memang boleh dijadikan contoh. Sampai ada satu tahap tu, seorang pesakit lain dijadualkan untuk menjalani mastectomy juga disebabkan kanser, tapi dia tak mahu walaupun dah diconsult beberapa kali dan beberapa orang termasuklah pakar saya. Akhirnya, pakar saya suruh dia berjumpa dengan makcik S ni, tak tahulah apa yang makcik S ni cakap, lepas tu dia terus setuju nak buat operation tu. Hurmm sangat positif bukan? Bukan semua perempuan akan setuju jika nak dibuang breast. Itu ibarat hilang barang berharga. Tapi bila saya tanya makcik S macam mana dia boleh setuju nak buang keseluruhan breast tu, dia cakap," Doktor, saya ni ada kanser, sebelum merebak, baik saya buang. Lagipun anak saya dah besar, suami pun dah lama mati. Saya tak nak menyusahkan anak saya kalau sakit saya makin teruk." Waaah.. ini buat saya lagi kagum dia Makcik S ni. 

Nasihat saya untuk wanita-wanita di luar sana, lakukanlah BSE (breast self examination), jika anda perasan ada lump, cepat-cepat dapatkan nasihat yang pakar. Lebih baik awal dari terlambat. Ramai pesakit kat hospital saya tu yang ada kanser payudara, sampai merebak ke organ lain hanya disebabkan tidak ambil endah dengan benjolan yang kecil. Bila dah merebak, kadar untuk sembuh amat tipis. Jadi, CEGAH SEBELUM TERLAMBAT! Eh, dah macam iklan TV plak ye hihi

Saturday, March 10, 2012

Jabatan Pembedahan Am

Assalamualaikum wbt.

Dah lama rasanya saya dah tak menulis di sini. Ada lah nak dekat sebulan! Bukan apa, sekarang ni saya dahpun berada di Jabatan Pembedahan Am. Dua minggu pertama, saya dimestikan untuk tagging 2 minggu, 7 pagi sampai 10 malam. Dua minggu tu buatkan saya rasa sangat-sangat penat. Sebelum balik, saya solat Isya siap-siap di hospital, kemudian saya balik je, saya terus tidur. Esok paginya saya bangun, siap-siap solat Subuh dan terus ke hospital yang letaknya sebelah je dengan rumah saya ni. Hihihi..

Lepas saja saya habis tagging, jadual shift saya terus pagi saja selama dua minggu ni. Kiranya sebulan berturut-turut saya kerja pagi. Memang tidur malam tu awal. Padanlah orang bekerja masuk tidur awal, baru saya faham kenapa. Sebab memang penat, balik nak tidur saja. 

Di Jabatan ni, saya kena banyak belajar. Jabatan ni memang lain sangat dengan Jabatan Pediatrik dulu. Semuanya kena belajar balik. Macam mana nak key-in operation notes, macam mana nak masuk OT, macam mana nak post case pada anaesth, macam mana tu, macam mana ni. Saya kena lebih proaktif dalam jabatan ni. Kalau tak, saya yang tertinggal nanti. 

Semalam bertemu dengan seorang kawan saya yang dulunya sama-sama di jabatan pediatrik. Dia kata saya nampak kurus. Hehe.. baru satu bulan, ye la kurus. Tengok la nanti dah 3-4 bulan, mengembang balik nih. hihi.. 

Saya amat mengharapkan doa dari kalian untuk saya dan rakan-rakan, semoga kami mampu menghadapi posting ni dengan tabah. Saya memohon juga kepada Tuhan agar dipermudahkan saya dan sahabat-sahabat dalam menempuh posting ini dan posting seterusnya. Amin Ya Rabbal Alamin.