Friday, December 14, 2007
Interview marathon ended today. MERDEKA!
My second interview at the IPTS was quite ok. I don’t have a clue wether they will hire me or not. He he. With seven panels infront of me, I can’t think straight. All words got jumbled up in my head. Poor me. Five out of seven asked me questions. To end the interview, they asked me to do a mock teaching. Once again I menggelupur. But then again, the president stopped me from teaching because he already became confused. He he.
At Shah Alam, my name was first on the interviewee list. When I reached Shah Alam, the last interviewee is in the meeting room. Thank goodness! I asked the receptionist if I can still sit for the interview, and she said yes. Nani met me there in the Dean’s office. Thanks to her I had some extra motivation to do the interview. While exchanging latest updates about ourselves, the panel asked me to come in. Most of the panels blurted, “hah? Ada sorang lagi?” and they took back their seats. I did my mock presentation from slide one to eight and they didn’t asked me anything about what I had prepared. Alhamdulillah :) They asked some other stuff such as why are you fit to be a lecturer, things like that. At the end of it, a panel asked me, can I make a joke. Wow. This is my forte. My family, especially my mama, loves to ask trivia and jokes. The only joke that I can remember that time is ‘chicken at the outside, fish at the inside’. Do you know that one? After a minute, the a-little-bit-kerek panel gave the right answer, and all of the panel laughed. The one who asked me to tell a joke said to me, “why are you not laughing? Is it a joke or not?” gue sudah masak dengan lawak itu daa..takkan nak gelak lagi..mama kata, join ajelah gelak..not my type la mama..he he..
After that session, me and Nani went to the nearest cafeteria to grab a drink. Nani belanja-ed me :) While waiting for Nani’s carrot juice, I received a call from the faculty, saying that I must attend the second interview. Yipee! (just like Kak Az d Oren replied when I smsed her that I got the second interview. He he.) The second interview was this morning at 8.30am. The caller even reminded me to come early. I was never late before, just this once because I had 2 interviews with same time slot.
So today I had my second interview at Shah Alam. About 20 candidates were there. My hands turned cold and I had to go to the ladies twice. Met Farhan, a friend doing masters with me at UTMsanjunganbangsa. He was also interviewed yesterday, but at a different room. There are 4 faculties interviewing today, and electrical got the last slot because there are almost 15 of us. Once again, my name was at the top of the list. Wt??? Does this university loves me that much? If it is in alphabetical order, the third in the list starts with ‘m’, while the second one starts with ‘t’. I think there is something fishy here. Huh.
Kak Az was there in the room! Adeh Kak Az. Why u didn’t tell me earlier that you’ll be there. I can bring you some rambutans from home. Freshly picked. :D The dean asked me too many technical question. I prepared zero on technical questions like that. I ended up saying stuff that I know and ‘putarkan soalan kepada jawapan yang aku tahu’ :p (mesti Kak Az gelak baca entry aku yang nih. Haip!) Well, muka aku ni memang muka untuk ditanya soalan2 sebegitu kot, sebab candidates lepas aku takde pun dia tanye camtu. Nasib badan la kan dapat soalan macam mana.
All in all, it was a great experience. Kalau aku tak dapat pun, aku tak lah rasa down sangat, sebab aku bersemangat untuk cuba lagi. After all, the panels are human too, just like us. One particular thing is they have the power to take u with them or not. Other than that, life must go on.
Monday, December 10, 2007
aku ada interview kat Shah Alam hari Khamis ni..
pada masa yang sama, aku ada 2nd interview kat Kajang..
camne?
mana satu nak pergi?
lagi bagus g yang 2nd interview kan..
dah tentu dapat..
tak ar dah tentu..
tapi kebarangkalian untuk dapat tu lebih besar..
kat Shah Alam tu untuk first iterview..
competition pun besar..
huhu..
aku bingung la..
camne ley..
huwaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Saturday, December 8, 2007
some photos..

bersama Duff di sebuah restoran di Bangi. Meraikan hari lahir Duff. Happy happy.
My dear baby blue kena pecah oleh maling keparat. Life must go on.
I have an interview this coming Thursday. Please pray for me ok? Thanks. :)
Friday, November 16, 2007
dari Rabu ke Rabu
prepare teruk jugak aku nih, sebab aku memang tak suka interviews. Macam ada fobia sikit. Sebab tu aku lambat nak cari kerja. Dengan alasan, aku takut interview. Dah namanya alasan, terima aje lah. Punye dasat aku prepare untuk interview, sampaikan aku demam hari Selasa. The interview was yesterday. It was quite smooth. The best part was there's no mock teaching, because I didn't wrote any teaching experience in the form. Ha ha. Selamat eden! Dah cuak sampai pakai sebotol odorono, mujur takde. Jadinye, sembang2 ajelah ngan interviewer. Nice. Balik dari intebiu, berkobar2 aku nak apply kat IPT yang lain. kekekeke.
Between the Wednesdays, there are a lot happened. Rushing here and there, sampaikan dapat ticket for memotong di garisan berkembar. Wakah kah kah. First time aku wat gitu, terus dapat ticket. Dang. Ampeh. Selain itu, aku telah ke Perak menemani sepupuku menghadiri kertas peperiksaan terakhirnya di sebuah IPTA di ceruk mana ntah. Penat lah drive sebab tempat tu tak biasa aku lawati. Tak pernah pun sebelum ini aku drive sendiri ke arah utara. the stay was great, and managed to meet Syeza (my dear friend from estiep) and Mas (my friend during doing my masters). other than that, life is good :)
Till my mood for writing comes again, enjoy life!
Thursday, November 1, 2007
isen berpandukan gambar
Salam..jemput dtg ke umah mlm esok. Blok A##-#-#, seri kembangan. Bhampiran JJ Tmn equine
Hari ni aku g makan-makan kat rumah Nini. Aku agak terpanggil untuk datang sebab Nini jemput menggunakan SMS. Nampak kesungguhan dia nak ajak orang datang ke rumah. Terasa macam aku akan hampakan orang pulak kalau aku tak datang. Dengan semangat jitu, aku tanya Mama, boleh tak aku nak g. Aku dah bajet dah Mama takkan bagi aku pergi, tambahan pula malam Jumaat. Dah lepas Maghrib, Mama tanye, bile nak pergi? Terus melompat aku nak g bersiap. Hepi beb dapat jalan malam-malam. He he. Aku ajak kazen aku temankan. Lebih kurang 40 minit aku memandu, sampailah aku ke rumah Nini. Naik tangga sampai naik mengah aku. Dah sampai, tercungap-cungap macam ikan emas. Dah lama sangat aku tak exercise, memang la camni. Jaga badan pun, tapi tak physically fit. He he.
Comel aje rumah Nini. Ok sangatlah duduk berdua. Aku sampai, jam tunjuk 2.30. Aku balik pun tunjuk gitu jugak. He he. Nini cerita, geng2 ramai datang awal lagi. Kalau aku tau Nini memang cuti, dari petang tadi aku dah sampai. Tolong penuhkan rumah Nini. First time aku makan rendang cili ijau. Pedas jugak. Pedas untuk aku lah. Orang lain biasa2 aje.
Hadiah ‘lucky draw’ Gegar tempoh hari. Dah berapa kali jugak aku bukak tutup kotak ni, tapi tak keluar jugak. Dah bukak, belek-belek, simpan balik. Bukak lagi, belek lagi, baca arahan penggunaan, simpan semula. Ntah bila aku akan pasang. Nantikan ajelah aku main game dari bilik sebelah. He he.
Wednesday, October 31, 2007
Finally, something worth writing for..
disebabkan aku dalam keadaan lengai, takde apa sangat pon yang berlaku dalam hidup aku.. sampailah 27 Oktober 2007, barulah bersinar kembali hidupku.. begini kisahnya..
Pendek cerita :
BEST GILE! SESIAPA TAK DATANG, RUGI BESAR WOO.. TAHUN DEPAN MESTI JOIN LAGI.. TAK JOIN, SANGAT RUGI :D
Panjang cerita :
Lepas solat Asr aku keluar dari rumah. Menuju ke Kajang untuk menjemput skandal aku untuk ke Ampang. Aku pakai baju raya hari pertama, yang siap letak batu-bata kaler merah. Letak batu-bata tu semata-mata untuk Gegar tau, memenuhi permintaan tema gitu. He he. Skandal aku pakai baju melayu teluk belanga kaler oren muda, ala-ala sedondon gitu ngan aku.
Sampai di De Palma hampir jam 7 malam. Kami berbuka dulu dalam kereta, togok apa yang boleh, pastu ke surau. Kat surau, ada dua orang awek yang merelip boleh tahan, “mungkin nak g Gegar jugak kot”, desis hati kecilku. Masa tunggu lif nak turun, sempat pulak ternampak encikBudak kat lif lagi satu, segak pakai t-shirt Gegar. Cool. Siap solat, sambung mekap dalam kereta. Nampak kereta kakFara lalu. Then, AzDOren. Tapi masa tu aku tak kenal lagi puanAz neh. Masa kat ballroom tu baru lah I kenal.
Masuk lif, tekan tingkat 1, keluar, nampak orang pakai baju cantik. Orang macam askar. Ada orang tiup-tiup trumpet. “Isk, kat mana la pulak Gegar neh? Hu hu.” Masuk lif semula, tekan G, dah kat lobi lah pulak. Calling for cikYam, where are u? Kat hotel lah, kata cikYam. Memanglah kat hotel, tapi tingkat berapa, hu hu. Owh, kat tingkat satu, naik je tangga tu, nanti nampak le mereka, kat Nuri1. jeng jeng jeng. I am overwhelmed with the environment. Rasa nak melompat-lompat aje. Excited sangat gitu. Ayu cikYam berbaju kurung coklat bersama puanLimah dengan tema all pink di resepsi. Kena tulis message? Adeh. Teringat zaman sekolah pulak. Tapi sungguh ku tak tahu nak tulis apa untuk jejaka di seberang benua itu. Terimalah seadanya ye abgJoe. He he.
Pastu, sesi pesanan penaja untuk dirakam. Aku nervous lah. Apa nih suruh aku cakap-cakap nih? Aku tak sediakan apa-apa skrip lah. Tulis blog pun jarang. Takde idea aku nak cakap apa. Hu hu. Skandal aku pulak sampaikan pesanan macam wakil rakyat. Terkompius aku sejenak. Perakam kejadian yang setia malam tu adalah encikAlangz yang segak berbaju melayu hijau muda, sedondon dengan tunangnya cikZure yang berbaju kebaya jarang tak ketat.
Aku dikagetkan oleh cikNini yang berbaju kurung pink. Sungguh aku tak terperasan ko kat situ Nini. Aku cam pening-pening kurang gula sebab belum makan sehari suntuk. Ada puanRoyce berbaju kurung ungu dan cikCoco dengan koleksi baju tradisional melayu yang baru. Siap batu-batu lagi tau. puanIla bersama suami, encikJijo flying solo. PakDee!! Very der macam wakil rakyat or menteri besar mana. Kalau lah bukan muhrim, dah lama aku peluk-peluk PakDee tu. Comel sangat! :D Wakame dengan gaya selebriti dia, tengok dari jarak 8 batu pun dah kenal. Dibawa bersama 2 awek dan seorang jejaka Jepang (Kikochi, kamu comelnye lah sangat dengan songkok senget kamu!), dan hermanTino Malaysia. puanAnne very der gojes pakai baju kebaya kaler hitam. kakFara berbaju kurung hitam, sama tema dengan puanAnne. Burung apa? Burung Serindit kaler pink. Dah nak masuk hot pink dah, sikit je lagi. He he.
Pintu Gegar dibuka! puanAngah berbaju kurung biru, rindu sungguh aku padamu! Biru memang warna yang rindu. cikDelinn comel berbaju kurung pink, menyambut ahli RebanAyam dengan senyuman manis dan lebar. puanArc, menyambut aku denagn ucapan, “dapat sampai jugak ye..” Aku mesti sampai Arc. He he. Aku duduk meja depan, antara 2 main tables. Alamak, aku ni pon satu hal. Nape la aku duduk situ. Aku macam rasa serba salah tak sudah. Ditambah lagi dengan kata-kata skandalku, “nape duduk kat sini?” Ntah le. Dah orang pelawa, aku duduk aje. Patutnye, AJK lah duduk kat table depan yang dihias indah. Aku nih takat taggers cabuk yang chatting pon jarang, ada hati pulak duduk situ ek. Huhu. Rakan-rakan, ampun maaf dipinta ya sekiranya aku ini mengundang ketidaksenangan di hati kalian. Masa akan datang aku akan lebih beringat, insha-Allah.
Dah duduk, MakEty pun sampai. Alahai, rasa macam anak sendiri rasa disayangi oleh MakEty. Masa majlis baca doa, semua orang pun sampai. puanSempoii yang makin kurus, puanElf yang gojes dan juga bangKong sekeluarga. Dah abes baca doa, kita makan la.. aku dah ketar lain macam sebab lapar gile beb.. skandal aku makan dengan bahagia.. aku makan ala kadar, tapi kenyang jugak. Syok makan tiramisu (aku assume tiramisu, sebab tak macam kek pun.. he he..) Terlupa aku nak merasa laksa assam. Dok ralit tengok orang buat persembahan. He he.
Sambil makan, disajikan slideshow yang menunjukkan gambar-gambar dari first gathering sampailah yang terkini. Tu baru 2 tahun punya cerita. Pastu ditayangkan flash presentation oleh cikCoco yang patutnye dipasang masa opening tadi. Di akhir presentation tu, ada gambar tuan RebanAyam, iaitu abgJoe. Adeh. Mek sebak la pulak. Hu hu. Barisan persembahan malam tu memang mengujakan. RebanAyam d’Unplugged menunjukkan belang dengan gitar kapok masing-masing. Dua round tau, banyak tak banyak lagu diorang dah stand by. He he.
Aku paling suka cabutan bertuah. Sebab selama ni aku tak pernah rasa aku bertuah. Seumur hidup aku g dinner, takde pon pernah dapat. Dapat hadiah wajib tu ada ar, terutamanya masa form 5. he he. tp tu cerita zaman tok kadok. Mana boleh amik kira. He he. penat aku tunggu nombor aku naik. Round terakhir baru le dapat. I dapat apa? Creative’s wireless keyboard n mouse. Nape la aku da abes blaja. Kalau tak, leh tunjuk kat member2. he he. skandal aku awal2 lagi nombor dah naik. Dapat hamper yang maha meriah. Seketul pon tak dibagi kat aku. Skandal takleh pakai. Huh.
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. La la la (tak ingat dah la..) Kata-kata PakDee memang aku takleh nak lupakan. Terus melekat dalam hati. On the way balik, bila aku ingat semula, sebak hati aku, berlinangan jua airmataku ini. Buat aku bersemangat nak teruskan perjuangan hidup aku. Berusahalah!!!!
Sekalung tahniah untuk AJK yang bertungkus lumus menjayakan Gegaria 2007. puanAngah n Wakame sentiasa menceriakan suasana dengan celoteh yang tak henti-henti. AJK yang lain pun tak senang duduk nak pastikan semuanya berjalan lancar. Jutaan tahniah untuk anda semua. Muah!
Joe, terima kasih banyak-banyak untuk ko. Tanpa blog ko, takde lah aku dapat kawan-kawan yang ramai dan sangat supportive. All of you are brothers and sisters that I never had. Sempena hari Rabu yang indah ini, Joe, happy birthday!
Gegaria ’07.. kenangan terindah :)
Monday, October 15, 2007
Selamat Hari Raya
Di kesempatan ini, aku nak memohon ampun dan maaf, andai ada terlanjur kelaku, terlajak kata, terlebih bicara, harap semua dapat dimaafi.
Buat kawan-kawan seUTMku, miss u guys so much. Nasreen, lama tak dgr khabar hang. Kredit habis ka? Aku dapat raya SMSes from Elel, Rodi, Ida dan Che Sue. Hari tu awal Ramadhan, aku hantar SMS kat semua yang aku kenal. Bila tiba Syawal, aku tunggu aje kalau ada orang anta SMS, baru aku balas. Hehe.
Buat kawan-kawan seSTFku, semoga lebaran ini lebih bermakna dengan ramai yg telah bertemu pasangan hidup. Tentu seronok meraikan lebaran dengan keluarga yang lebih besar, kan? Nak gaduh balik kampung siapa, raya ke berapa nak tukar kampung. He he. Bilalah masa untukku akan tiba ya. Nikku’, thanks for the raya card. Muah!
Buat warga rebanayam, kita jumpa di GEGAR nanti yach!
Buat Abang Joe di NuYok tempat tumpah darahku (cewah!), aku sering teringatkan dirimu, lebih-lebih lagi setelah hujung Ramadhan menunjukkan rupa. Semoga dirimu tenang dan gembira menyambut Syawal. Jumpa di GEGAR ya.
Buat Dr.SMS di ISS, seronok tak makan sate, nasi impit dan tempe di angkasa? Saya telah menitiskan airmata menonton perlancaran Soyuz tempoh hari. Sungguh emosional aku menghadapi detik bersejarah bagi negara kita. Tahniah untuk Dr.SMS dan Malaysia.
Buat mereka yang membaca blogku yang tak seberapa ini, salam lebaran :)
Tahun ni aku masih dapat duit raya. La la la. Nasib badan. He he. Tapi semalam takde income sebab tak g beraya pon. Tengok lah hari ni cemane. Nak g rumah kawan-kawan sekolah rendah. Diorang semua dah kerja. Leh kot mintak sesen dua InsyaAllah.
Nanti dah reda raya, kena cari kerja. Kalau kerja, nanti dapat duit. Kalau kerja, dapat boss sengal, dapat sakit hati. Kalau kerja, terpaksa jauh sekali lagi dengan family. Pengorbanan perlu dilakukan untuk kita maju ke hadapan. Yeah.
Till then, makan ketupat sampai lebam.
Thursday, October 4, 2007
puasa dah nak abis.. hu hu..

![]() |
| BUKA PUASA@ROYA |
Monday, September 24, 2007
jika teringat tentang dikau.. jauh di mata dekat di hati..
Pagi Ahad aku telah sekali lagi buat puding karamel. Dah masuk kali ke-3 tu. Buat untuk adik aku. Dia balik asrama hari Ahad. Adik aku ni tak makan telur. Pelik betul kan budak asrama tak makan telur? Telur kan makanan kegemaran budak asrama. Cuba kalau takde makanan, telur goreng lah menu kegemaran. Back in my school days, memang suka betul kalau lauk habis, sebab nanti dapat makan telur goreng. Aku selaku orang yang aktif persatuan, kadang kala habis latihan lambat sampai lauk pon habis. Dapat makan telur goreng mata kerbau panas-panas letak kicap ngan nasi putih, memang berselera. Tu adik aku tak tau dalam puding karamel ada telur. Kalau dia tau, maunye dia tak makan. He he.
I am now trying to brush up on my English. My English is so bad that I can’t even speak a word with confidence. Haih. Poor me. Can anybody be my tutor for free? Hu hu. You may say I can write proper English, but I am lack in confidence. See, I am even confused wether to use ‘confidence’ or ‘confident’ in that sentence. Haih again. For now, I’ll try to read more stuff in English and read the dictionary. Hu hu. Something money can’t buy is confidence, and I don’t have even a penny. Ha ha.
Bulan puasa nih wat aku teringat masa berpuasa kat sekolah. Tambah lagi hari tu Juey sms aku kata rindu nak puasa dan solat terawih bersama. Masa zaman sekolah, aku selalu looking forword untuk masa ke surau. Aku memang suka pergi surau. Kalau weekend lagi aku seronok sebab boleh pakai track bottom dan t-shirt untuk ke surau. Kalau hari biasa, dah tentu lah pakai baju prep. Tapi orang lain lagi suka weekend sebab boleh ponteng dari g surau. Aku tak reti la nak ponteng2, aku macam nerd sikit. Aku tak boleh break rules, nanti mesti kantoi. Seriosa. Ada sekali tu, masa aku form 2, aku tertidur tengahari sampai lajak tak g prep. Warden round leh pulak kejut aku g prep. Aku masa tu masih pakai baju sekolah. Warden tu tak bagi aku tukar baju pun. Aku dengan mamai2 terus sarung court shoes sape ntah, g kelas. Sampai kelas aku sambung tidur. Aku tak tau la camne aku leh tebal muka nak balik prep petang tu. Ngan pakai baju skolah tak pakai tudung, pakai court shoes lagih. Tahun depannya, kami diwajibkan ke sekolah memakai court shoes hitam. Mungkin warden tu terpikat tengok aku pakai masa dia kantoikan aku kot. Siapa tahu...
Back to berpuasa di sekolah, memang syok wo. Seronok sebab dengan kawan-kawan lah. Band practice pon tak ligat sangat, takat practice concert je. Ok la tu. Petang mesti tadarus, pastu tengok JejakRasul. Pastu letak cawan kat dining hall dan round compound. Punya la gagah berpuasa, siap leh tawaf sekolah lagi sementara nak tunggu berbuka. Terawikh pon syok gak. Lagi lah kalau dapat imam yang ‘laju’. Punyalah laju sampaikan wat terawikh 8 rakaat, pukul 9 dah siap. Siap awal, lagi awal lah kitorang boleh lepak sebelum off-lights. Kalau bulan puasa takde prep malam. Prep malam hanya untuk mereka yang tak reti2 nak puasa. He he. Masa lower form dulu, moreh best jugak. Kadang-kadang ada pizza. Semangat je berkejaran g dining hall. Kalau biskut kering, muka aku pon kering aje nengoknye. Dah upper form, moreh pn macam dah kureng aje. Nape ntah. MakcikKhuzaimah&Anak-anak dah take over masa tu. Dah diswastakan perkhidmatan kat dining hall. Sudahnye, sekarang dining hall skolah aku dah macam tadika. Dengan warna warninye, poster pelbagai. Takde impak klasik bangunan tu macam dulu ~ kosong dan simple.
This Saturday will be a blast! Ada majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan seUTMku. Nasreen, Rodi n CK dari utara akan turun padang. Orang kat area tengah ni apatah lagi. Izyan dengan gigihnye mencari lokasi bufet Ramadhan yang menyediakan kambing panggang. Kondo Ellel akan menjadi markas persinggahan kami untuk malam minggu tu. Dengar cerita, ada event terjun kolam malam tu. Cik Ellel ada kata teringin nak g terawikh kat masjidKLCC. Kalau dah makan kambing panggang, sempat ke nak g masjid cik kak oi. He he. aku bakal pergi ngan Ida dan Yanie. Chesue and Maira will be there too. Tak sabar nak jumpa diorang. Harap kali ni takde dah la perkara yang masam-masam muka dan cakap belakang lagi. Penat. Dah umur 25 tahun. Sepatutnye kalau tak puas hati cakap aje depan-depan. Lantak lah boleh terima ke tak. Huh.
Till then, selamat berpuasa! :)
Monday, September 17, 2007
berjaya!
resipi asalnya adalah seperti berikut:
4 cups fresh milk
1/2 tin condensed milk
2 slices white bread
3 eggs
vanilla essence
for caramel : 3/4 cup sugar
yang aku buat pada tempoh hari adalah seperti berikut:
2 cup fresh milk
1/4 tin condensed milk
1 slice toast'em apricot bread (sebab takde roti putih kat umah masa tu)
1 egg
vanilla essence
for caramel: 2 tuangan sugar.. agak2 aje la.. ngan air sikit..
method:
boil milk, remove from heat and add bread. leave to cool. add condensed milk, egg(s) and vanilla essence. put in blender and liquidise. make caramel. grease sides of pyrex bowl with butter. pour caramel. pour milk mixture. steam for 15 to 20 minutes.
begitulah kisahnye.. sedap ke tak? cuba la sendiri.. hari ni aku nak wat percubaan kedua.. sebab aku takleh ke mana sebab minyak kete dah abes dan bahan2 yang ada kat umah di cuma boleh wat puding karamel sahaja.. ha ha ha.. cemane nak kurangkan rasa lemaknye ek? huhu..
ni nak share gambar2 cupcakes yg dibuat oleh Zuera, rakan srikandiku. dah beberapa kali jugak aku beli ngan dia.. untuk adik aku dan kazen2ku.. enjoy the photos ;)
| Zuera's cupcakes |
Friday, September 14, 2007
percubaan pertama membuat puding karamel
Nasreen! dah jadi! jadi la kot.. seronok bukan kepalang bila tengok hasil yang kita buat sendiri (sampai jari telunjuk melecur sebab gatal nak pegang karamel tu.. mana la tak happy.. kui kui kui..) syok jugak telangkupkan puding neh.. hehe.. nak resipi ke? nanti lah aku letak kalau betul benda ni sedap.. ada ingredient yang aku ubah sebab tetiba tiada stok bahan tersebut di rumah.. hehe.. sekarang puding ni tengah berehat dalam peti ais yang dingin.. :)
my first entry here
hari ni aku ada projek baik punya.. aku bermain api di rumah.. ho ho ho.. jangan tak percaya.. aku main api weh.. berkat semangat bulan puasa nih, aku cuba memasak.. aku cuba try masak puding caramel.. percubaan pertama buat karamel tuh, hangus! sebab aku terlepas takat mendidih gula tuh.. dah tukar jadi perang.. alih2 rentung.. kui kui kui.. percubaan kedua, aku terus matikan api masa wap air mula naik.. harap2 menjadilah sebab takde bau hangus.. he he.. ne tak tau lah jadi ke tak puding tu.. banyak jugak kalau aku nak makan sorang
nanti aku post gambo ye? sibuk aje Nasreen neh nak tgk :P


