Thursday, November 27, 2008

jeng jeng jeng...



eh, bag apa pulak ni? ni bekas tepon aku. duff belanja. comel hor? :D tapi dalamnye ada tepon apa? kata hari tu tepon dah rosak? tepon rosak dapat 'dompet' baru kah? comel ke kaler purple gitu? cam poyo jer. :p
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



hik hik. sebab dalam dompet itu ada tepon baru aku :D sama brand ngan peti ais. hi hi. terasa macam orang korea pulak sekarang. sedondon ek tepon ngan dompet tu? hi hi. so schweet. delicious wine colour...


..with gigantic keypads that are suitable for orang tua. neventheless, i like it very much! the software orientation is pretty much like *nokia. this phone even can adjust the size of the font, and they have SUPER font for mereka yang rabun amat gamaknye. ha ha.

-------------------------

class aku dah mula. some familiar faces that makes me happy. i like my 'crowd' this time around. plus, the classroom is convenient for all of my classes. i don't know why there is an underline with this paragraph, and i don't bother to edit it or what-so-ever. i have so many things to do, and yet i don't know where to start. boo hoo. gonna stay in KL duirng the weekend. saje tukar angin. he he. esok gaji! yeay!

Thursday, November 20, 2008

new phone?

not yet.

trying to get one.


Selasa lepas pi usha tepon kat the mines.

cuma satu je yang betul2 menangkap jiwa dan qalbuku.




lawa hor?

tengok 'in person' lagi cun.

ada 3 kaler.

pink karer (limited), blue karer n maroon/wine karer.

yang paling sedap adalah yang maroon karer.

kat mines paling murah leh dapat rm530.

harga yang dicanangkan di majalah adalah rm599.

jika anda mahu mencari model-model telefon bimbit yang terkini, sila layari www.mobile88.com dan layarilah dengan berhemah. sehingga bertemu di lain siaran! :)

Tuesday, November 18, 2008

Ulangtahun kelahiran yang ke-dua puluh-an

Selamat Hari Lahir Duffran.

Semoga Momok makin gembira, sihat dan sejahtera.

Ma doakan Momok akan dapat segala yang Momok usahakan selama ni.

Ma nak Momok abes belajar dengan baik.

Ma nak Momok teruskan jadi diri Momok yang sebenar.

InsyaAllah kita akan bersama dengan ikatan yang sah satu hari nanti ye Momok.

hmm.. hari ni nak lunch kat mana ye Momok?

Monday, November 17, 2008

sem baru sudah bermula

fulamak.
kelas aku 15 jam seminggu beb.
gile kencang.
3 classes and 3 labs.
cewah.
macam la hebat sangat kan.
mujur le bakal tidak ramai pelajar aku.
walaupun kelasnye banyak, tapi tak berapa ramai anak murid.
jadinye, boleh la aku beri lebih kasih sayang kepada mereka.
hiks.
kelas aku hari senin dan rabu pkol 8 pagi.
aiyooo.
pagi2 suda kena keluar rumah.
mama, kakma nak dok hostel sem ni boleh?
pleaseeeeeeeeeeeeee.

aku lom wat nota lagi untuk subjek digital systems with VHDL design tu.
minggu lepas lagi lah.
dah ar baru tau kena ajar subjek tu.
pastu cuak gile sebab tak tau nak kena guna software apa.
tanye lecturer kat sini yang pada bulan Julai yang lepas pi kursus sebulan pasal VHDL nih, aku tak dapat apa2 jawapan yang memberangsangkan langsung.
he is the one yang dapat training, and i am the one who need to teach?
ampeh kedereh betul.
pastu aku tanye itu ini untuk menanagkan jiwa,
bukk,
dia bagi 2 kotak yang ada test card [?] berkaitan ngan nih.
aku macam wtf??
aku tanye semua di atas tu untuk ringankan beban aku.
ni ditambah pulak dengan unnecessary burden lak.
dem.

later that day aku sempat chat ngan shitam.
Alhamdulillah sangat2 sebab kata2 dia sangatlah membantuku meneruskan perjuangan sebagai seorang pensyarah.
terima kasih banyak2 ye shitam.
i owe u big time.
barulah aku boleh senyum bila fikir pasal subjek tu.
thanks for nothing to that "senior" lecturer.
cheh!

anda dah buat baju raya untuk raya haji?
saya sudah.
dua pasang.
anda buat korban tahun ni?
insyaAllah saya akan buat.
tapi saya tak tau nak letak nama siapa.
saya tak nak letak nama saya sebab pakcik saya telah buatkan untuk saya tahun lepas.
jadi tahun ini, saya nak buat untuk orang lain.
macam pay it forward gitu.
get the concept?
aku tengah cari mereka yang kurang berkemampuan nak buat korban.
aku sendiri belum cari calon.
kalau korang ada calon yang sesuai, please let me know.
mama dah pi cari lembu sabtu lepas.
cantik katanya.

till then, have a great week ahead! ;)

Monday, November 10, 2008

leisure time is almost over

minggu lepas ada banyak 'sakit' yang aku lalui.
awal minggu dimulai dengan PC aku sakit.
memula on ok dah.
pastu tetiba tergantung (hang).
aku on balik, dah tak masuk windows.
masuk kat recovery unit.
pastu format balik, takde kesan.
tried a few times, terus takleh masuk windows dah.
dah cuba recover guna CD, tak boleh jugak.
lab technician yang tolong godak pun naik fedap.
aku apatah lagi
PC kesayangan sanggup buat akak macam ni yer.
macam tau2 aje musim cuti.
tapi sem dah nak bukak la sayang oii.
tak tau ke akak ni tak gemar wat keje kat tempat lain.
kau ajelah tempat aku berselingkuh sayang oii.
taknak aku berselingkuh ngan PC lain.
takde perasaan.
hiks.

pada hari Selasa, aku diserang sakit tekak.
telah menogok satu botol besar yogurt drink.
hari Rabu ada lagi sakit tekak sikit.
makan yogurt pulak.
Alhamdulillah sakit tekak dah pergi pada hari Khamis.
tapi datang sakit lain pulak.
selsema dan pening.
mujur ada adezio.
mkn adezio dan panadol actifast, wat aku lalok aje kat opis.
nak tido aje.
memang pulun tido pun.
bila terjaga, rasa high semacam.
hehe.
tiba hari Jumaat, gile susah aku nak bangun dari katil.
memang tak bangun pun.
sms boss, kata tak dapat nak datang sebab demam.
mujur memang takde kerja kat opis.
tido aje kat rumah sambil tuam kepala ngan tuala basah.
memang menyeronokkan.
petang aku ke klinik kerajaan atas permintaan Mama.
macam tau2 aje aku nih dah kehabisan duit.
pi klinik kerajaan kena RM1 sahaja.
hasilnya: 2 papan paracetamol, satu plastik ubat selsema, ubat kumur dan ubat batuk sebotol.
aku kena batuk hari Sabtu.
lepas sarapan aku minum, tido sampai tengahari.
aku tido kat dapur.
boleh aje telinga aku ni dengar Mama kelentang kelentung basuh mangkuk Corning dia.
tapi aku tetap maintain tido.
memang dasat lah ubat batuk bekalan kerajaan ni.
saya tabik sama gomen!! *tabik springggg*
hari Isnin, batuk ada sikit2 lagi.
dalam keadaan terkawal.
malam ni minum lagi seround, ok lah kot.
dengan izin-Nya.

aku sakit nih, Duff pun sakit gak.
dengan gatal2 bunga2 cinta penuh satu badan, batuk lagi.
isk isk.
kesian Duffy saya.

nak tambah lagi seronok rentetan kisah sakit aku nih, tepon aku pun sakit.
dah takleh ditekan keypad nye.
pastu keluar display ikut suka hati dia.
tepon aku kan jenis flip.
ada another skrin kat depan tu kan.
boleh aje tetiba nyala.
tetiba kuar ring mode.
tanpa tekan apa2 tu.
pastu bila bukak flip, kuar volume.
tekan punye tekan, tetap kuar itu.
aku takleh nak buat outgoing calls.
ada kekadang tu boleh jugak.
tapi ikut nasib.
boleh terima panggilan sahaja.
sms pun takleh baca.
tepon oii tepon.
nape ko merajuk ngan aku?
tak tau ke duit aku dah lebur pi kat tayar bridgestone MY-01 made in thailand ittew.
hu hu.

on the brighter side, aku dapat durian runtuh pagi ini.
Mama letak rm1k depan mata aku pagi ni,
dan letak jugak dompet kecik dia sebelah aku.
Abah bagi kat Mama untuk belanja.
n Mama tau tepon aku tengah sewel.
macam best lah kan dapat pegang rm1k pepagi buta kan?
tapi, apa fungsi Mama letak dompet kecik dia sebelah aku kan?
untuk tidak menghampakan kedua-dua belah pihak,
aku ambil lah separuh.
kalau beli tepon yang harga rm99, leh dapat 5.
ha ha.
tengok lah nanti cemane.
nak beli tepon harga rm99 or rm499.
eh, ada GOMOBILE fair kat PWTC 21-23 Nov nih.
[pagi2 tgk ada iklan kat depan kolej]
molek gak kalau boleh g.
tapi mampu ke aku bertahan sehingga tarikh itu dengan tepon sewel ini?
oh tidakkkkk.

Monday, November 3, 2008

Melaka Trip

Best tapi tak puas.
Akan pergi lagi di masa akan datang.
tunggu eye on malaysia siap pasang.
aku pasti akan datang Melaka lagi.
update lebih lanjut?
nanti2 lah.
enjoy the photos.

Thursday, October 23, 2008

Gambar tahun 1998

mungkin ada yang maklum aku ni adalah 'bandgirl' masa zaman sekolah dahulu. ya, aku seorang ahli pancaragam. aku bermain alat tiupan (brass instrument) yang bernama euphonium. tetapi semasa aku di tingkatan 1 dan 2, aku bermain baritone. dah besar sikit baru diberi main euphonium. lagi best main euphonium berbanding baritone. aku gemuk sikit je dulu dari sekarang nih. tapi tetap gagah mengusung euphonium merentas padang. aku memang gagah. kenapa aku takde peminat masa skolah ek? isk. aku gagah sensorang dalam hati gamaknye. isk. seterusnya, penerangan tentang gambar di bawah. ohoh. sudah tentu gambar itu diambil pada hari sabtu. biasanya, pada hari sabtu kami akan berlatih dan mengenakan pakaian 'all black'. kena berjemur dan mengenakan serba hitam. memang bijaksana insan yang mengetengahkan tema 'all black' ini. mujur aku tetap cerah dengan bantuan Fair'n'Lovely. not! la la la. itu adalah aku 10 tahun yang lepas. pergh. aku rasa seperti baru semalam dok kecoh2 pasal SUKOM. saat-saat manis yang takkan dilupakan.

dari kiri: aku dan instrumen kesayangan 'Marching Euphonium', Jurina dan 'flute'nya, Karena Anum dengan 'Marching Bass'.
agak berisi juga aku 10 tahun lepas walaupun makan nasi kawah sahaja. makan nasi dari beras wangi setiap hari pun aku tak jadi seberisi begini. hiks.
bergaya bermain 'Marching Euphonium' bersama Jurina. rakan seperjuangan aku pada masa itu adalah Liana Syafinaz. aku rindu padanya. huks.
untuk pengetahuan kalian, euphonium adalah antara instrumen tiupan yang termudah untuk dimainkan. instrumen tiupan yang paling sukar adalah french horn. aku pernah mencuba, memang tak keluar bunyik. hiks. pada awal penglibatan aku dalam pasukan pancaragam sekolah, aku sebenarnya ditarik untuk bermain trumpet, tapi aku berlatih punye berlatih, tak lepas2 satu 'scale' (do re mi fa so la ti Do). paling tinggi aku leh main sampai not E (mi) aje kot. dan aku telah ditukarkan untk bermain baritone. sekali cuba aje dah sampai not G (so). hebat jugak aku ni rupanya. cuma tak cukup hebat untuk bermain trumpet. hiks.
di zaman persekolahan menengah, aku bukannya golongan pelajar pintar. tapi bukanlah yang tercorot. tengah2 gitu. aku sendiri macam tak percaya aku dapat semua A untuk PMR. ye lah, bukan calon harapan sekolah pun. he he. sambil tu, bukan main ligat ngan band. dong cheng sana, dong cheng sini. jalan sana, jalan sini. SPM aku pun tak mengecewakan aku. keputusan aku lebih baik daripada Ise. *aksi kembang hidung*
masa aku dah boleh berfikir sambil kenang masa lalu, aku tanya Mama, kenapa tak keluarkan KakMa dari band walaupun keputusan peperiksaan KakMa tak seindah mana? Mama kata, sebab benda tu yang buat KakMa gembira, dan boleh membuahkan hasil. aku terharu. terima kasih Mama. keluargaku adalah penyokong terbesar aku sepanjang penglibatan aku dalam pasukan pancaragam sekolah. hampir setiap pertandingan peringkat kebangsaan yang kami sertai, pasti keluarga aku turut ada bersama. ke Terengganu, ke Kuala Lumpur, ke Bukit Jalil, Mama dan Abah tanpa gagal pasti akan ada. Terima Kasih Abah dan Mama.
aku seronok dengan semua kenangan ini. Alhamdulillah.

gambar tersirat

di atas adalah graf salah satu kelas yang aku ngajar. sekilas pandang, aku nampak macam orang tengah 'memingger'. orang tag joe tau ar memingger nih apa. kalau yg bukan orang tag joe pun, leh gak agak amende memingger tu kan. hehe. memingger secara berjemaah. hiks.
bukan aku sengaja nak create graf memingger secara berjemaah. ha ha. tak sengaja. ha ha. pandai kan anak2 murid aku? takde yang fail pun. hiks. aku memang lecturer yang baik hati. la la la.
Posted by Picasa

Monday, October 20, 2008

My day today



Start your day with a hearty breakfast only at McDonald's! aku tak abes makan pun. sebab last2 tu aku rasa muak pulak. makan pulak sensorang. hurm.


Kuih raya lagi! aiyoo lah student aku nih. nak mintak tambah markah, terus bagi kuih raya. susah la camnih. mati kembung aku sbb makan rasuah. tanda harga pun tak dibuang. dah kalau namanya lelaki kan. ni rasuah ke? tak kan. hiks.
Posted by Picasa

Friday, October 17, 2008

sejuk

i am feeling so seram sejuk rite now
adakah sebab student aku semua tengah kutuk aku?
soklan pun diorang belum tengok, dah kutuk aku berbakul2 ke?
b4 this tak pun seram sejuk camni sgt
mungkin sbb kali ni student aku lagi ramai kot.
huhu.

hari ni paper aku! cuak la pulak!


buah tangan drp student aku. kacang tanah tapinye. tak dapat mek nak makan. hu hu. ala, dari student aku yang ensem tu. hiks.

phew. apa2 aje lah anak murid aku nih. exam pkol 3 ptg, pkol 10.30 pagi baru nak cari aku. nak aje aku lempang2 sekor2. mintak tips kemain. hai lah. susah jugak aku nak keraskan hati wat vodo aje kan. tapi tetap tak sampai hati. hu hu. bagi le sesikit. suruh baca itu ini. tu pun nak jugakkk korek lebih2 dari aku. hu hu. harap2 diorang boleh jawab dengan baik petang nanti. Amin.

kacang atas tu anak murid aku yang cemerlang yang bagi. hari apa ek dia datang. ha. hari rabu petang. dah lah ensem. abes dip nih, dia nak sambung belajar jadi pilot pulak. hai lah. dah la ensem, putih, tinggi, body maskul lite2, nak jadi pilot pulak. hai lah. hiks. moga2 cita2 dia untuk ke awan biru dipermudahkan. Amin.

semalam aku jadi ketua jaga exam kat hall besar beb! pergh. best gile. terasa gile kuasa la sekejap kan. hall besar2 camtu, aku yang cinonet nih yang jadi ketua. wargh wargh wargh. as my koliq said, ima sudah jadi taiko maa! ha ha ha. yeah rite!

weekend ni bz lah aku tanda kertas. harap2 tak berasap tak tentu hala lah kepala aku. hiks.

happy weekends u ols!
Posted by Picasa

Wednesday, October 15, 2008

Birthday present from Bakdina, The Loveliness

accessories holder and a cute lil bear with my birthdate :)


aku terkejut balik kerja di satu petang Khamis, tengok ada notis daripada PosLaju, ada bungkusan untuk aku katanya. aku dah lama tak order apa2 online. tanye Nasreen, dia pun takde anta aku pape. [mengharap Nasreen anta present lagi ker? kui kui.] sungguh tidak ku sangka Bakdina yang anta. *sobs* terharu mek. *sobs* aku bukak kotak yang dibagi tu, ingatkan voodoo apa la yang Bakdin nak bagi aku nih. cuba ko bayangkan kalau ko dapat bungkusan yang dalamnye ada patung takde kepala, tak ke ko seram? patung perempuan t*tek baek punyer lak tu. pakai gown couture lagih. rupanya ada penyangkut untuk rantai/gelang/kalung utk attach kat kepala dolly tu. tu antara koleksi gelang/kalung/rantai yang aku ada. yang beads kaler2 tu from Nasreen yang dia beli kat Bali. yang ada loket tu Duff bagi for my birthday this year. yang warna cekelat tu Mama yang belanja, batu tiger's eye. yang kaler putih tu lak Bakdina yang bagi on Valentine's day last year. bear kecik tu pun Bakdina bagi.
-----------------------------

planning to go to Melaka this Nov. Bakdin nak belanja me ikan bakar. n cendol. memula dia nak belanja ikan bakar je. pastu ada tambahan cendol sebab i still have her thesis' softcopy. hiks. resourceful jugak aku nih rupanya. at first, she thought aku tipu dia yang aku ada thesis dia. bila aku transfer kat dia thesis and the abstracts, baru dia percaya. cayalah nak lepak Melaka. malam minggu nak round Jonker Walk. pergh. mesti best. ngan Bakdin lak tu. tentu best. cayalah.

------------------------------

exam untuk paper aku adalah Jumaat ni dan Rabu depan. nih tengah lenggang kangkung kat opis. tu yang berkoyan2 entry aku buat on Monday tu. ha ha. free sesangat la konon. padahal filing tak siap lagih. ha ha. malas tahap gaban nak buat teaching report tu. bukan susah pun. copy paste edit jer. pun tanak siapkan. apa nak jadik ntah. sem depan aku nak buat awal2. update tiap minggu. baru la cemerlang, kan? kan. ala sem nih aku baru tau, rupanya memang la teaching file tu kena prepare before mula sem, dan update the file every week. aku baru tau sebab attent kursus ISO itu hari. tapi memang tak implement pun kan sini. hurm.

Monday, October 13, 2008

Raya visit from my students


Shafiq*, Danial* (kolekci cucu angkat terkini nenek aku), Nenek, Firdaus* n Jawe*. @ Nenek's crib.

Malam minggu yang lalu aku dikunjungi oleh anak2 muridku. depa dah round satu Selangor for open houses, pastu singgah rumah aku. memang langkah kanan diorang nih, sebab pakcik aku wat kenduri cukur jambul + open house untuk pekerja dia + sambut birthday anak bongsu. menu pun pelbagai. from western to local. untuk kenduri, ada pajeri nenas + kedondong, ayam masak merah, sayur campur. pastu untuk makan2 tu ada nasi dagang, mihun tomyam, stimbot, ikan bakar, mushroom soup + baguette, spaghetti dengan citarasa malaysia, kuih muih dan kek dari SR. anak2 murid aku walaupun mengaku dah kenyang, tapi melantak aje jugak. yang Danial* nyer, makan ikan bakar sampai 3 ekor. punye la terharu katanya dapat beraya dalam suasana kampung. campur lagi terharu sebab tengah patah hati katanya. his girlfriend left him for no reason. dua hari sebelum raya pulak tu. (macam pernah rasa jugak pakwe mintak clash sebelum raya. hiks.) sebab tu lepak ngan rakan2. iye lah.

aku macam terlupa aku merajuk ngan budak dua orang nih. Danial* ngan Firdaus* je anak murid aku. yang lagi dua org tu budak dept lain. aku merajuk ngan diorang sebab diorang datang lewat untuk test lab itu hari. kalau aku tak sms, ada ke gaya diorang nak datang. sabar aje lah aku ngan depa. tapi aku kan lembut hati orangnye. manede marah lelama. kalau diorang tak sebut pasal aku marah itu hari, aku pun dah tak ingat. ni lah pengalaman pertama anak murid datang berkunjung ke rumah. aku pun tak reti nak treat diorang cemana, sebab aku kan amalkan konsep buddy2 gitu. jadinye, rasa macam member yang datang rumah. nak dekat pkol 12 baru diorang beransur pulang setelah dapat duit raya from my mom n Nenek dan juga sekampit beras. hiks. untung datang beraya rumah i tau. untung2, dapat TV pulak lepas ni. wakakakaka.


beriye diorang nak posing at this spot. nak bergambar dengan jam kat belakang tu katanya. that clock is older than me, mind u. hiks.

Kluang Railway Station is the place to be..

kalau dah pi JB tu, rugi lah kan kalau tak singgah Kluang for the famous ever railwat station canteen. this place is, pergh, legendary! kopi susu ais ngan roti bakar, tambah lagi ngan mi siam atau mi goreng, dan juga nasi lemak yang dibungkus comel dengan harga 70sen, who could resist it? makan sampai lebam pun tak akan merabakkan poket anda. hari tu aku n duff ambil 2 kopi susu ais, 2 set roti bakar, 1 set roti stim dan 3 bungkus mi siam goreng dan jumlahnye tak sampai rm10. pergh. gilak ah. pastu parking lak 60 sen. alahai. nak aje aku bagi singgit kat brader tu sebab happy sangat dapat lepak kat situ lagi :)

Nikku' n Rizal

me n Ellel went for Nikku's reception at Taman S**** Indah (S**** - tak ingat la namanya apa. huhu.) in JB on the 4th raya. Ellel with her 4 inch faux patent stilettos and me with my 'bunga setongkol' slippers. Nikku' is so tembam than the one I remembered back then in the school years. makin comel pun iye. alahai doktor sorang nih. cepat2 dapat baby yer. Nikku' kata nanti dia datang wedding aku bawak anak 2. nampak sangat aku lambat lagi nak kawen kan? huwaaaa. Nasreen, ni baju raya aku yang sama kaler ngan Duff punye baju melayu. hiks.

Makan-makan @ dept

on 6th october, our dept held a lil makan2 sempena raya. hashim brought nasi briyani from home. dia punye lazatness, pergh, sampaikan aku 3 kali tambah okey. i brought my infamous puding gula hangus. this time around, the gula betul2 hangus. ada rasa pahit sket. walaubagaimanapun, puding dia sedap. to my liking lah. orang lain pi lantak la. ada aku kesah? ke ke ke. that is me in my baju raya. hiks.

Wednesday, October 8, 2008

demam raya kat opis


Kuih Tat Nenas from my student

Kisah kuih raya drp student aku:
hari tu sblm raya, dok datang sembang ngan aku, pasal kakak dia punye london almond yg best gile. siap cerita how to make it bagai. tau2 aje miss dia nih tak reti buat kuih kan. takpe2. itu dah telan air liur aje dah berapa round kan. puasa lah katakan. hiks. then di ambang raya dok SMS wish raya, aku reply, simpankan aku 3 ketul london almond kakak dia yg famous bangat tu kan. hari ni dia datang opis bawak 3 biji tat nenas. sweet ke tak anak murid aku nih. jujur seamatnye. Alhamdulillah. balik nanti baru nak makan. makan kat opis ni kang berebut pulak. dah ar 3 ketul aje nih. nak tau student aku yg mana satu? yg dalam previous entry yg berdiri belakang aku yg posing boleh tahan over. ada sesape nak? available lagi nih. hiks.

Kisah raya tahun ini:
awal 1 syawal, nenek sedara aku meninggal. jadinye, kurang berjalan raya lah. sebab ramai makcik n pakcik sedara kepada ayah aku yang ada kat situ, jadinye kurang berjalan lah tahun ni. collection raya aku pun cuma RM2. Alhamdulillah.
Posted by Picasa

Friday, September 26, 2008


Class of June 2008 - me with my bachelor students

yesterday was my final class for this semester. phew! lega teramat semuanya selesai. kecewa sket ar for my electronics class. sket aje yg datang. beriye aku nak bagi soklan final. sape yang datang je la yang dapat. dah ar masa kelas haritu aku macam terkurang ajar [read: ajar tak khatam] soklan yang aku masukkan dalam finals. kang ada jugak yang jawab separuh jalan. terpaksa aku bagi separuh markah. hu hu.

lama sangat tak berblog. terlalu sibuk. dua minggu lepas ngan Test 2. minggu lepas ngan finals untuk lab. minggu ni sibuk update carry marks. alhamdulillah dah selesai hari ni. boleh beraya dengan lega hati :)

speaking of raya, boleh tahan lengkap juga persiapan untuk diri aku sendiri tahun ni. lengkap tu dari segi pakaian. selipar baru bunga setongkol, checked. baju kurung 5 pasang, checked. tudung yang sesuai untuk semua baju kurung, checked. tudung yang sesuai untuk baju raya 3 tahun lepas, checked. brooch pelbagai warna yang meriah dan citarasa, checked. alhamdulillah.

banyak cerita suka duka aku alami sepanjang ramadhan ni. banyak dugaan aku hadapi. takdelah berat bagi orang lain, tapi berkesan dalam hati aku.

the final exams will start on 13 Oct n will end on 23 Oct. kena raya sakan sebelum sakit jiwa tanda script students. he he.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan yang aku sentiasa kenang dan ingati dalam sanubariku. semoga amal ibadat kita Ramadhan ini diterima oleh-Nya. Amin. Maaf Lahir dan Batin.


Posted by Picasa

Thursday, September 18, 2008

acar rampai

1)
pepagi mak aku dah hurey hurey sensorang.
bonus masuk minggu depan katanya.
terus masuk 'tazkirah pagi' yang bertajuk "marilah kerja ngan gomen".
adeh.
penat la nak degnar lagi.
boleh aku nak kerja gomen.
tapi kena jauh ngan keluarga.
aku nak jauh dari keluarga bila aku dah ada keluarga sendiri nanti.
bukan sekarang.
period.

2)
cakit kena injek!
tadi lepas kelas pi klinik panel.
dah seminggu aku dok gatal tak tentu hala.
tetiba naik bengkak cam kena gigit nyamuk tu.
jari aku pun giat ar menggaru sana sini.
hari ni terlupa pulak nak bawak krim sapu yang duffy bagi.
redah aje pi klinik.
dapan injeksen sedas.
dulu kecik2 selalu kena injek sampai tak heran.
dah tua ni naik heran pulak.
ni tengah sengal lite2.
adeh.
harap2 tak menggaru lagi lah lepas nih.
doc suruh pantang makan.
jangan makan benda yang gatal2.
baiklah doktor.

3)
can't wait for Saturday!
mek nak shoppenngggggg.
nak cari tudung lagi 2 helai.
na kain pelekat untuk duff.
mungkin selai tudung wat pi jalan2.
memang la gaji masuk sabtu nih.
tapi kena belanja besar for baby blue pulak.
nak servis, tukar spark plug, wat tukar2 tayar tu.
adeh.
poket berlobang lagi.
sabarkan aje.
:)

4)
bibir aku macam kebas pulak.
sebab kena injek ke?
hahaha.

Monday, September 15, 2008

RM 1 million to spend

If u have a wedding budget of RM 1 million, what will u do?

kalau aku la kan, aku akan...

1. buat wedding kat rumah. aku akan pastikan makcik2 aku tak penat memasak untuk aku. oleh sebab itu, aku akan panggil catering yang paling sedap. might also have my favourite foods at my wedding! contohnya mee rebus hj.wahid, asma rojak angsana, apa lagi ek? nanti lah pikir lagi.

2. tentu lah aku nk jemput semua orang yang aku kenal. diorang kenal aku ke tak tu nombor dua. ha ha.

3. designer clothes? maybe yes, maybe not. aku nak baju yang praktikal, yang aku boleh pakai lagi pada masa akan datang. taknak la wat memahal pastu boleh pakai sekali aje. baik pakai baju kurung raya aje. dah tentu aku pakai banyak2 kali. hiks.

4. aku nak khemah yang hebat gile macam yg selalu pasang kat danga bay tu kalau johor buat rumah terbuka. yang siap ada kelambu tu. wohop. khemah idaman.

5. aku nak jemput FaizalTahir nyanyi kat majlis aku. will also jemput Nubhan so that Nasreen boleh amik gambo ngan MrManager. kikiki.

cukup tak budget 1 juta aku? cukup kot. saje perah otak di pagi hari sebelum memulakan kerja. happy monday folks :)

Friday, September 5, 2008

terasa tidak muda

i received a necklace and a bouquet of pink roses from duff. my little sister gave me bling2 with my name yang boleh gantung kat phone. so sweet. i like it very much!

29/8 aku n duff wat early celebration. duff kena balik melaka malam tu. so takleh nak berjimba ngan aku on my birthday. huks. takpe. panjang umur tahun depan dah nikah. ye ke? aminkan aje :D we went to SR kat BBB dan aku belanja diri sendiri ngan apple crumble cheesecake. itu aje kek yang aku makan for my birthday. on the 30th takde sape pun celebrate my birthday. seharian tido aje. pastu pi Tesco*Setia*Alam yang baru dibuka 28 Ogos lepas. shopping2 untuk berbuka puasa hari senin kat umah nenek.

20/9 nih ada majlis berbuka puasa dan reunion rakan2 utmku. yeay! aku dah plan dah nak pakai baju apa. gile excited. haha. bakal menginap di hotel kat jln TAR. huar huar. shopping heaven for raya! nak cari tudung untuk baju2ku. 4 pasang. tapi kalau dapat satu aje pun cukuplah. hiks.

banyak dowh kerja kena siapkan.
1. teaching file: filing tak buat langsung. 5 file kena buat. bulan ni ada internal audit. erk.
2. final exam papers. ada 3. sekali ngan marking scheme. jadi 6. bleurgh.
3. 'test 2' papers. ada 3.
4. test questions utk lab. ada 2.

so far, satu je final paper yang dah siap secara total. tapi marking scheme nye kena buat semula. paper finals untuk bach kena edit balik ar. nak buat susah sket. >:)

marilah buat kerja dengan bagus di hari yang penuh keberkatan ini :)
Posted by Picasa

Thursday, September 4, 2008

I cannot focus on my work right now

ima: yo wasap wasap
ima: kepalo den dah berasap
ima: mencik ar wat final paper neh
ima: grr grr
ima: td masa class budak foreigner dok cari pasal ngan aku
ima: ckp aku tak ajor chapter tu lagi la, apa la
ima: padahal aku dah ajar
ima: dah diorg tak faham
ima: kena la catch up sendre kan?
ima: maleh dah aku nk layan
ima: aku sikit aje lagi nk cakap jawa ngan dia
ima: pastu duff pulak dok nak bengang2 ngan aku
ima: kata aku tak kejut dia sahur apa bagai
ima: ler
ima: my full obligation ke nk entertain dia sokmo?
ima: abes, ingt aku ada drebar nk pi kerja sampai takyah pk apa2?
ima: byk nk kena buat
ima: lagi ar aku ada kelas pkol 8 tadi
ima: leh pulak membebel ngan aku sampai stgh jam
ima: laki oi laki
ima: penat la aku dgr lelaki membebel
nasreen has signed out. (4/9/2008 3:17 pm)

ingatkan bulan puasa takde la orang nak cari pasal ngan aku. jangkaan meleset rupanya. nih duff nye diam aje dah. kang kalau aku call, mula la nk ungkit2 balik. penat lah aku. dia dok kat rumah boleh baring guling2. bengang ngan aku pun still dalam selimut. aku nih kat opis, bukan kat umah. ish. geram lah aku. kang kalau tak jumpa ptg nih, lagi bersambunglah dia punye bengang. abes, aku punye hal ada ko tolong pikir? alaaaaaaaaaaaa malas la nak marah2. dah diri sendiri tak dapat nak bangun sahur, jangan la blame aku pulak tak kejut. alaaaaaaaaaaaaa aku penat laaaaaaaaaaaaa

Wednesday, September 3, 2008

pengalaman berpuasa

bagi aku, kali ini adalah puasa yang paling mencabar. travel pi kerja pun dah jadi satu cabaran. semalam pi kerja aku punye mengantuk gile, rasa macam mengantuk yang selalu aku alami waktu balik kerja. dah menyanyi kuat2 macam orang sewel, baru lah ilang sket ngantuk tu. hari ni dah oke sket. semalam lepas solat maghrib, terus boom masuk tido. gile tak larat nak bukak mata. flat gile. bukan 4 flat tapi. hiks. mama ajak pi terawih pun aku leh pulak jawab mamai2. sabo aje lah ada anak dara macam aku nih. balik nanti lepas berbuka kena telan jamu lah. bagi ada tenaga sket. rasa kerugian tak dapat tunaikan terawih berjemaah malam tadi. huks.

dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. cuba tingkatkan amal ibadat. bonus banyak bulan nih. bukan diskaun, tapi berganda2. bila lagi nak rebut, kan? setahun sekali aje lak tu. mega sale pun berkali-kali setahun. dah lah setahun sekali, pastu tak tentu pulak tahun depan sempat jumpa ke tak. kalau tak sekarang, bila lagi kan rakan-rakan? jadi, buat lah apa yang patut. kita berada di saat ini, waktu ini cuma sekali. jadi, manfaatkanlah sebaiknya *mode goody2 tak hengat!

ucapan jutaan terima kasih untuk rakan2 yang wish bday aku. macam terkilan jugak sebab tertunggu2 jugak wish daripada beberapa rakan, tapi tak kunjung tiba sehingga hari ni. nak buat cemana, zaman dah berubah. huk huk. tahun nih aku dapat beberapa ucapan selamat hari lahir daripada insan2 yang kau tak sangka seperti Uda (29hb dia dah wish. sepak kang. duff sorang je yang boleh buat macam tu lar. ha ha ha), Fieza (rakan srikandi), Akmam n Ina (rakan seopis). yang aku tunggu2 sampai hari ni yang tak wish tu adalah rakan sesrikandi aku dan geng seutm aku. huk huk. mek kecewa lite. tapi apakan daya. zaman dah berubah. terima ajelah seadanya walaupon ada frenster dan facebook. huk huk.

esok after class aku upload gambo apa yang aku dapat tahun ni ek? daa

Friday, August 29, 2008

I am 25, going on 26 :)

I am turning 26 tomorrow. How time flies. At 26, my mom is happily married. At 26, my brother just finished his degree. At 26, abah have mama.

So, what have i achieved all this while? At 26, I have a career in the education line. I got my masters in engineering. I have a car that I don't need to pay a sen, thanks to Mama and Abah. I live with my family which I need to commute 1 hour one way to go to work. I have a boyfriend who love me to the bone. I have a colleague and a student who shares the same birthdate as me. I have a salary which is similar to a degree holder. I have Nasreen who always hear my ramblings, day in and day out. Alhamdulillah for everything that i have.

My wish on my birthday:
1- good health all year round, supaya senang berbakti kepada agama, bangsa dan negara
2- to have tonnes of money for me to buy a laptop, a laptop handbag and buy a 3G handphone
3- aku nak kawen!
4- aku tanak kawen saing ngan abang aku
5- syaza dapat result cemerlang dalam PMR
6- dapat gaji yang lebih baik dan banyak (kena pindah tempat kerja ke maksudnye? hu hu)
7- semoga anak2 murid aku dapat belajar ilmu yang aku beri dengan baik dan dapat digunakan di masa akan datang

Bila menjelang hari merdeka, aku selalu teringat zaman sekolah menengah. Setiap tahun mesti buat persembahan pancaragam untuk perarakan merdeka. Seronok. Memang seronok. Paling seronok tahun 1996, sambutan hari merdeka peringkat negeri diadakan di Segamat. Tahun 1999, aku tak ingat kena pergi buat persembahaan atau tidak. Mungkin sudah direhatkan pada masa itu.

Hari ni hari ke-3 aku ada ISO n audit training. Sangat memenatkan sebab dudukkk aje. Kalau aku punye kelas, puas lah satu kelas tu aku round, takde ar boring tak tentu hala. I miss my students very much. Last week pun batalkan kelas, minggu ni apatah lagi. hu hu.

Nak bersiap ke tempat training. Have a nice weekend everyone. Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-51.

Thursday, August 28, 2008

about contemplating

moi right now am contemplating of searching for a part-time job.
tanak ar kerja kat tesco ke apa ke (ada tesco baru bukak hari ni kat SetiaAlam, dekat je ngan umah ai).
aku nak ngajar jugak.
part-time lecturer.
dekat klang n shah alam ada a few college.
ada HICT*, kolejPTPL, MSU* to name a few.
aku dah search online, HICT* is looking for full/part-time lecturers.
ok la kot nak kerja part-time isi weekend aku.
semalam lepas solat maghrib aku terfikir.
terus aku beritahu mama.
mama macam sokong.
"kalau tak waktu wiken asyik membongkangggg aje".
erk.
ayat pedas.
kalau kat HITC* best jugak.
kolej tu kan kat atas KlangParade.
boleh ar nk wat kelas kat McD ker, OldTOwn ker.
ke ke ke.
tengok ar nanti i try give them a call.
kalau diorang interested dengan aku.
belum cuba belum tau kan?

Monday, August 25, 2008

Nasreen, u really make my day

Sabtu petang aku pulang dari majlis konvokesyen di kolej dengan sebuah kiriman. dem. nape awal sangat aku dapat hadiah Nasreen? tercabar boipren i tau. kikiki. thank you very much. aku rasa, dengan cakap terima kasih pun masih kurang. jadi, jutaan, bilionan, mega, giga, tera punye banyaknye terima kasih aku pada ko. sobs. mek hampir nak nangis, tapi PMS belum sampai. hehe. tq very much dear. from the bottom of my heart. i wish i can do something great for you too. in the future maybe? :) tq again.

Tuesday, August 19, 2008

tentang pilih kasih

kat opis aku telah dipilih kasih oleh boss aku.
bukan aku jadi anak emas boss.
instead, aku dianak tirikan oleh boss.
lecturer lain semua boss aku taking care.
aku nih ala2 'pepandai la ko nak survive ima oii'.
even the new lecturers pon my boss sayang tau.
lab assistants nih yang perasan aku nih kurang 'disayangi' oleh boss.
nak wat cemane.
aku pon bukan reti nak ambil perhatian or manja2 mintak itu ini or minta belas kasihan.
selagi aku boleh buat sendiri, aku buat.
kalau aku betul2 takleh buat, barulah aku mintak pandangan boss.
nape nak peningkan boss ngan perkara remeh temeh sedangkan kita bloh cuba figure out sendiri dulu kan.
takat nak buat lab, nak mintak tolong ngan lab assistant, takkan la nak mintak permission ngan boss kan?
gilo ke apa.
ha ha ha.
aku kat sini cuma disayangi oleh lab assistant, bukan boss.
what to do?
this is the real world, kan Nasreen?
huk huk.

kat opis minggu lepas aku dah terasa aku macam anak tiri.
on sunday, pepagi buta mama dah tolong basuhkan baju adik aku.
lagi la aku terasa pilih kasih gila2 punya??
kat opis pilih kasih, kat umah pon pilih kasih.
letih ar camni.
adik aku dah gelincir matahari baru bangun tido.
cuti seminggu.
biar aje la nanti dia basuh sendiri.
dasar pilih kasih ek semua orang yang dekat ngan aku.
seb baik aku tak PMS.
kalau tak memang aku dah meroyan dan menangis bagai tiada esok bagiku.
ha ha ha.

memang sedih bila fikir lebih2.
tapi, teruskan ajelah hidup.
teruskan aje kerja.
kerja dengan ikhlas.
kerja sepenuh hati.
untuk generasi akan datang.
walaupun tak dapat perhatian daripada orang terdekat,
mana tau kita akan dapat perhatian daripada orang yang kita tak minta.
mana tahu kan?

hari ni aku ada kelas pukul 10.
will be observed by panels from *MQA.
i will write later about the *MQA visit.
daaa.

Friday, August 15, 2008

hancur hati bila kau undurkan diri

akak marah nih
grr grr
my friend from masters who is the new staff here get all the luxury she can get here
bukan luxury apa
semua kemudahan pon semua orang dapat
tapi dia dapat yg paling tip top
dapat meja, kerusi, almari, laci baru
dapat desktop, Acer 17" monitor with Vista
aku dapat meja, kerusi, laci lama
laci siap dah patah2 handle
dapat desktop Acer gak, tapi monitor CRT bappak besaq
penuh la meja ai
dah ar cube pon comel jer
hari ni boleh ar aku nak ngamuk2 dalam opis
ditonton oleh rakan seopis aku
[hiks]
sebab she is on leave
ha ha

tapi kita kena la fikir hikmah yang ada
i perform much more better than her
i got students who love me for who i am
[cewah. statement angkat bakul masuk sendiri jugak ya]
i enjoy my work
not like her
who is always complaining this and that
dah besaq panjang, kalau tak tanya, sesat jalan la kan
as for me, aku redah aje hidup bekerjaya aku nih
Alhamdulillah, aci redah aku berhasil dan berjaya
my boss pon said my performance is good

jadinye, walaupon dia dapat semua yang best2
tapi kerja tak setimpal dan asyik pikir nak tukar kerja kat tempat lain, takde maknanya
better aku dapat barang haprak aje
tapi aku suka ngan kerja aku

macam org kelas apa aje tulis camnih
tapi hari ni aku tak terbendung lagi rasa dalam hati nih
both of my officemate tau ar aku punya rasa hati
ye ar
beza ketara sangat
tapi takpelah
ilmu aku dapat kat sini pun tak boleh dibeli dengan wang ringgit
in the future, bila aku nak lebarkan sayap aku,
sekurang-kurangnya aku ada pengalaman yang orang tak boleh ambil
harap segera terhapuslah rasa iri hati dalam diri aku ini
berat hati aku kalau fikir lama2
fikirkan "kenapa la dia leh dapat best2, aku dapat cabuk aje,padahal semua student dok komplen dia ngajar tak best"

nampak cam aku busuk hati sangat ek ngan entry macam nih
ntah la
aku geram sangat
bukan aku benci dia
bukan aku menyampah tengok rezeki dia
tapi
sekurang-kurangnya
aku nak ar tengok dia betul2 deserve untuk terima semua tu
haiyah

deep down inside i do wish she will berambus from here
biar dia tau langit tinggi rendah kat luar sana tu
kat sini hiduo senang
workload tak menimbun
sumber mengajar cukup
pun byk ngomel
pun byk songel
dasar manja

hai lah
dah
buang rasa iri hati ni jauh2
nyah kau dari sini!

student2 ku sayang, meh hiburkan hati ai meh
hiks

a thrid world entry by,
Ima.

p/s: isk. teruknye mek meroyan. sobs.

ros mawar yang merah. diserikan dengan himpunan warna putih dan merah samar. telah elok kembang mekar pagi ini. hasil menge'pow' pacarku semalam. aku mintak sekuntum je. dia bagi 3 kuntum pelbagai warna. okke la tew!
Posted by Picasa

Tuesday, August 12, 2008

FFM ke-21. from my eyes.

2 minggu lepas aku nmpk MakEty post kat TagJoe pasal tiket nak pi FFM. i excited lite2 ar. teringin nak pi. tambahan lagi kat PICC. di luar KL dan aku tau nak ke sana. jadinye, i dapat la jemputan tu yang disampaikan oleh jijo. mekasih ye jijo. jijo siap pesan, tema glamor. apalah aku nak pakai. aku bukan dah bertunang, mana nak ada baju merelip ke apa. belasah aje lah pakai baju kurung moden yang aku buat dua tahun lepas untuk wedding Nhana. hiks.



aku teringin sangat nak pergi sebab:

1. aku teringin nak tengok how they do a live production.

2. I love PICC :p

3. dah lama tak dating ngan duff. not! :p



i know the whole show will be a quite a bore, but being there, it is not that boring. i like the live performances eventhough I am seated quite far from the stage. it is ok for me ;)

aku sampai dah nak pkol 8. punye la limited nak cari parking. ntah ceruk mana pun aku tatau. tengok orang lain semua glam2 aje pakai. aku pakai rasa cam nak pi kenduri kawen aje. cuma nasi minyak tidak tersedia. ha ha. first time nih aku pi tengok event yang tayang live kat tv. boleh tahan ar grand dia. aku suka. campur nervous lite2. motif la kan aku nak nervous? bukan kena buat performance whatsoever. ha ha. i like the ambiance. hiks.

masa aku sampai tu aku nampak sorang aje artis. eceh. naik satu lif ngan aku lagih. tau tak iklan JomHeboh tahun lepas atau 2 tahun lepas, yang abg tu bawak biskut ngan kopi segera yg dibuat sendiri tu? ingt tak? abg yg comel2 kepala butak tu. haa. abang tu la yang satu lif ngan ai. pastu kuar lif, ada itu pelakon cina tu. sapa ek namanya. takde ar veteran sangat, tapi dah lama ar dalam industri. aku tgk baju mcm recycle jer. oops. tak sayang mulut ker? tak.

every performance i was sitting at the edge of the chair. punye la excited kan tgk Alam SYTYCD tergolek2 kat depan ngan Dafi & Ebi. pastu FaridKamil pulak buat video clip hidustan. punya la banyak confetti depa guna sampai 18 kali commercial break tak habis nak sapu dari pentas. masa commercial break tu depa takde sediakan hiburan apa2 pun. just pasang trailer filem tempatan yang akan datang. tunggu2 gak kalau ada trailer poppadom by AfdlinShauki ke, tapi takde pulak. pastu dah berapa kali punye iklan, para penonton pun dah naik boring kot, tepuk pun ala2 lemah semangat gitu. encik penyiaran tu pon buat la announcement, semangat la sikit. bagi sokongan pada semua yg dicalonkan atau tidak. siap bagi contoh, contohilah semangat mebara IdaNerina dan Nanu. tu encik tu tak nampak betapa semangat aku tepuk untuk semua orang everytime without fail dia tak nampak. IdaNerina dia nampak ar sebab duduk depan skalik. hiks.

habis majlis tu, aku n duff lepak2 dulu. snappy2 berlatarbelakangkan the stage. ada IdaNerina stay jugak utk amik photo ngan rakyat biasa. aku ingt nak amik, tapi tgk dekat2, aku jadi takut. kensel. next. eh, kat tepi stage ada LindaOnn lah. mek sibuk2 nk amik, duff leh pulak wat menonong. dia bukan jenis sexcited tengok artis. nak wat cemane. hehe. aku gamit jugak lah duff tu mintak amikkan gambo aku ngan LO. dapat. he he.

pi kat luar pulak menuju post-party, ada artis dan selebriti lain. dapat lah aku tengok depa nih in person. tengok aje, tegur tidak. seperti JoeLee (wartawan/celebrity blogger), QueHaidar dll. (dll sebab aku sempat register kat otak nih 2 orang tu aje. ha ha.) ke depan sket, ada itu FaridKamil tengah melayan peminat u ols. mek cair! kat tepi dia sikit, ada JehanMiskin pulak. gagagaga. mek dah drooling over dah nih. tanye duff, nak amik gambo ngan depa leh tak? duff jawab, kalau amik gambo ngan diorang, i mintak clash. adeh. dah ar dia jadi tukang amikkan gambo, leh pulak mintak clash? dem. terpaksalah menguburkan impian bersnappy2 ngan depa. huks. punah harapan. dah ar dedua tgh single. dem. dem dem.

pastu nmpk jugak abgKus and her wife. tabah betul dia nak menjayakan juga majlis walaupun kurang sihat. pastu turun bawah dan snappy2 seketul dua sebelum blah dari situ. pastu lepak kat McD sampai pagi. muahahaha.

photos? >> http://picasaweb.google.com/ima367/FFMKe21

Monday, August 11, 2008

ngeeeee



Nasreen!
me with Jovian Mandagie's creation!
ngeeeee

Friday, August 8, 2008

sengal nau tgk jawapan student aku, aku buat nih



on 18 & 19 August, MQA* will come here to evaluate the diploma course for the accreditation. i ditugaskan untuk siapkan cenderahati. ada lagi separuh test*1 tu aku nak mark, naik sengal lak badan. better aku balut adiah kan? hiks.

ish nasreen tanye aku pulak aku lipat apa. ala aku buat cam ada corak lipatan kat tgh2 pembalut adiah tu. so ada ar efek sket kan. takde ar kosong gitu aje. hiks. bukan door gift la dear. souvenir utk MQA* dan panel yang datang. one of the panels is my supervisor duirng masters. hiks!




inilah hasilnye. ngee. aku selalu ingat Mama bila aku kena mengkreatifkan diri. he he.

how to unwind?

aku bukan manusia rebel.
namun, kadang2 aku ingin buat sesuatu yang luar daripada rutin.
untuk dapat a new view on something.
to feel liberated.
tapi, selalu yang aku buat di luar norma, mesti dapat tentangan daripada duff.
aku nih mmg la pikir singkat.
konon macam rebut peluang yang ada la.
heh.

weekend yang lepas aku pi KLCC,
sempena PC Fair.
pi sensorang.
roger rakan2, semua bz.
aku pon bukan ramai kawan kat sini.
kat sana pun sama je.
ramai teman di alam maya je.
alam realiti, boleh kira ngan bontot.
ha ha.
pkol 10.30 pagi aku dah sampai.
tu pon dah ribu2 yang tunggu nak masuk.
bukak pkol 11 rupanya.
untuk isi masa lapang, aku call dan SMS rakan2.
ye ar.
cuak gak sensorang aje jalan kan.
tambah lagi aku bawak rm2k dalam bag.
super cuak gitu.
aku mencari laptop.
rm2k ke bawah, ringan, dan tak besaq sgt.
ada pon yg jenis 10" punye.
comel sangat lah.
aku rasa macam nak baling2 aje.
lepak kat booth intel,
tambah pengetahuan tentang their latest microprocessor.
bappak ar tech skrg neh.
super duper hebat.
n now i know how they use 6 displays at one time.
heh.
sapa kata g PC fair cuma untuk melabur duit.
ilmu pun boleh dapat tau ;)
aku pulang dengan pendrive 4GB yang berharga rm38.

on wednesday i have electronics*1 class.
kelas yang ada 39 umat tu.
buat kat kelas baru.
which it is at a new buliding.
about 2 minutes drive from my building.
bappak cantik kelas tu.
sebab sangat besar!
siling pun tinggi!
kelas aku kat aras 3.
jenuh gak naik tangga,
sebab satu tingkat pun ntah berapa kaki.
tak macam bangunan biasa sangat.
disebabkan aku baru bejot that day,
aku tak larat ar nk buat kelas.
aku bagi test 1 aje.


aku ingat sem nih aku nak strict sket ar ngan students,
tapi tak sampai hati ar.
dapat kertas soklan,
dok termenung sana,
termenung sini,
dok pusing 180 degrees.
dok pusing 90 degrees.
ngan tak bawak calculator.
guano nak buat calculation weh.
3 minit terakhir tu aku bagi la jugak diorg tgk notes.
so, at least ada ar tulisan kat dalam kertas diorg kan.
kesian lah aku dgn diorg.
mcm Boy* suka kata,
miss ni suka buat muka tersentuh.
ha ha.
aku pun tak berapa leh tangkap lagi konsep penggunaan tersentuh dalam ayat Boy* tu.
after class, Acu* ngan Boy* ajak aku lepak kat cafe.
7 bulan aku keje sini,
aku tak pernah pi cafe.
believe it or not.
disebabkan tekak mek ni haus ya amat,
aku terima lah pelawaan diorg.
kalau duff tau, mati aku kot.
duff call pun aku pi jauh sket dari diorang.
kena la jaga hati si dia.
hu hu?
sempat la gossip seround dua,
kutuk lecturer lain seround dua.
ha ha.
salah ke ek lepak2 ngan student?

aku nak mintak tukar kerusi ar.
pinggang dan bahu aku sakit lite2.
tak boleh jadi ar gini.
mana si Hasim neh.
kat sapa lagi aku nk mintak tolong angkut kerusi.
hu hu.

Tuesday, August 5, 2008

cuci mata

mejaku yang indah bersepah. mek bz la today. tu ada air oren bungkus yang duff tapaukan for me during lunch today. so schweet of him *smiles*. duff belikan nasi bungkus for me too. hari nih kelas dari 10 pagi hingga 1 ptg. pastu 2.30 ptg ada lab pulak. so schweet my duffy. ngeee.


ini DakDop. kucing peliharaan duff. beriye aku sroh DakDop nih tengok tempat lain bila aku nak amik gambar. orang kata, kalau amik gambo kucing, kucing tu tgk camera, nnt kucing tu cepat mati. ye ke? aku pon tak tau kesohihannya. sayang sangat sama DakDop. hari2 aku mesti pergi jumpa dia. kalau weekend, sampai terbawa2 dalam mimpi sebab rindu sangat. hiks.

Tuesday, July 22, 2008

jadual panuh sampai ke petang. yosh!

asal hari Selasa aje gaduh.
ingat aku nih takde keje ke?
nak concentrate keje lagi.
nk mencurah bakti sambil kumpul pahala lagi.
buang pahala aku aje marah2 kat ko yang kurang reti diuntung.
dah lah.
jangan sampai aku nak buat tak tau aje.

Friday, July 18, 2008

berakhir sudah minggu 4

semalam lepas habis kelas bachelor,
aku lega sangat.
namun,
tugasan dan kuiz anak-anak murid kesayangan tetap setia menunggu.
pergh
banyak rupanya workload aku sem nih
nak buat soalan,
senang lagi.
nak buat jawapan,
boleh tahan lagi.
tiba nak tanda kertas,
pergh,
terasa i ols.
terutamanya kelas elektronik.
sekarang,
dah jadi 39 orang ramainye.
pergh.
ramainye anak bujang bawah jagaan aku.
Malaysia mari ada,
Pakistan ada,
err.
lagi sorang tu dari mana ek?
yang penting,
ada yang sesuai untuk semua.
ha ha.

hari Selasa,
aku gaduh ngan Duff.
biasa ar.
pasangan bercinta.
tak sah ar tak gaduh kan.
baru ar terasa langit tu tinggi rendah.
ha ha.
tu dah satu kes bengang.
pastu waktu tengaharinye,
aku dah amik wudhu untuk Zohor.
pastu si *Hashim nak bagi pendrive kat aku,
tersentuh la pulak.
ish.
bengang i ols.
sampai 3 lebih baru aku pi amik wudhu semula.
pastu bajet nak balik awal sket ar.
pkol 5.15pm aku dah keluar dari office.
ada pulak neo kaler oren block kereta aku.
grr grr.
i dah marah lite2 nih.
tunggu ar jugak.
sampai 5.30pm,
tak keluar2 pulak student tu.
aku masuk ar kat office bawah.
ada student bersuara serak2 comel tu tengah sembang ngan KakNani.
memang kereta dia ar kot.
dah takde student lain.
i buat2 releks aje.
lepak kat meeting room.
Ai*Ling tanye,
your car kena block aa?
ha ah.
I tengah merajuk nih.
ha ha.
macam la student tu tau kan aku merajuk ke pehal kan?
layankan aje.
nak aje aku cakap kat student tu,
hey handsome!
Neo Oren?
dah calar pakai kunci.
marah ke?
itu aku yang tengah marah buat dialog.
aku tak calarkan pon kete dia.
Ai*Ling tanye dia,
kete dia tengah blok kete org ek?
pastu dia pun balik.
aku pon balik dengan hati hangat.

hari rabu.
mamat suara serak yang block kete aku
ngan *Arman (my former student. skrg tgh sambung degree kat sini)
jumpa aku.
diorang nak masuk kelas logic system for bach.
sebelum nih diorang ambik electromagnetic.
pastu diorg rasa macam susah.
better amik logic kan.
mintak exemption utk subject EMF tu.
logic kan senang.
aku pun suka bagi A kat student aku.
hiks.
bertambah lagi dua orang untuk kelas bach.
total: 7 students.
tapi tetap sunyi.
tak macam kelas dip.
diorang sama ada bising2 sendiri,
or bising2 tanya aku macam2.
at least,
aku kentut dalam kelas,
takde ar orang dengar sebab bising kan?
hu hu.

hari khamis.
mamat suara serak ada dalam kelas aku.
student lain aku sroh jawab kat depan.
tuliskan jawapan kat depan.
untuk mamat suara serak,
aku suruh dia explain jawapan kat depan.
saje.
aku nak dengar suara dia.
ha ha.
campur nak kenakan sebab dia block kete aku.
macam la dia tau dia block kete aku pon kan.
hiks.

baiklah.
mari mulakan kerja.
yeah!

Tuesday, July 15, 2008

me and my Duffy


@ Sunway Piramid. 13 June 2008. dah lama tak dating on a weekend ;) terasa macam orang muda. hiks.

tentang si dia dan trip aku ke Spa

hi darling
alamak aiii
why la you mempermainkan hati ai dengan kata2 manismu
boleh tak rewind balik masa
pastu cakap camtu tanpa henti
plis
cakap camtu lagi
hiks
kalau aku tak ngan duff,
agaknye aku dah rembat dia nih
anak orang kaya beb
lantak la umur kami jauh berbeza
ha ha
rindu i ols kat u ols tau
datang lagi jumpa ai plis
ha ha
ima mode gatal+weng

last friday aku ke SePuteh Kapas Spa
dekat je
kat Sg. Merab Luar
ada la dalam 10 minit gitu dari tempat aku mencari rezki nih
aku pergi untuk buat facial
first time aku wat facial kat kedai
seumur hidup!
it is a great experience
aku g ngan Shitam
kebetulan dia YM aku pagi tu
tanye aku nk g mana for lunch
terus aku ajak dia ar
dia g buat herbal steam bath
macam sauna ar
suka dia sbb it was pretty cheap
RM20 for a session of sauna
i took the full facial
aku nervous gak memula tu
tak tau what to expect
ha ha
tuan punye spa tu Aishah namanya
or her nickname in Cari forum is missylees
muda lagi haa dah ada butik n spa sendiri
memula missy sroh i berkemban
pakai gown yg dia bagi
aku macam erk, kena pakai ni?

dimulakan dengan mencuci muka, leher dan bahu
pastu guna scrub kat muka
then, missy letak sesuatu kat muka
sebelum muka aku diwapkan
pastu adegan korek2 muka
seb baik kat hidung aku takde white or blackheads
berkat menggunakan Glyco Cream + Glyco Spirulina
hiks
missy kata kat dahi aku ar banyak whitehead
tapi ok ar dia korek2 kat situ
tak berapa sakit
even dia korek kat tepi2 idung pun aku dah ngeri
takleh aku bayangkan kalau ada whitehead atas batang idung
isk
dah abes korek2, divacuum-cleankan muka pulak
aku rasa kelakar
sebab guna penyedut kat muka
tahan gelak jugak ar
hiks
pastu buat apa ek?
ada part yg macam di'laser' muka aku
memula ok
tapi dah lama2 sket, terasa macam kena electrostatic gitu
i don't like this part
pastu cuci2 lagi kot
then pakai mask
sempat la lelap seketika
masa diletakkan kain kasa tu,
aku sempat terfikir
bila aku mati, camni la kot rasanya orang kapankan ek
isk
insaf sekejap

bestlah manjakan muka aku nih
bulan depan nak pergi lagi
korang yang nak tau lebih lanjut, leh tgk kat SINI
hurry!
coz first 100 customers will get a free VIP card
i am number 28 :D

Thursday, July 10, 2008

tersentuh

Officemate aku, *kimy (bukan nama penuh),
muda 3 tahun dari aku,
berkahwin,
expecting a new family member in October.
Hari ini,
dia tanya aku,
ko tak teringin nak ada anak ke Ima?
tersentuh lantas terguris hati kecilku.
Aku belum bersedia.
Dari segi ilmu, emosi, kewangan.
Hampir semua.
Calon suami?
takpe.
kita serahkan pada Allah.
Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.

hati, sabarlah ye..

Tuesday, July 8, 2008

aku dalam ketegangan

tak terbuat kerja apa pun petang nih
tadi habis kelas hampir nak pukul 1
ok la jugak
tambah lagi 2 orang anak murid aku
ramai sket
baru la meriah
pulaknye student yg baru nih banyak mulut
ok la tew

esok ada kelas electronic*1
tak suka!
sebab student hyper sangat
lagilah kelas pkol 12 tengahari
molekul bergerak aktif sebab panas kan?
sebab tu diorang tak reti diam kot
ha ha
sabarkan aje
esok kalau kecoh2 jugak,
aku nak halau dari kelas
tak pun suruh dia berdiri kat depan
jadi pointer aku
ok gak tu kan
eii geram aku terbayang muka student yg aku takleh tangkap nama dia lagi nih
grr grr
akak marah nih
grr grr

i missed my former students very much
huwaaaaaaaaaaaa

Monday, July 7, 2008

last thursday punya cerita..


happy day
went out for the movies right after class
ha ha
went to watch Sepi
best gak ar
aku bagi 3 bintang
sebab aku rasa CINTA lagi best
tengok Sepi nih, ada ar gak airmataku yang menitik
hiks
part yg last tu aku wat lawak
hak ela bagi gelang getah aje
bagi la kunci BMW ke, kunci umah ke
kata tokei kilang kasut
sabar aje lah
dah mati camtu tak tinggal wasiat pulak kan
kata cinta
sampai syurga la katakan
gambar bawah ni duff nak tiru aksi Po
comelness
ngee


Posted by Picasa

Thursday, July 3, 2008

Alhamdulillah

pagi tadi aku susah sangat nak bangun tidur
mungkin kepala sesak dan gerun memikirkan pagi ini HR akan tengok aku mengajar
aku bagnun aje, terasa kepala aku melayang
tau tak benda yg org tumbuk2 tu
yg isi angin
kat bawah sebagai pemberat, dia letak pasir atau air
aku rasa macam benda tu lah
terhuyung hayang tak tentu hala
dah fikir2 gak tanak g kerja
tapi kang bila pulak HR nak tengok aku
bila pulak aku nak jadi permanent
contract aku habis ahad nih
by next monday patutnye aku dah jadi pekerja tetap lah
yahu!
syukur!
aku gagahkan jugak lah bangun
pergi dapur cari air dulu
pun masih rasa tak berapa manusia lagi
ada gak terfikir, aku nih nak mati ke?
dah buat banyak aktiviti, baru ok sket
mandi dan bersiap, g kerja
dalam kepala ligat lagi fikir,
sempat tak nak sampai kolej sebelum pkol 8?
laju sikit aku bawak kereta pagi tadi
tala seratus aje
minyak kete pon woosh menjunam ke bawah
hehe
tapi save jugak minyak aku guna minggu nih
dari isnin sampai khamis, lom habis lagi full tank aku
hiks
rempit punye rempit, drift punye drift
*tiit tiit*
aku punch in pkol 7.44am
yes lah
pi toilet dulu menuruskan diri
kelas pukul 8 nih
terus ke kelas yang baru siap tu
hamik ko tingkat dua bangunan lama
memang lah tinggi
hu hu
sampai kelas, kruk kruk
takde sape
8.05am
takde orang lagi
dah nak 8 suku baru lah 3 makhluk datang
ok la tew
tapi orang yg janji nak bawakkan laptop n projector tak kunjung tiba
padahal kat atas tu je biliknye
haih lah
ajar punye ajar,
bila orang HR nak sampai nih?
lerr
rupanya nak datang pkol 9.30
la hai
aku dah nak habis ngajar pon
aku mati kutu lite2
kita wat exercise seround
regangkan badan semua
hiyarkhhh
pastu org HR datang
cuak gak lite2
tapi redahhh aje ngajar
nak sangat tengok aku ngajar kan?
rasakan
nak tak amik aku jadi permanent staff?
nak la..
amik la i..
takyah susah2 intebiu orang lain lagi
hiks
komen from HR was
senyum la sikit!
hehe
ok la tew!
habis kelas aku pi makan
di samping aktiviti lain
hiks
selamat sudah hari aku
aku tenang
esok aku half day
ada kerja lain di waktu petang
he he

Wednesday, July 2, 2008

it is not about the ear wax..


it is about ada cecair kat middle ear aku..
semalam pi klinik kat meru
doctor tu masukkan camera dalam telinga
pastu snappy2
hiks
subhanallah
aku tak pernah tengok dalam telinga manusia sebelum ni
jernih rupanya warna gegendang tu ek
macam plastik nipis aje gitu
my ear is whistle clean from any ear wax
mesti sebab aku guna ear drop hari sebelumnya
on my left ear, there is an air bubble
doctor kata ada cecair yg melimpah di situ
mungkin sebab selsema berpanjangan
tapi aku dah lama tak kena selsema
doctor bagi ubat untuk cairkan lendir kat situ
oral meds
no more titisan ke dalam telinga
my right ear is alright
the doctor also tested my hearing using a tuning fork
masa doc letak fork tu kat telinga kiri aku, dia tanya
ada dengar tak?
aku kata, bunyik apa?
soheh telinga kiri aku tidak mendengar
ha ha
doc kata dalam seminggu kalau ada lagi, sila jumpa dia
nanti dia tolong salirkan keluar cecair tersebut

hari ni ada kelas electronic satu
cuak lite2 ar
sebab subjek baru
hu hu
doakan ima dapat kerja dengan lancar
Amin..
Posted by Picasa

Tuesday, July 1, 2008

the first hurdle, passed.

only 5 students turned up
better than zero, rite?
hiks
seems like i cannot say 'jilo' in class anymore
as there'll be a few ah peks in my class
hiks
met a few former students
they seem happy to know that i will teach electronic 1
dem
dah ar aku tak abes study lagi
nota pon tak abes lagi
dem
terasa my students are giving me high hopes
ha ha
perasan aku ni bagus, or aku ni senang diorg nak ayam2kan?
tunggu.....

mula!

mula sem!
mula kelas!
mula pekak!

saluran telinga aku tengah 'under maintainance'
aku ini sangatlah jarang korek telinga
seriosa
sebab aku pernah tgk medik tv pasal jgn korek telinga
aku macam takut la gitu kan
so aku biarkan aje
semalam aku g klinik panel
doctor tu cakap, very dirty
ha ha ha
pastu bagi ubat titis
tapi tak jalan
pagi ni aku rasa telinga aku kembang
kalau dia sembur pakai air, mesti dah clear telinga aku nih
adeh lah
boleh ke aku nk dengar student aku cakap apa neh
ada jugak aku iyekan semuanya
ha ha

doakan ima lancar kata2 dan yakin dalam setiap percakapannya
amin
doakan ima dapat student tasty2 jugak ye ;)

Thursday, June 26, 2008

Balok dalam kenangan..

Photobucket


Jumaat, 20 Jun 2008. Pre-Gegar Balok '08

KakAz (Az D'Orange) YM aku. tanye aku nanti nak g Balok jadi ke tumpang Deo. jadi la ek. KakAz tolong bagi topik2 yang boleh disembangkan seperti bola. err. mek tak reti ar nak sembang bola. lagipon Peranchis dah balik kampung masa tu kan? hiks.

terima panggilan daripada Deo, menunjukkan arah ke apartment mewahnya. lerr. hari2 pun aku lalu situ daa. (dah dua hari dok melambai kat bangunan yang Deo duduk tu dengan ucapan "Morning Deooooo!!!")

Malam tu aku dok kemas barang dan baju bajan. aku tak pernah g camping dowh! tak tau nak bawak apa. kumpul punye kumpul, penuh gak seat belakang baby blue. hiks. dah namanya aku, mana reti nak bawak barang sikit2. ha ha. usai tadah air untuk dibawa, aku masuk tidur.

Sabtu, 21 Jun 2008. Balok, here we come!

aku bangun tidur lagi awal dari aku nak pergi kerja. gile semangat. padahal nak pi Shah Alam jer. hiks. menyarungkan baju 'GEGAR BALOK '08' dengan semangatnya. meghah meghang gitu. hiks. minum milo, masukkan barang dalam baby blue, off to SA. naik NKVE dah 7.40am. ish. sempat tak nak sampai teratak Deo on time? kang aku kena tinggal pulak. tamau la kena tinggal.

jam 7.51am aku tiba di teratak Deo. baru jer nak call nombor 016xxxxxxx, dah ada pon Deonye tunggu kat situ. gile punctual. hiks. tersegan aku seketika sebab aku tak sure sebenarnya adakah itu Deo yang menanti diriku. first and last time aku tengok Deo adalah di wedding Alangz. masa tu dia pakai baju lain. ni pakai baju lain. aku mana kenal. ha ha. tu dia encik Deo dengan jersi pasukan Peranchis bernombor 12, bercelana paras lutut serta bertopi HatRok.

jumpa tempat parkir untuk baby blue, mulalah acara pindah barang. keberatan kereta Deo menerima beban yang aku berikan. hiks. pastu kami merempit ke Setapak untuk amik Jijo. 25 minit je dah sampai KL? pergh. sampai di tempat pertemuan lebih awal daripada yang dijanjikan. sempat Deo check angin tayar. baru je nak isi minyak, Jijo pon sampai. ntah dari mana datangnye, tetiba nampak Jijo ber-T-shirt hitam tertera tulisan CANADA. dijinjit bersama sebiji bola tampar dan 5 liter air kosong.
selepas itu, kami merempit pula ke stesen Petronas di Taman Melati. di situ kami ketemu sama MakEty, disampaikan peluk cium untuk semua dan juga kuih seri muka yg very delish. vroom kami ke Tol Gombak. *tiit*, SmartTag berbunyi. "eh nak tunggu kat mana nih? takkan kat tepi camni? kang ketabrak lori kang camne?" "tu ada BHP petrol station 1.5km dari sini. aku call Delinn jap lah suruh tunggu kat situ. panas lah nak tunggu kat sini." vroom ke petrol station yang disebutkan di atas. ye ye kitorang first! jam di kedai mamak menunjukkan tepat 9am. order air seround, Deo bawak keluar dia punya bekalan yang dijanjikan pada Delinn. hai lah. sape lah yang bertuah akan terima portfolio Deo nih. untung badan nyah. hiks.

Angah dan Wan sampai. Alangz dan konco2 sampai gak. OB & Co. menyusur tidak lama kemudian. "Delinn sampai aje kita bangun tau. tak kira tengah makan ke, minum ke, kita blah." iyo lah tu. kira-kira jam 9.33am, kami gerak dari situ untuk ke RnR Temerloh.

kemain memecut Deo nih bawak. OB potong Deo, Deo potong OB semula. maintain kelajuan yang agak laju sampailah ke perhentian seterusnya. dalam perjalanan, aku dapat soalan cepu emas daripada Jijo. "ko dengan Duff dah ada apa-apa ke ima? dah bertunang?" erk. aku cam tak reti nak jawab apa. sebab dalam blog aku belum ada entry 'I am engaged!'. belum lagilah Jijo. nak sponsor sedulang hantaran ek? thanks Jijo. mulai detik itu, aku anggap Jijo adalah seorang yang thoughtful dalam konteks tertentu.

sepanjang perjalanan kami disajikan alunan indah daripada iPod yg Deo bawa bersama. hampir semua lagu yang diputarkan, Jijo akan menyebut nama budak AF yang pernah bawak lagu tu. dari AF1 sampai 6. kebanyakkannya AF6 sebab putaran lagu adalah yang terkini. pergh lah Jijo punye knowledge in AF. Deo, nape dalam playlist tu takde lagu Drama? keh keh keh. Deo turut mendemonstrasikan bagaimana nak buat video clip Mawi dan bagaimana untuk menyanyi ala Nubhan. hiks. (aku baru tau Deo nih serba sedikit cemane. selama nih aku chatting ngan dia kat tag, aku bayangkan dia macam lain orangnye. yang ada dalam minda aku selama nih alter ego dia kot. hiks)

yeay dah sampai Sungai Pahang! snappy sket pintu gerbang Sg Pahang yg indah itu. ada kereta B*G pulak kat depan kami. teringat kat baby blue. huk huk. waktu untuk unload stuffs. sambil tunggu mereka yang patut ditunggu, sembang ar seround dua kan. BangKong pun dah sampai. dah pkol bape nih? dah dah. bawak bergerak lah. next pit stop: exit Gambang. this time around, Deo bawak rilek2 aje. bawak laju2 pon kena tunggu orang lain kan? man-man sudaa. hiks. sambung lagi sesi karoke dan sumbangkan suara sampai lah ke gambang. dari exit 830 tu nak ke tempat zura, lalu kat depan UMP. pergh. tepi jalan camtu ek? i thot kat dalam-dalam hutan sket. cuba la tanam pokok ke bagi hijau2 cantik sket. aku cam tanak bayangkan aje kalau mintak UMP. hiks. nak try UPNM lah. best kot dok kat U askar. hiks. ok next...

next kami sampai lah ke Taman ****** **** (dah tak ingat pulak namanya. tu la tak amik gambo). sementara menunggu apa-apa yang patut, sesi makan cekelat seround. cekelat tu on the way aku dah makan separuh. mencekik sensorang kat belakang. hik hik. kemudian perjalanan disambung. menuju Balok. jauh gak ek. sebab lalu jalan kampung, terasa la jauh. apa-apa pun, kita makan dulu. aku makan nasi 2 hengget aje? orang kedai tu kesian kot ngan aku. kuruih sangat. hiks.

ye ye dah sampai Balok! batalion aku je yg sampai2 terus punggah barang. semangat neh nak camping. aku dengan barang penuh kiri kanan depan belakang, gagah aje jalan. suku perjalanan, Combi offer tolong bawakkan bag aku sket. hiks. oo camni rupanya Pantai Balok. nice. me likey. air tengah surut. jauh sana ha gigi pantainye. ingat leh ar nak tido seround tunggu petang. tapi aku cam klaustrafobik dok kat dalam khemah. nak guling2 tido kat luar cam segan. jadinye gagahkan aje lah lepak2 kat luar tu aje. pastu the rest of the gang sampai juga akhirnya. ada Limah n CL, KakFara sekeluarga, Ila dan husband, Afdzal n the boys, juga kawan2 Alangz.

waktu: petang
lagu tema: Doktor Cinta, Dewi-dewi/Saida AF6/Deo

aku cam tak tau nak buat apa kat situ. nak mandi laut, pagi-pagi buta Mama dah warning "Jangan mandi laut!" Nenek aku pon pesan benda yang sama. dah tolak satu aktiviti. nak main acara pantai? sedari aku tahu dunia nih, aku memang tak reti bersukan. kata pendeknye, aku kaki bangku. jadinye, melangut tengok laut ajelah sambil ambil gambar orang mandi manda. sambil merindu Duff yang jauh di mata. semua orang pun dok tanye, Duff itu, Duff ini. meroyan lite2 aku jadinya. hiks.

acara free and easy berjalan dengan lancar sekali. had a good laugh dengan tingkahlaku sangka comel oleh Jijo. Jijo ni memang pemain volleyball di zaman mudanya. no wonder la siap berputar-putar nak ambik serve. putaran membawa ketergolekkan. over tau.

waktu: remang senja nak ke malam
lagu tema: Ketahuan, Matta/Lidya Husna/Angah

BBQ time! with a wide range of selection from seafood to lamb, everything is so yummehh! unfortunately, yours truly nih makan sedikit sajork. aku makan nasi goreng besar penumbuk aku, ayam seketul, udang sekor, sotong sekor. believe it or not. ha ha. dulu masa buat BBQ kat rumah Arc, tak sempat aku nak rasa udang. ni pulak makan seketul aje. ha ha. kenyang gelak gamaknye gathering kali nih. pastu upacara bukak hamper sebab nak bersembang tapi takde benda nak ngusil. hiks. join sat geng rumahtangga sebelum aku membawa diri tengok geng bujang buat pembakaran terbuka kat tepi pantai. diorang melipat kertas suratkhabar sekian rupa untuk menerbangkannya ke langit. mengikut kata saksi, daripada 20 percubaan, 2 je yang naik. aku sempat menyaksikan satu daripadanya. memang cantik meh. melopong aku seketika.

malam masih muda. mata sudah berat! angin kencang yang bertiup dari waktu kami datang pun sudah berhenti. seakan mati pantai tersebut malam itu. panas la pulak. nak tidur pun rasa nak bogel aje. tapi tak lah kan. first time tidur dalam khemah. memula macam susah nak tidur. tapi sebab letih, lena jugak lah sampai ke subuh.

Ahad, 22 Jun 2008. dah nak abes dah? huk huk.

morning Balok! usai solat, aku lepak kat atas tunggul. konon nak tunggu matahari terbit, tapi langit berawan. cuma dapat lihat sang mentari mengintai di balik awan. lepak kat gigi air, snap a few photos. ketam pon tak bangun lagi. sarapan sudah tiba. tapi belum la begitu lapar. tolong sang isteri kepada orang paling rajin di camping site itu mencuci beberapa peralatan. aku ke laut lagi snappy2 orang mandi laut pagi buta. pastu snappy2 org menjala. kecik2 aje ikan yang dapat. ada jellyfish besar! memang dah sedia mati kot masa dijala tu. besar siot. macam kuali makcik aku besarnya. diorang leh pulak pi sambung berendam kat laut tu. kalau aku, seram!

dah ramai sikit orang yang dah bangun, barulah aku makan. nasi lemak lauk telur mata kerbau dan sata. Delinn, nama makanan tu sata la, bukan satar. satar tu nama orang. hiks. Alangz dah keluarkan tulang rajin mengemas dia. terus bungkus semua sampai tak nampak apa dah. yang boleh dibuang, dibuang. yang boleh lipat, dilipat. yang kena bawak balik, masuk dalam kereta. pling! kembali seperti asal.

selepas pengagihan duit zakat, kami menuju ke mamak untuk makan tengahari. tak selera pulak nk makan. mujur ada 7-11 yang berdekatan. cashier tu kata, "Terima kasih! Datang lagi!" alamak hai. bila lah aku nak datang lagi ke Balok nih. dah ada anak nanti kot. hiks. sebelum berpisah, peluk cium salam seround sebelum pulang ke tempat asal masing-masing.

dalam perjalanan pulang, aku ingatkan aku takkan tidur. tewas jugak setelah masuk highway dari exit 833 disebabkan berkumandang lagu-lagu retro yang aku tak pernah dengar. tersedar di RnR Gambang. dapat solat, segar sikit kepala yang berat nih. mana la tak berat, gedang gedung bunyi speaker kat belakang. hiks. kali ni Deo bawak lepak2 aje. tambah lagi hujan yang turun di beberapa tempat. Jijo dan Deo main 'Jangan Lupa Lirik!' versi Deo. Jijo ar terkulat2 nak sambung lagu. aku bagi talian hayat pon tak berapa boleh pakai. ha ha. "dah diam! lagu aku nih!" kata Deo kepada Jijo ketika berkumandang lagu penyanyi pojaannya, Mawi.

dari semalamnye, Jijo akan keluarkan perkataan dari 2 huruf terakhir plat kereta. contohnya WNY ####, Jijo akan sebut 'New York'. untuk segmen pulang kali ini, lebih kurang begitu permainan Deo dan Jijo, dengan membuang huruf pertama plat dan menyebutkan 2 atau 3 huruf terakhir dengan perkataan berkaitan Akademi Fantasia. tamat aje game pertama 10-7 yang dimenangi oleh Deo, diorang ubah lagi game tu jadi sebutkan nama negeri, daerah atau negara. setelah Deo mengepalai permainan lagi, danJijo berkali-kali cakap "aku tak nak main dah" tapi tetap tegar menyambung permainan, kami sampai kat tol karak.

hentian terakhir sebelum tiba di kediaman Jijo adalah di hentian Genting Sempah. suka aku la nak buang pape kalau ko nak buang pape Deo. dah tangki aku memang kecik. tahan sampai umah kang ko kena tengok aku kat sepital sebab kena batu karang. ha ha. dari Genting Sempah ke KL, cuma diisi dengan aksi2 Jijo sahaja. terlopong aku sekejap tengok Jijo tiru aksi Ning Baizura dalam lagu Drama. sharp gile dowh movement dia. memang patut buat performance ngan Deo untuk next Gegar. mesti!

Jijo tunjuk jalan ke rumahnya. Deo dah ngamuk lite2 sebab tak sampai2 pon. Jijo dok sibuk cerita dia dok kat kuarters yang boleh nampak KLCC dan eye-on-mesia. "eh aku tak cerita kat blog lagi ek aku dok sini nampak view tu? eh aku tak tulis lagi ek aku jadi ketua blok?" sebaik sahaja pintu kereta ditutup dan Jijo dah melambai sayu, Deo kata "gile". ke ke ke. menahan sabar gamaknye Deo melihat keletah Jijo. kalau orang tua pon panggil keletah ke? wakakaka.

sape kata aku tak cakap pape dalam kereta? aku ada jual cerita pasal Abang Angklung @ Toi kat Deo. Deo cam sexcited jer aku cerita pasal Abg Angklung. aku ada koleksi gambo Abg Angklung tu Deo. nanti2 lah ek aku letak kat blog aku. hiks. nenek aku pon ada amik gambo ngan Mawi. nanti aku letak sekali. hiks.

pengalaman camping aku yang pertama. best ar kan camping tapi khemah dah siap terletak. kurang skit ar thrill dia. but a nice experience. kemudahan tempat mandi dan tandas pun ok. surau pun ok. cuma berpasir lah. banyak pasir halus kan. nama pun tepi pantai berpasir halus. lain pasir dia dengan kat PD. kat sini lagi halus yang aku rasa nak makan. erk. abaikan. aku sebagai seksiteri tak bertauliah nak letak jawatan boleh? aku macam tak berapa menyumbangkan tenaga sebagai seksiteri pon. aku sedih nih. huwaa. lepas nih pun dah takde orang baca blog aku selain Nasreen dan Jijo. huwaa.

tamatlah kisah picisan dariku. (lagi sesuai guna 'tamatlah' ke 'sekianlah' ek? kekeke. peace peace kacang pis!)

Tuesday, June 24, 2008

photos of Gegar Balok '08

Gegar Balok


Gegar Balok - misc

Andai aku tanpamu...

I got these two tickets yesterday. bajet happy la kan nak pi tenguk Duffy. takde maknanya. malas lah nak pi. kat Padang Merbok, sape la nak temangkan aku sampai memalam kan? ada Duffy tapi. hu hu. nak tengok. tapi keadaan menyesakkan kepala. sesape yang nak hubungi i k?

Updates on Gegar Balok? tungguuuuuuu

Sunday, June 22, 2008

update on Gegar Balok 2008

Update on 18 June 2008

tempat berkumpul yang paling mutakhir adalah di Tol Gombak. sebelum ke selepas tol?
kalau korang nampak tanah lapang, korang kumpul ar kat situ ek. senarai acara akan dipublish oleh delinn kelak. have fun there guys! ;)

-------------------------------------------------------

Update on 16 June 2008

ME kata kalau kereta dari arah bertentangan ngan peta tu, tak dapat ar nak kumpul kat shell. Jadinye aku nk tau, berapa banyak kereta ye semua? yang datang dari arah bertentangan dengan peta? yang dapat kumpul di Shell? dikhuatiri tak cukup space lah pulak ek. jadinye, boleh tolong angkat tangan tak berapa banyak kenderaan yang bakal ada. terima kasih banyak2.

linn, boleh ke nak buat dua tempat kumpul?

berapa banyak kereta ni weh?
1. Ima

mukan ada orang baca blog aku pon kan? nk kumpul data pon takleh. haha.


-----------------------------------------------------------

Update on 12 Jun 2008


kita akan berkumpul di Stesen Minyak Shell di MRR2, Gombak sebelum tol Gombak, seperti dalam rajah di bawah.


Buat masa ini, aku belum terima lagi peta dari exit Gambang sampai ke Pantai Balok. Harap bersabar.








10 Jun 2008

tiada lagi tempahan T-shirt akan diambil mulai hari ini.
terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------

Iteraneri acara konvoi pada 21 June 2008.

(please click on map for better viewing. credits to MTD Infraperdana SB )
(nape aku tetiba takleh nak click kat map nih ek? korang g ajelah kat website tu kalau takboleh kat sini ye. terima kasih)






kita akan berkumpul di Tol Gombak lebih kurang jam 9 pagi.




9.01 pagi kita akan gerak ke checkpoint nombor 1 iaitu di RNR Temerloh, selepas Sungai Pahang, dan selepas exit 819.




kita akan stop barangkali 15 hingga 20 minit (macam boleh percaya aje. ha ha) sambil menunggu rakan2 yang tak sempat sampai pkol 9 kat Gombak tu.




dari Tol Gombak ke RNR ni rasanya adalah sejam gitu. atau lebih sedikit. atau lebih lagi. tambah tolak lah kan.




next stop adalah untuk lunch di area Pantai Balok yang akan Alangz tunjukkan nanti.




kita akan keluar dari highway ikut exit Gambang (830). tempat perkhemahan kita berhampiran hotel swiss garden. nanti aku update lagi pasal nak ke sana ye? daa.


di sini juga disertakan jadual tol untuk belanjawan semua. info credits to MTD Infraperdana SB









new updates ada kat bawah entry nih. thanx :)

-----------------------------------------------------------


date: 21 & 22 June 2008
venue: Fantasia Beach Resort, Pantai Balok.
theme: sleeping under the stars
fee: RM70 per adult (free for kids)
tentative:


21 Jun 2008
- berkumpul di plaza tol Gombak jam 9 pagi untuk konvoi beramai-ramai.
- dijangka sampai di Pantai Balok jam 12 tengahari. Makan tengahari di gerai berhampiran (sendiri)
- solat, urusan sendiri
- aktiviti petang : Permainan Rakyat. Terdapat hadiah untuk kumpulan yang menang!
- aktiviti malam : BBQ party! makanan berat dan BBQ disediakan. Juga, cabutan bertuah untuk mereka yang bertuah! hiks.

22 Jun 2008
- sarapan pagi (disediakan)
- aktiviti bebas
- kemas khemah
- pulang
- lunch (sendiri)

Nota:
1. pada mereka yang tidak dapat berkumpul di plaza tol Gombak pada jam 9 pagi, kita akan berjumpa di checkpoint/R&R yang seterusnya. berkenaan checkpoint, ia akan ditentukan kemudian. Kita akan keluar melalui exit Gambang untuk ke kawasan perkhemahan.

2. Tujuan asal trip kali ini adalah untuk camping. tetapi anda juga boleh menginap di chalet. jarak chalet dengan tapak perkhemahan adalah lebih kurang 100m. Tapak perkhemahan berpagar juga dilengkapi dengan tandas dan surau. Chalet hendaklah ditempah sendiri. Anda boleh menempah chalet melalui kami. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Zura.

3. Khemah boleh disewa daripada pihak chalet pada harga yang berpatutan. Khemah akan disewa oleh AJK. Anda juga boleh membawa khemah dan kelengkapan perkhemahan anda sendiri.

4. Untuk malam BBQ, anda digalakkan membawa juadah secara 'pot-luck' untuk memeriahkan lagi majlis.

5. Dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 3 x 1.5L air kosong (untuk minum) bagi setiap buah kereta untuk kegunaan di sana.

6. Menu BBQ party: Ayam, Kambing, Sosej, Kentang, Salad, Buah-buahan.

7. Anda akan menerima sehelai T-shirt baik punyaaa sebagai kenang-kenangan.

So, what are you waiting for? This is the time to Gegarrrrrr Otakkk!! Please confirm your attendance and how many cars u are driving, also do your full payment to DeLinn or Arc by 30 April 2008. See u there!