Monday, July 20, 2009

kisah jejaka penjaga tol

masih ingat cerita tentang Sahrul, pemuda yang jaga booth di tol Putrajaya? boleh segarkan kembali ingatan dengan entri ini dan ini. hiks. cerita masa aku awal-awal kerja lagi tu. hiks.

hari ni aku pulang ke rumah lewat sedikit. berbuka puasa bersama cinta :"> cinta tak puasa pun. tapi jual cerita kat Mama untuk minta kebenaran pulang lewat, tercakap pulak cinta nih puasa. kembang sungguh Mama dengar cinta puasa. hahaha. ada harapan jadi menantu pujaan agaknya? Amin...

biasanya aku guna laluan SmartTag, tapi hari ni saje je nak guna tiket. melucurlah BabyBlue ke lorong tiket. habit aku, memang suka baca nama penjaga tol. sekali tengok, namanya Sahrul. eh, macam kenal aje nama ni.. mungkinkah...? dalam kepala memang fikir, balik nanti kena korek archive blog. memang soheh lah itu dia. hehe. masih peramah seperti pertama kali tiket dan RM bertukar tangan. aku memandu sambil tersenyum sampai ke Bandar Saujana Putra. teringat kisah lama gitu. hiks.

seronok betul aku update sampai dua kali ek hari ni? jari nih kurang menaip hari ni. Nasreen ada kursus induksi kat Negeri Jelapang Padi. rindu sangat padanya. ada gak dia SMS hari ni. terharu sebab rindu. heh.

just a quick one..

OMG gile bocor ler aku cakap dalam kelas tadi... nak gelak guling-guling pun ada. nak sebut V-C-E, V-C-C, I-C-saturation. OMG OMG OMG! serius bocor tahap dewa. wakakaka.

dah penat dengar mulut sendiri bocor, aku letak jari kat bahagian yang berlobang tu. ish. idakle aku cucuk jari kat cavity tu kan, dari luar je lah. jadi, terkawal sikit ar bunyinya. ha ha ha.

dah.

tamat.

Sunday, July 19, 2009

beauty is pain

Siaran tertunda dari Pejabat Imegresen Pelabuhan Klang. Sedang menunggu pasport siap.

Gigi belah atas, kanan, masih sengal. kesan dari bius. lelangit bahagian kanan, belakang juga masih sakit. kesan dari ciuman picagari. dua lagi gigi berjaya dikorbankan.

akar gigi geraham bongsu yang dikeluarkan semalam macam kaki orang yang sedang menari. satu lurus, lagi satu akar terpiuh. pergh. gawenan pengeran.

ada dua lagi yang perlu dikorbankan. belah bawah. kena cabut satu persatu. tiada lagi double happiness. tarikh akhir berkhidmat adalah pada hari Selasa dan Sabtu.

sekarang, sudah jadi double bocor. sebut huruf S sudah semakin ketara bocornya. hahaha. dah susah nak cover nih kalau cakap dalam kelas. kalau sebut perkataan yang menggunakan ruang depan mulut, memang bocor lah. huhu. bak kata Nasreen n duff, beauty is pain. cet.

Thursday, July 16, 2009

lama tidak bertemu, rindu rasa hati..

4 hari aku tak jumpa duff. hari Rabu baru ketemuan. Isnin dan Selasa, masing-masing sibuk. tak dapat jumpa, encik duff pun suka lah nak cranky2. so sweet. tapi taknak admit dia tu cranky sebab tak dapat jumpa aku. double sweet.

jadi, semalam encik duff jumpa cikIma yang dah ompong. hihihi. aku usik dia lebih-lebih, dia boleh cakap, "amboi, bukan main lagi cakap orang takde gigi nih!" hahaha. nasib la dapat awek ompong. nak lunch pun tak selera. encik duff ambikkan kentang goreng untuk cikIma sebab cikIma taknak makan nasi. semalam, gigi-gigi yang tinggal nih macam sengal-sengal. mungkin kesan bius kot. hari ni masih sengal jugak, tapi dah kurang ar.

kalau sebut huruf S, ada bunyik 'bocor'. kalau cakap laju-laju pun terasa 'bocor'. haha. kelakar. sebab seumur hidup tak pernah cabut gigi. merasalah orang yang baca blog nih aku akan cerita entry pasal cabut gigi dan gigi entah berapa kali lagi ntah. cuma topik ni je yang mengujakan aku untuk berbelog. haha.

nak cabut gigi lagi hari Sabtu. ingat nak cabut hari esok (Jumaat), tapi klinik tu bukak sampai 6pm je. mana sempat nak sampai Meru by 6pm. cabut pagi-pagi Sabtu. pastu melepek aje kat rumah.heh.

nak tengok ke gigi-gigi aku yang dah dikorbankan? nantilah aku upload bila dah cabut semua. hiks.

Tuesday, July 14, 2009

ompong

hari ini dimulakan dengan kecuakan untuk masuk kelas, sebab aku rasa tak cukup bersedia untuk mengajar. tapi aku mulakan juga hari kerja aku dengan isi minyak kereta sampai penuh, dan sampai di pejabat jam 8 pagi. duduk kat opis, berteleku aku menghabiskan kemaskini nota untuk kelas, cari idea untuk bebel-bebel, update report untuk kelas semalam.

jam 10 pagi, aku dah terpacak di kelas. pasang projector pada laptop, sambil tunggu kelas penuh. mulakan kelas setelah mengunci semua pintu untuk memberi amaran kepada pelajar yang lewat. kelas bermula perlahan. namun, minda yang kosong dan dahagakan ilmu mesti diisi. semua menerima sahaja apa yang aku cakap tanpa sebarang bantahan. Alhamdulillah. moga-moga adalah ilmu yang lekat seketul dua, insyaAllah.

jam 2 petang, aku gerak ke Klang. tukar penama akaun Tabung Haji aku. selesai. aku kaya. naah. kaya duit orang lain buat apa. ambil juga borang potong gaji untuk simpanan TH. dah setahun kerja baru nak potong gaji. hu hu. tak salah untuk mula menabung, kan?

balik Meru. singgah dentist. tutup! bukak semula pukul 5 ptg. pulang ke rumah dahulu lah. kat rumah, Mama sibuk tengah kemas rumah. aku dah mula ada rama-rama dalam perut. mengadu pada Mama, KakMa takut la nak g cabut gigi. huhu. pukul 5, Mama siap nak keluar. jeling-jeling aku yang dok chatting sambil Mama berkata, 'aik, tak nak pergi ke?' hmm. takleh nak mengelak lagi dah. vroom lah ke dentist sekali lagi.

sampai di situ, doktor belum masuk lagi. layan SBSP sket, aqso&madina sket. hilangkan gemuruh konon. doc sampai, kita mulakan operasi lah.Mama pun masuk sekali. memberi kata-kata semangat gitu. aku bukak cermin mata, sebab tak nak tengok betapa besar picagari yang bakal digunakan. haha. aku yakin picagari tu besar. aku tak nak tengok playar yang bakal digunakan jugak, yang aku yakin ianya sangat berkilat. sebelum aku nganga mulut untuk puan doktor buat kerja dia, aku tanya ar dulu soalan-soalan orang penakut macam aku nih. sakit tak injek? sakit tak kena cabut? puan doktor memang baik hati. lembut aje dia jawab, tak sakit. heh.

selepas menenangkan diri dengan bismillah dan selawat, puan doktor injek. takde ar sakit sangat, alhamdulillah. rasa macam tercucuk lidi sate kat gusi atau lelangit. masa bius tu berfungsi, aku tergelak-gelak. sebab rasa lelangit aku membesar. rasa kebas memang menular dengan jayanya. nak cakap pun rasa tak keluar butir. Mama terus temuramah puan doktor. belajar 5 tahun di Adelaide. kerja 2 tahun di sana. balik Msia, kerja dia UIA*M selama 10 tahun. kini, puan doktor telah buka klinik pergigian atas namanya.

pastu, puan doktor kembali beraksi. gigi kena ketuk sikit, goyang sket, pastu dicabut. keriuk-keriuk bunyinya. sedar-sedar aje, dah disumbat ngan kapas. gigi geraham bongsu yang tumbuh secara senget dan gigi geraham kecil telah terkorban hari ni. now, I have my own ickle and Lardee. hiks. MMSed the toof to duff n Nasreen. haha.

4 lagi perlu ditumbangkan. tabahkanlah hatiku. sekarang bukan masanya untuk berundur. takkan lah nak rongak camnih sampai tua? hohoho. tak mungkin aku nak g tengok Nasreen bersanding dengan aku yang ompong ini. hahaha.

nota: ompong adalah rongak dalam Bahasa Jawa.

Monday, July 13, 2009

gadis bertudung hitam


nak lawan ke-vain-an Nasreen. nih pakai selendang yang makcik aku beri. ole-ole balik Umrah.macam selendang, tapi lebih lebar. aku rasa kali terakhir aku kenakan tudung warna hitam adalah masa zaman belajar. pastu dah tak pakai sebab rasa 'too common'. ni pakai sebab nak padankan ngan baju yang diperbuat daripada kain batik Sarawak. beli kain tu semasa pergi Sarawak setelah tamat degree. lama gile peram, baru buat baju.

esok ada kelas *VLSI. tak suka. sebab tak study lagi. dah study sebenarnya, tapi minggu lepas. minggu ni belum. nota pun belum kemaskini lagi. rasa kasihan pula tak beri nota hardcopy pada mereka. tapi takpelah. selama ni dah manjakan depa. sem ni aku jadi missIma yang gojes dan garang. hiks. salin jangan tak salin, itu motto sem nih. ha ha ha!

esok mahu pulang awal. perlu kemaskini akaun Tabung Haji. dah umur 18+++++++++ namun status akaun masih kanak-kanak. ha ha ha. ye ar. mak bapak yang gigih menabung, tukar nama kepada anak kang, abis dilenjannye.

lepas tu, nak g cabut gigi. uhuhu. takut! bukan cabut gigi sebab sakit. tapi sebab ada misi. apakah misi itu? mak aku suruh pakai kawat besi daa. 2 tahun lagilah baru aku kawen ek. bilalah mak aku nak timang cucu. mak aku yang suruh, jadi, mak aku la yang kena keruk poket, kan? kekekekeke (mode gelak nervous sebab bakal kehilangan 6 batang gigi. takut!!!)
Posted by Picasa

do you miss me?

ngeh.

writer's block.

katanya.

I takde masa nak tulis-tulis nih (jeling Nasreen).

doakan aku ada kelapangan waktu untuk menulis di sini lagi.

banyak cerita yang mahu dikongsi.

namun, apalah dayaku untuk memerah kepala untuk menulis.

love u guys!

Thursday, July 2, 2009

confession of an online-shoppaholic

still not in the groove to do work related stuffs, so here I am. writing what I like most - online shopping it is.

mengikut sejarahnya, benda pertama aku beli online adalah daripada NekRock rasanya. atau semasa aku beli HerbaLife untuk naikkan berat badan aku ye? aku beli wristlet coach daripada KakAna. walaubagaimana pun, pembelian tidak berhenti setakat itu sahaja. lepas tu beli Glyco Cream pulak, dan juga barangan wangian Victoria's Secret daripada Ice dan Yong. kegilaan terkini aku, beli shawl daripada ButikSunlay. kegilaan itu berterusan selama 3 bulan, di mana aku membeli paling tidak 4 helai setiap bulan. namun bulan ini, aku 'puasa'. kumpul dana untuk persiapan raya kelak. hiks.

aku nih bukan la asal tengok aje, nak rembat. memang la aku ni takde tanggungan lagi, namun my Baby Blue tu saban bulan nak kena diberi sumbangan ikhlas. tambahan lagi, pinjaman tanpa faedah semasa membeli Encik Q pada hujung tahun lalu masih berbaki RM700. terima kasih kepada Puan Intiah yang menyerap semua faedah. Alhamdulillah.

Pembelian terkini aku secara online ada sebuah bag laptop yang aku tak boleh resist sebab ianya sangat aku perlukan walaupun kalau pergi kelas aku bawak tote bag biasa aje. hu hu. tak sabar menunggu tibanya bag itu digenggamanku. grr grr (manahan rasa gementar dapat beg baru :D )

nasreen, hang tengok movie apa tu? hiks.

jatuh cinta berguling-guling

aku memang suka dengar lagu ni.. rasa macam nak putus cinta dengan orang hensem yang sangat mahukan aku tapi aku terpaksa pergi.. he he he.. berangan memang best..




Khatimah Cinta by 6ixth Sense

oh tidur malam nyanyikan lagu
rindu hatiku yang terpanah
oh bintang malam lukis wajahku
katakan aku...pergi

genggamlah cinta yang ku berikan
simpanlah slalu dalam hati
ku akan slalu dalam mimpimu
menemani tidurmu

sudahlah sudah...ku harus pergi
jangan kau tangisi aku lagi
biarku bawa sluruh cintamu
ku dakap dalam tidur panjangku

peluk tubuhku
kucup bibirku
relakan saja aku pergi