Aku dikejutkan oleh geng2, tgk jam awal lagi baru jam 5.30 am (Nippon time), aku duk mengeliat meregangkan otot, Muazah & Alai ke toilet, sementara aku & SU stay menunggu beg2 kami, selepas selesai urusan Muazah & Alai, aku n SU menuju ke ofis KIX semalam bagi memulangkan blanket biru yang kami ambil malam tadi, setelah itu kami ke toilet buat apa yang patutla..setelah semua urusan selesai kami menuju ke tingkat 1, bangunan terminal 1, KIX untuk ke kaunter Travel Desk, Tourist Information Center, tujuan utama untuk membeli Osaka unlimited pass, tapi kaunter ini hanya di buka jam 7.00am, so terpaksa la tunggu di tempat duduk yang disediakan di hadapan kaunter, ramai jugak tourist2 lain yg turut menunggu.
Jam 6.45 am, pertugas2 kaunter datang untuk membuat persiapan, tepat jam 7.00 am kaunter di buka dan pertugas2 mula menberikan perkhidmatan. wowww...sangat efficient dan menepati masa, kagum lagi..
Mulanya kami hanya merancang untuk membeli 2 days osaka unlimited pass, tp setelah terlihat satu poster tentang kyoto bus pass, kami pun beli pass itu, mmg dah dalam plan untuk guna bus pass di kyoto. Harga Osaka Pass - 2700 yen (2 days), kalau amik yg one day, harga 2000 yen. Kenapa kami memilih untuk membeli pass ini?
1. Dengan pass ini kami boleh menaiki subway unlimited selama 2 hari
2. Admission fee untuk tempat2 menarik free hanya mengunakan kupon yang dibekalkan bersama pass ini. Ada lebih kurang 28 tempat menarik (mmg x mampu la nk g semua, pilih mana yg best jer)
3. Ada kupon discount, yg ni kami x guna pun.
Maklumat lanjut mengenai Osaka unlimited pass, sila rujuk link ini OSAKA PASS
(Tourist information counter / KIX travel desk)
(Menunggu kaunter buka, banyak tourist template kat sini, boleh amik mana yang berkenan)
(Osaka Unlimited pass booklet guide)
Setelah selesai urusan pembelian pass, kami kembali naik ke tingkat 2 untuk mengambil train ke Taiyo Hotel, untuk ke Taiyo Hotel kami perlu mengambil Nankai Train menuju ke sta. Shin-Imamiya, pertama kali naik train kt negara penjajah ni, ambil masa gak la nak biasakan diri, nak kenal pasti mana Nankai kaunter, belum lagi nk find out camner nak beli tix, last2 amik keputusan tanya je kat kaunter, rupanya boleh beli tix terus dr kaunter, kan senang..hahaha..
Tix train dari KIX ke Shin-Imamiya berharga 890 yen, sepanjang perjalanan dalam train, mata x jemu memandang permandangan sepanjang laluan, aku dh sampai Jepun wei..hahaha..jakun lagi...
(Dalam Nankai Train, KIX - ShinImamiya)
Sampai di Shin-Imamiya, keluar dari pintu exit sta. kami belok ke kiri, berjalan sambil mencari2 signboard Hotel Taiyo, dalam website katanya 6 minit walking dari sta. train, tp dah jalan 6 minit bayang signboard pun x nampak, tapi kami teruskan juga berjalan kerana yakin arah yang diambil betul, akhirnya kelihatan signboard Hotel Taiyo di seberang jalan, lega..sampai juga akhirnya. Kami terus masuk menuju ke kaunter, klu nasib baik ingat nk mintak early check in, tapi hampa, check in hanya boleh pada jam 12pm, tapi kami dibenarkan meninggakan luggage kami untuk di simpan di stor simpanan yang disediakan. So kami keluarkan barang2 penting dan dimasukan dalam day pack beg, beg2 lain semua disimpan dalam stor, perkerja di kaunter, memberikan satu tag, yang perlu kami tunjukan semasa hendak mengambil beg2 kami semula, cara untuk elakan tersalah amik beg atau beg dicuri kot.
Selesai urusan kembara diteruskan....(tbc)








































