Malas betul meng’update’ blog serakang, nak kata buzy sangat
tak jugak, kata bz study..dah grad pun, bz keje..x jugak, bz berjalan..itu
bukan satu alas an…kesimpulannya mmg penyakit ‘MALAS’ yang melanda. Azam nak
update blog at least seminggu sekali mmg ke laut..huhuhu
Kali ni aku xrasa nak update pasal trip ‘Cambodia &
Vietnam’ tapi nak story pasal satu event Kelab Proton Tg. Malim yang aku
kelolakan baru2 ni. Nama program ni ‘Nature DayOut FRIM 2014’..nama ni aku yang
pilih sendiri, mula2 tu duk plan nak namakan Walk a hunt, tapi macam xbest je,
so last minit aku tukar jadi ‘Nature DayOut FRIM 2014’. Dalam program ni aku
diamanahkan untuk jadi pengarah program, satu pengalaman yang best dan sangat
berharga, bangga pun ada bila program ni berjaya dijalankan tanpa ada sebarang
kerumitan besar. Sikit2 problem tu ada la, biasalakan mana ada program xde
masalah, tapi yang penti semua dapat diatasi…kan kan..
Nak story macam mana bermulanya idea nak buat program ini,
sebenarnya dah lama aku tertarik pasal pakej treasure hunt yang ditawarkan
pihak FRIM, mula2 tau pasal ni bila baca blog ‘masMZ’ pasal TSDayout, tgk
aktiviti yang dijalankan memang menarik minit, tapi time tu, x tau lagi camner
nak buat xtvt kt FRIM ni, sampai la satu hari aku dan Cik B beriadah di FRIM,
time kami ke pejabat One Stop point di FRIM untuk beli tiket untuk naik ke
jambatan gantung FRIM, aku ambil kesempatan bertanya dengan pegawai bertugas
tentang xtvt2 yang boleh dijalankan di FRIM, kami diberi penerangan ringkas dan
dibekalkan satu template yang menyenaraikan xtvt2 yang boleh dibuat di FRIM dan
senarai harganya. Dah tentu xtvt treasure hunt yang menarik minat aku, melihatkan
kosnya yang agak berpatutan, aku rasa xtvt ni sesuai untuk kami jalankan buat
ahli2 Kelab Proton Tg. Malim.
Satu hari masa mesyuarat kelab, untuk planning aktitviti
tahunan bagi tahun 2014, aku cadangkan untuk lakukan xtvt ini, dalam meeting tu
aku siap projector kan blog ‘masMZ’ untuk tunjukan tentang xtvt itu pada semua AJK2 yang lain, so cadangan aku di terima dan automatic aku terus dilantik PIC
program, arghhh sudah… aku pulak yang kena, tapi aku bersetuju dengan lantikan
itu, walaupun pada mulanya agak ragu2 boleh ke aku handle projek ni. Tapi yang
pastinya awal2 aku dah cari orang2 kuat yang akan membantu aku, tentunya Cik B
dan Razmi, dan mereka lah yang banyak membantu aku selain bantuan AJK2 lain
sepanjang perancangan program dan semasa berlangsung aktiviti.
Firstly aku kena siapkan angaran budget program untuk di
luluskan dalam mesyuarat AJK Kelab, aku banyak berbincang dengan Cik B dan juga
dapatkan output dari staff2 di jabatan aku, terutama berkenaan yuran yang perlu
aku kenakan kepada perserta program, objektif aku untuk pastikan yuran yang
dikenakan mampu dan tidak terlaku mahal, bagi menarik ramai penyertaan dalam
xtvt ini. Yelah, ahli2 Kelab Proton, kebanyakan merupakan operator2 yang berkerja di bahagian pengeluaran, so
kalau yuran terlalu mahal, sukar bagi mereka untuk turut serta. Setelah
memikirkan pandangan semua, aku siapkan anggaran budget dan idea awal program
untuk dibentangkan.
Antara yang aku masukan dalam budget adalah kos untuk
T-Shirt perserta, sarapan & makan tengah hari, transportation untuk
perserta ke FRIM. Pada mulanya aku tetapkan yuran sebanyak RM80 sepasukan, tapi
dalam meeting AJK2 lain sebulat suara untuk jadikan yurannya RM100, kata mereka
bayaran itu tidak terlalu mahal untuk sepasukan yang dianggotai oleh 4 org,
sorang hanya perlu bayar RM25 sahaja, dan lagi kata mereka setiap perserta
disedikan t-shirt, makanan dan transport. Setelah semua setuju, ada problem
pula tentang tarikh program, mulanya dalam mesyuarat awal, program aku akan
dijalankan pada pertengahan bulan Mei, aku dah siap check dengan FRIM,
availability untuk buat program pada tarikh yang dirancangkan, memang tiada
masalah, FRIM dah confirmkan tarikh tersebut available. Tapi akhirnya dalam
mesyuarat kali ini ramai AJK yang tak setuju dengan tarikh program aku,
memandangkan kami ada satu lagi program Treasure Hunt pada akhir April,
tarikhnya terlalu berdekatan, pemilihan tarikh yang lain dilakukan, dan aku di
minta semula berhubung dengan pihak FRIM, malangnya tarikh yang baru 21 June
2014 tidak available pula di pihak FRIM, dan FRIM mencadangkan tarikh yang lain
iaitu hari selepasnya 22 june 2014 (ahad), dan akhirnya tarikh ini lah kami
jalankan program ini. Tengokkan…awal2 pun dah macam2 dramakan..hehehe
Bila tarikh dah dapat, aku mulakan perancangan aku untuk
program ini, macam2 yang perlu di sediakan, yang pertama, buat confirm booking
dengan pihak FRIM, siapkan borang penyertaan dan syarat2 penyertaan, design
poster, degisn banner, design baju program dan macam2 lagi. Bila dah siap semua
ni aku bentangkan semula dalam mesyuarat kelab dan aktiviti promosi program pun
bermula. 4 banner ditempah untuk digantung di setiap check point laluan keluar
masuk perkerja Proton, Email dihantar melalui ProtonCom untuk menyebarkan
maklumat program, serta borang penyertaan.
Selain itu poster turut diedarkan dan ditampal di papan2 kenyataan di
dalam kilang.
Poster program...design guna Photoscape..
Ini plak banner yang aku design...by photoscape gak..sonangkan
T-shirt program...design by aku jugak...mmg kegemaran aku buat design2 ni...huhu
simple je..
Tag committee..also by me
Akhirnya hingga tarikh tutup penyertaan, kami menerima 42
kumpulan penyertaan, yang melibatkan 168 ahli kelab, T-shirt mula ku ditempah
berdasarkan saiz baju peserta2 dan AJK. Tempat tempah baju ni Razmi yang
kenalkan, setelah negotiation dengan pemilik kedai, aku dapat harga RM11
sehelai (lebih murah dari budget awal aku), yahoooo…. Seterusnya nak cari
hadiah untuk pemenang2..untuk tempat 1 hingga 5, kami berikan hadiah berbentuk
wang tunai, tapi untuk hadiah saguhati tempat 6 – 20 aku perlu sediakan barang2
yang bersesuaian dengan budget kami, dengan bantuan Cik B, hadiah2 akhinya kami
dapat siapkan. Nak cari idea untuk hadiah bukan senang, sampai ke GM Klang aku
dan Cik B pergi survey, yelah budgetnya pun tak banyak sangat tapi kami nak
cari hadiah yang praktikal dan berguna. Akhirnya pilihan kami, tmpt 6-10 – Beg
sandang berisi tuala sulam, 11-15 set momopod, 16-20 power bank.
Antara hadiah saguhati...
Ini hadiah utama...seribu tu...sape x nak..
Panjang gilerkan, ni baru cerita pasal persediaan program…
Survey dan lawatan ke FRIM juga aku lakukan untuk
perancangan persediaan program, kali pertama aku pergi berdua dengan Cik B,
kami berjumpa dengan staff One Stop Point untuk mendapatkan maklumat lanjut
tentang aktiviti, dari perbincangan ini, kami dapati kami perlu menyewa kawasan
di FRIM untuk menjalankan majlis perasmian dan penyampaian hadiah, serta tempat
untuk penyediaan makanan tengah hari, selepas berbincang dengan staff one stop
point, kamu ke bahagian fasiliti untuk membuat tempahan kawasan piknik area dan
2 bilik guest house untuk petugas2 program yang akan datang sehari awal untuk
persiapan. Selain itu sempat juga survey catering untuk menyediakan hidangan
tengah hari.
Ni gambar aku amik time 1st survey visit..
Kali kedua aku dan 3 lagi AJK ke FRIM untuk membuat bayaran
program dan sewa serta untuk berbingcang dengan catering tentang tempahan makan
tengah hari dan khemah yang perlu di pasang di kawasan Piknik area. Selain itu
kami membuat checking di kawasan piknik area untuk mendapatkan gambaran awal
persediaan yang perlu dilakukan semasa majlis berlangsung.
Inilah Piknik area tu..tempatnya luas dan banyak kemudahan ada..
Map Frim..yang aku edit untuk tunjukan kawasan2 semasa program..
3 hari sebelum program berlangsung, satu taklimat tengtang
program dijalankan, untuk memaklumkan perserta2 tentang tentative program, masa
pendaftaran dan menyerahkan t-shirt program. Taklimat ini dilakukan oleh aku
sendiri dan Cik Din (PIC transport program) dan di bantu oleh semua warga AJK
Kelab Proton. Bila taklimat berakhir aku rasa lega sangat, xtau kenapa, mungkin
sebab tengok komitmen dan semangat perserta2 yang meluangkan masa mereka untuk
hadir taklimat tersebut yang buat aku jadi lega, dalam hati berdoa semoga
program ini dapat berjalan dengan lancar.
Slide taklimat untuk perserta...
Penyerahan t-shirt selepas sesi taklimat kepada semua perserta program.
Sehari sebelum program, aku dan 3 orang kuat program,
bertolak ke FRIM kira2 jam 2 ptg dr Tanjung Malim, team kami ini bertanggung
jawab untuk melakukan persiapan awal program, kami akan bermalam semalaman di
FRIM. Sampai di FRIM, kami terus ke tapak piknik untuk menyiapkan tempat acara
penutup & penyampaian hadiah, proses menggantung banner dan bunting
dilakukan, seterusnya kami membungkus hadiah2 yang berjumlah 60 unit. Waktu ini
aku agak resah, kerana sepatutnya khemah untuk program kami esok dijanjikan
akan dipasang pada petang ini, tapi tunggu punya tunggu masih tidak kunjung
tiba, aku dan Razmi beberapa kali cuba menghubungi caterer kami, tetapi jawapan
mereka tidak berapa memuaskan. Janji hanya tinggal janji.
Banner & bunting yang telah siap dinaikkan...
Jam 6.00 pm, kami ambil keputusan untuk meninggalkan tapak
piknik, dengan harapan setelah kami kembali semula malam nanti khemah telah
siap dipasang. Kami check in di guest house yang telah ditempah untuk
membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Kemudian kami berempat keluar
semula dan kali ini kami menuju ke pasaraya Mydin, Selayang untuk membeli
barang2 keperluan program serta alatan pembersihan. Selesai pembelian Razmi
bawak kami ke ‘Flemimg Steam Boat Restaurant’ yang terletak di Danau Kota, kata
sini makan memang x ingat alam, dengan bayaran RM39 seorang, memang sukahati je
nak makan apa, bahan2 steam boat disediakan secara buffet, pilih je mana yang
berkenan, makan sampai pecah perut katanya. Dah puas makan, kami kembali semula
ke FRIM.
Sampai di FRIM semula, kami terus menuju ke tapak piknik,
time tu, aku rasa cuak giler, mana khemah kita???? Dah malam dah ni, khemah x
sampai2 jugak lagi. Last2 cuba sedapkan hati, x pe esok acara penutup lambat,
kalau khemah sampai pagi2 pun sempat lagi nak pasang, dalam masa yang sama aku
terus sms pengusaha catering memaklumkan situasi sekarang, dan minta dia follow
up dengan subcontractor khemahnya. Kami pula mula berkerja, membersihkan ruang
astaka, memberus, mengemop dan mengeringkan lantai, setelah keje2 tersebut
selesai, kami duduk di hadapan astaka melepaskan lelah, dan ketika ini,
kedengaran bunyi lori menghampiri ke kawasan kami, masing2 berpaling ke jalan,
dengan harapan lori yang akan sampai itu adalah lori yang menbawa khemah kami,
dan akhirnya harapan kami tidak dihampakan, betul lori itu adalah contractor
khemah, masa tu memang bersyukur sangat, pihak contractor meminta maaf atas
kelewatan mereka, dan dengan pastas mereka memulakan kerja2 pemasangan khemah
dilokasi yang kami tetapkan. Kira-kira jam 12.00 mlm, kami meninggalkan tapak
piknik, dan ketika itu proses pemasangan khemah masih terus dilakukan pihak
contractor.
Masing2 bz menberus, mop dan menjirus lantai...
Tengah menunggu contractor khemah yang x kunjung tiba...
Sampai di bilik, membersihkan diri dan menunaikan kewajipan,
aku dan Cik B, meneruskan kerja2 persiapan yang masih belum selesai, bila semua
telah sedia barulah kami ke katil untuk beradu, memang penat.











