7.0 Nippon Trip : Jejak Penjajah Bangsaku - Day 7 (Gotemba Premium Outlet)
Hari ke-lapan di negara matahari terbit ini, kami habiskan dengan mengelilingi kota metropolitan, Tokyo. Destinasi pertama kami hari ini...Nippori, atau lebih dikenali fabric town, misi nya untuk membeli kain cotton jepun yang di khabarkan sangat cantik dan selesa di pakai. Untuk ke Nippori kami perlu menaiki train Odakyu line menuju ke sta. Shinjuku, kemudian bertukar ke Yamanote line menuju ke sta. Nippori. Sampai di Nippori, Fyad menbawa kami ke sebuah kedai cotton yang terkenal TOMATO shop. Masuk je ke dalam kedai ni aku jadi rambang mata, niat asal nak beli hanya beberapa pasang untuk dihadiahkan buat mama dan dik su (adik bongsu aku) tapi bila dah ada kt sini, aku terfikir, apa salahnya aku beli banyak sikit dan balik jual kt kawan-kawan. Kain cotton di sini corak nya sangat unik dan pastinya sukar nak jumpa kt Malaysia. So akhirnya aku borong dekat 10 pasang kain, dengan me'match' dua jenis corak yang berlainan. Kawan2 yang lain pun ramai yang membeli sama ada untuk diri sendiri atau untuk family masing2.
Nippori street (Fabric Town)
Shopping kt TOMATO shop, masing2 semangat peluk kayu kain...
Cotton Jepun - Semua Sold Out..Alhamdullilah
Tabah naik turun train dengan mengendong hasil shopping..
Kemudian bila dah selesai aku teruskan menyelusuri Nakamise Shopping Street ini hingga sampai Hozo Gate yang terletak di hujung Nakamise Shopping Street. Gate ini merupakan pintu gerbang bagi bagi memasuki Sensoji Temple dan Asakusa Shrine Aku pasti, tempat2 ini lah yg sebenarnya menjadi tumpuan pengunjung2 yang datang ke kawasan Asakusa ini. Aku masuk melalui Hozo Gate, bersiar2 dan ambik gambar sedikit sebanyak di dalam kawasan Sensoji Temple, setelah itu kembali semula ke Nakamise Shopping Street, mula mencari semula kawan2 ku yang lain. Nak tau aper dorg buat, masing2 sakan mencuba kimono di sebuah kedai kimono 2nd hand. Harga kimono yang di jual di kedai tu sangat murah, dan keadaan kimono yang dijual masih baik. Su, Muazah masing2 membeli kimono untuk di bawa balik, aku pun boleh tergoda gak, akhirnya aku beli la jugak sehelai kimono pendek, tapi sampai hari ni kimono tu duk terporok lagi dalam beg, tak pakai pun...bazir je kan..nyesal plak beli hari tu..huhuhu.

Penghujung Nakamise Steet dan Hozo Gate, gerbang menuju ke Sensoji Temple.
Bila semua dah settle beli-belah, kami kembali ke sta. subway Asakusa untuk menuju ke sta. Ueno, tangan masing2 penuh dengan hasil belian, Sampai ke Ueno, kami berjalan pula ke Ameyoko Street Market, untuk membeli makanan laut, untuk di bawa pulang ke Malaysia, aku x beli la, sbb aku bukan peminat seafood2 ni, tapi seronok tengok mmbr2 borong produk2 laut. King Crab and Salmon menjadi pilihan mereka, penjual di Ameyoko Street Market ini dengan baik hati mengbungkuskan belian mereka dalam bekas polistren yang diletakkan pack ais, supaya makanan yang di beli tidak rosak. Yelah esok baru kami balik Malaysia kan. Settle beli seafood, kini agenda jalan-jalan cari makan, sebab semua kebulur nak makan Takoyaki, maka kami semua menuju ke sebuah kedai Takoyaki yang di Ameyoko Street ini, bestnya beli kat gerai ni, sos, fish flake, mayonis semua kita boleh letak sebanyak yang kita suka, apa lagi masing2 pun amik kesempatan la, tp takoyakinya memang sedap. Kami tumpang makan di depan sebuah kedai muslim menjual ayam goreng, tokey nya pun sempoi, siap borak macam2 dengan dia. Asal Pakistan rasanya. Alhamdulillah semua kenyang.
Sesi memancing Salmon & King Crab at Ameyoko Street Market
Lepak depan kedai makanan muslim sambil makan Takoyaki
Tokey kedai muslim yang kami tumpang makan (sumber: google)
Setelah kekenyangan kembali ke sta.Ueno, sempat singgah ke Hard Rock Shop di sta. Ueno, shopping t-shirt plak, mmbr ada pesan belikan t-shirt untuk anak dia, dan aku beli lagi 2 helai dan dapat sehelai lagi free sebab ada promosi beli 3 dapat free satu. Baju HRC ni selain satu yang di pesah oleh kawan aku, aku jual satu kepada rakan jabatan ku. Satu yang free tu aku bagi pada adik aku dan satu lagi untuk diri sendiri.
Satu kisah mencabar berlaku kepada kami, sebab masing2 dah belanja sakan, cash dlm tangan abis la, satu hal plak nak cr mesin ATM untuk keluarkan duit, ATM kat Japan sangat x friendly bagi card ATM luar, beberapa mesin di try tapi hampa, nasib baik ada Sarah, kawan Fyad, yang membantu kami mencari mesin ATM international bank, akhirnya berjaya gak keluarkan duit dari ATM Citibank yang terletak di kawasan Shinjuku. Syukur...
Penyelamat poket kami...Citibank
Kawan-kawan yang lain dah penat, tp aku, Su dan Mas rasa macam rugi plak kalau balik terus, ada lagi tempat yang kami teringin nak jejaki, akhirnya kami berpecah, Alai, Fyad dan Muazah ambil keputusan untuk balik ke rumah, manakala aku, Su & Mas akan meneruskan explorasi kami. Mulanya Sarah juga hendak balik tapi mungkin kerana risaukan kami, dia stay bersama kami dan menjadi pemandu pelancong kami, walaupun kami dah kata x perlu, kami yakin kami x akan sesat, tapi Sarah tetap mahu membantu, Thanks a Lot Sarah.
Ke mana destinasi kami bersama Sarah....tunggu next update yer..bila la tu..


















































