Pergi ke kandungan

Ismail Mohamed Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ismail Mohamed Said
PJN; SSAP (Pahang), KMN
اسماعيل محمد سعيد
Timbalan Menteri Dalam Negeri I
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
Berkhidmat bersama
Jonathan Yasin
(Timbalan II)
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Hamzah Zainudin
Didahului olehDirinya sendiri
Digantikan oleh Shamsul Anuar Nasarah
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Berkhidmat bersama
Jonathan Yasin
(Timbalan II)
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Hamzah Zainudin
Didahului olehMohd Azis Jamman
Digantikan olehDirinya sendiri
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kuala Krau, Pahang
Dalam jawatan
2004 – 10 Oktober 2022
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Kamal Ashaari
Majoriti2,876 (PRU-14)
6,205 (PRU-13)
5,265 (PRU-12)
7,351 (PRU-11)
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
2013–2018
Berkhidmat bersama Ronald Kiandee
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia
Didahului oleh Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Digantikan oleh Mohd Rashid Hasnon
Nga Kor Ming
Maklumat peribadi
Lahir (1965-09-07) 7 September 1965 (umur 61)
Kuala Krau, Temerloh, Pahang
Parti politik UMNO (Kini)
Gabungan politik
lain
BN (Kini)
PN (2020-2021)
PasanganDatin Nor Azimah Abdul Mubin
Datin Rose Norasyikin Abdullah
PekerjaanMalaysia Anggota Parlimen
GajiRM68,347.65 sebulan[1]

Dato' Sri Dr. Ismail Mohamed Said (Jawi: اسماعيل محمد سعيد; lahir 7 September 1965) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri (2020-2022), mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (2013-2018) dan mantan Ahli Parlimen Maran selama empat penggal (2004-2022). Di peringkat parti, beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau[2].

Beliau mempunyai dua isteri iaitu Datin Nor Azimah Abdul Mubin (45), guru sekolah menengah di Temerloh, Pahang. Seorang lagi ialah Datin Rose Norasyikin Abdullah (25) seorang anggota polis di Cheras. Pada 16 Mac 2010, Datuk Ismail membawa dua isterinya menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Kerjaya Politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) yang baru bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 September 2010 yang menggantikan Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman. Pada penggal Parlimen ke-13, beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P087 Kuala Krau Ismail Mohamed Said (UMNO) 16,021 64.89% Musaniff Ab Rahman (PAS) 8,670 35.11% 25,220 7,351 80.31%
2008 Ismail Mohamed Said (UMNO) 16,165 59.73% Kamal Ashaari (PAS) 10,900 40.27% 27,594 5,265 80.83%
2013 Ismail Mohamed Said (UMNO) 21,575 58.40% Shahril Azman Abd Halim (PAS) 15,370 41.60% 37,663 6,205 87.58%
2018 Ismail Mohamed Said (UMNO) 18,058 47.14% Kamal Ashaari (PAS) 15,182 39.63% 39,102 2,876 82.73%
Mohd Rafidee Hassim (PPBM) 5,071 13.24%
2022 Ismail Mohamed Said (UMNO) 21,481 44.98% Kamal Ashaari (PAS) 22,505 47.13% 48,448 1,024 78.88%
Juhari Osman (AMANAH) 3,593 7.52%
Shahruddin Md Salleh (PEJUANG) 174 0.36%

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020. {{cite web}}: |archive-date= / |archive-url= timestamp mismatch; 17 Ogos 2020 suggested (bantuan)
  2. ↑ https://fikrahpahang.com.my/6-ketua-umno-bahagian-menang-tanpa-bertanding-di-pahang/