Tuesday, 30 March 2010

Sangka-sangka

Sungguh sekejap masa berlalu. Sungguh tak disangka-sangka. Makan minum tidur belajar.Kalau dikira dalam kalendar, sudah taun 2010. Baru semalam kot taun 2000. Baru semalam kot aku rase baru balik tanah mat saleh, tapi hakikatnya, dah 5minggu dah. Sungguh sekejap. Tanpa tak disangka-sangka, D90 idamanku dah ku beli. Sungguh tak disangka-sangka....

Sunday, 14 March 2010

Welcome to my life!

"Tanggal 13 aribulan March 2010, bersamaan dengan 28 Rabiulawwal 1431, bermulanya kehidupan sebuah mesin technology, yang dinamakan, DJ90. "

Pagi hari tersebut, saya bersama-sama dengan Abg Kamal (bkn nama sebenar), dan Kawan (bukan nama sebenar) saya, Rashid (nama sebenar) dan juga tidak lupa, *Sudin (bukan nama sebenar) telah berangkat ke Melbourne city dengan tujuan yang sungguh murni. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam setengah ini amat menyiksakan jiwa kalbu ku sebagai seorang manusia. 

Sesampai sahaja di Melbourne a.k.a Flinder street, saya dan beberapa orang yang saya nyatakan diatas, mengambil langkah untuk ke kedai yang menjual alat-alatan ini. Beberapa minit kemudian, sesampainya kami ke kedai itu, saya, dengan ini meninjau-ninja harga yang terpapar di papan kenyataan kedai-kedai itu. 

Setelah meninjau harga, saya telah mengambil keputusan untuk membelinya di kedai yang pertama saya tinjau itu. Pertanyaan demi pertanyaan ditanya, sesudah itu, ter-decide-lah keputusannya untuk memgambilnya. Disaat itulah munculnya kesusahan yang tidak dijangka-jangka. 

Card Debit kawan saya ini, *Sudin, yang digunakan untuk membelinya sudah terlebih limitnya. Kata sang penjual; "Your card has excced the limit, but you can split it and pay using 2card, or you can use cash". Alamak, lupe memberitahu sudin bahawa limit card perlu ditukar. Tidak mengapa, dengan iPhone yang maju ini, limitnya boleh ditukar. 

Disaat-saat untuk menghafal kata laluan, zaapp!!!! beteri iPhone itu abis. Adeh. Tidak sempat untuk menukarnya. Setelah berbincang dengan Rashid dan Abg Kamal, Rashid memberitahu bahawa ATM boleh menukar limit. Akan tetapi, option untuk menukar limit itu sudah tiada. Keresahan sudah melandai dihatiku ini. Option yang terakhir adalah, mencari kedai internet. Berhampiran kedai tadi, ada sebuah kedai internet. Alhamdulillah, tapi banyak betul halangan. Sekali lagi, halangan di hadapan, simcard di iPhone itu perlu digunakan dan dikeluarkan dari iPhone untuk tujuan PIN yang dihantar oleh pihak bank, tetapi, pin untuk membuka simcard dari iphone tidak ada. Malangnya. Tapi masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan hujung pensil mechanical yang tajam itu. Dan akhirnya, limit itu dapat ditukar.

Beberapa minit kemudian, proses penbelian dan penjualan telah selesai. Dengan itu, aku memberi namanya, 

"DJ90"




Friday, 5 March 2010

Roti canai

Roti canai adalah sejenis makanan rakyat Malaysia yang mana amat popular sebagai makanan ringan. Walaupon kecik, namum tahap kekenyangannya adalah seperti menghabiskan sepinggan nasi. Roti canai biasannya dimakan pada waktu pagi, dikedai-kedai mamak, kedai-kedai restoran masakan melayu dah sebagainya. Kuah dal dan kari menjadi pencicah kepada roti canai ini. Namun, di kelantan, ada juga yang menjadikan susu pekat sebagai pencicah. 

Balik kepada kehidupan aku ini, aku hidup di suasana kampung pada satu ketika dulu. Nenek aku dahulunya seorang jaguh pengebar roti canai yang termasyur di kampung. Aku tidak mengetahui akan hal ini sehinggalah mak sedara aku menceritakan akan cerita itu. Dahulunya, ketika nenek aku (bukan nama sebenar) seorang jaguh, pagi-pagi ada sahaja orang datang ketuk pintu rumah dari belakang untuk membeli roti canai. Namun, arwah atuk aku tidak membenarkan nenek aku menjual. Sehingga hari itu, nenek aku menghantar roti canai yang dibuat di rumah, ke kedai makan kecik kampung. Selepas itu, nenek aku tidak menebar roti canai lagi kerana tidak larat. Sehinggalah sekarang, ahli keluarga aku mengidam untuk memakan roti canai.

Hajat ahli keluargaku tercapai, kerana aku yang besar ini, berbesar hati untuk menebar roti canai. Ape lagi, belajarlah dari nenek aku. Aku hanya sempat menebar roti canai sebanyak 2kali sehaja. Dalam 2kg tepung digunakan. Amat penat untuk menebar roti ini, tapi kepuasan itu tercapai dengan pemakan-pemakan memuji kesedapan roti canai yang dikibar itu. Oleh itu, aku bercita-cita untuk menjadi seorang pengibar roti canai yang termashyur di Churchill ini. Haha!!

Wednesday, 3 March 2010

Hari ini...

Hari ini merupakan hari ketiga aku berkelas. Bermula seawal jam 6pg, aku pergi ke kelas dengan kerete merah kesayangan Switchback, ber-driver-kan Nabil (bukan nama sebenar). Dengan sedemikian, bermulalah kelas Food Microbiology a.k.a Food microbe. Tamatnya kelas itu, aku berehat selama sejam di Library, dengan bermain internet. Selepas itu, aku ada kelas selama 2jam, tanpa kawan-kawan aku. Mulanya aku berase tidak selesa dengan kelas yang seramai 5 orang. Yang mana lecturer itu mula memandang-mandang aku yang handsem ini, seolah-olah menyatakan dia mahu nombor telefon aku. Aku hanya membuat bodoh sahaja. Sekian sahaja kelas itu, aku menuju untuk pulang kerumah. Akan tetapi, kereta merah itu sedang dibaiki di kedai kereta Steve (bukan nama sebenar). Pulang sahaja dirumah, aku dihinggapi perasaan mengantuk yang teramat sehinggakan pelawaan dota andoc (bukan nama sebenar) ditolak oleh aku. Kemudian aku tidur. 

Setelah sejam setengah aku tidur, aku yang bangun berasa amat bengang dengan kelibat-kelibat lalat yang seolah-olah membuat hubungan sejenis. Dengan cepatnya aku bangun dan melibas lalat-lalat itu yang cuba membuat maksiat di kaki aku. Namun, bukan hari ini sahaja, sudah banyak kali lalat-lalat ini membuat aku bengang, lebih-lebih semasa waktu-waktu kecemasa peperiksaan. Semuanya telah menjadi arwah. Berikut adalah kisah-kisah hidup lalat yang telah dilibas oleh aku semenjak berada di Switchback ini:














Followers