Tahun 2012, tahun yang paling mencabar dalam hidup aku. Tahun yang mana aku mula memasuki alam pekerjaan yang mana semua orang akan hadapi. Bagi aku, ia adalah salah satu satu titik perubahan (turning point) dalam hidup seseorang. Turning point yang mana akan memberi perubahan pada seseorang terutamanya dari segi mental (aspek permikiran). Hidup aku sekarang ini, tak semewah orang yang berkerja. Ade tempat tinggal dan kereta sendiri (2 keperluan bagi orang yang bekerja). Pernah beberapa kali aku terfikir, sedang aku dalam perjalanan ke tempat kerja, mahupon perjalan pulang ke rumah sedara aku (tempat aku berteduh), apa sebenarnya cita-cita aku.
![]() |
| Source: Google Image |
Di alam persekolahan lagi, ayah aku selalu bertanya apa cita-cita aku. Aku ni jenis orang yang bukan pandang ke hadapan (future planning). Oleh itu, aku pilih saja perkerjaan yang aku minat iaitu juruterbang (PILOT). Sejak dari itu, aku berjuang kearah mencapai matlamat aku. Salah satunya, aku memasuki kelab penerbangan muda di sekolah aku dahulu. Dalam kelab ini, aku diberi pendedahan awal tentang juruterbang dan skop pekerjaan itu. Aku juga dilatih untuk menerbangkan pesawat kecil Cesna Skyline secara simulasi. Dari situlah, aku belajar tentang bahagian-bahagian kapal terbang, dan juga instrument dalam pesawat kecil itu.
Namun, cita-cita aku itu tersangkut kerana aku mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam mata pelajaran Fizik. Pada masa itu, MAS airline memerlukan calon yang mantap dalam mata pelajaran English dan Fizik. Apa boleh buat, aku sesat tanpa hala tuju. Oleh sebab itu, aku terjun saja mana-mana bidang yang ada peluang pekerjaan pada masa depan iaitu Biotechnology.
Sekarang, aku masih mencari-cari cita-cita aku yang sebenar. Dengan apa yang aku hadapi sekarang ini, aku telah meletakkan cita cita aku. Cita-cita yang mana aku rasa aku dah mula ada hala tuju yang meyakinkan. Walaupon aku dah ada pekerjaan, aku rasa perkerjaan itu tidak cukup bagi aku. Cita-cita yang mana bakal memberikan kejayaan kepada aku. Apa citi-cita aku?
"Pencari ilmu di atas reda Allah s.w.t "


