Thursday, 22 September 2011

Bagaimanakah caranya?

Source: Google Image
Bila dah masuk alam pengangur ni, macam-macam lah aku buat. Kebanyakan masa aku luangkan untuk naik berat badan. Terbaeekk! Selasa dan jumaat malam untuk main badminton. Petang nanti, untuk main bola tampar. Sihat tubuh badan. Hehe. Kadang-kadang, aku keluar lepak dengan member ayah aku nih, dengan geng-geng orang kelantan lah. Kat Kuching ni banyak orang kelantan. Tak heran lah kalau jumpe orang kelantan mesti kenal. Satu malam ni, aku pegi lah lepak-lepak kat mamak. Borak punyer borak sampai lah keluar cara bagaimana orang cina berniaga. Sorang ustaz ni bagitau caranya. Ade 3 cara: 
  1. Satu barang harganya RM5, tapi dijualnya 3x ganda harga. Jadi, harga customers RM15 untungnya brape? RM10. Bila nak dibeli, standard lah, die cakap kalau rosak boleh tukar, tanpa kene bayar. Nak jadikan cite, barang tu rosak, so, ape jadi? still die untung Rm5. Kan kan? Untung Rm5 ni boleh die beli barang tu, kemudian jual Rm15. Untung Rm10. 
  2. Andai kata takde duit nak beli barang tu. Nak hutang Rm15,. Tak boleh! Mesti die suruh bayar paling kurang Rm5. Sebab ape? Paling kurang die dapat beli barang tu satu. Dengan ni lah die dapat beli barang lain. Bijak kan? 
  3. Bila masuk bab perkhidmatan macam baiki barang. Mesti suruh tinggal barang kat kedai. mane boleh ambik hari. Kenape? Sebab nak bagi nampak susah baiki barang tu. Walaupon kecik je kerosakannya, tetap kene tinggal jugak. Andai kata die baiki jugak kat situ dan kerosakan tu sikit je, then die charge Rm5. Logik tak bagi korang? Heee..mesti tak. Bila kita tinggal barang tu lame, mind set kita akan cakap yang mesti kerosakan besar nih. Bila kerosakan besar, maka bayaran pon besar. 
Ni lah die, ustaz tu bagi tau. Sebenarnya banyak lagi yang aku dengar. Pak sedara aku pon ade cite jugak. Ni dari segi penjualan barang yang kene pasang. Macam komputer gitu. Sebagai contoh, Dekstop Dell yang sebijik dikeluarkan oleh Dell, mesti mahal harganya jika nak dibandingkan dengan dekstop yang dipasang pasang dalamnya. Begitu jugaklah caranya. Barang yang dibeli asing-asing, untuk dipasang dijadikan dekstop, lagi murah harganya. Cara ni dah banyak orang pakai. Ape yang dikonklusi kan? Majulah ekonomi untuk negara Malaysia. Sama-sama kita majukan ekonomi orang melayu.....

Monday, 19 September 2011

[Part 1] Road to election!

[Warning: This is just my thought, tiada betul dan tiada salah]

Dah tak lame dah ni. Election dah makin dekat. Dah daftar belom nih? Aku dah daftar dah. Tapi belom check lagi dah masuk senarai pengundi. Sekarang nih, dah makin nampak dah permainan politik. Bak kata andoc, dah makin best dah politik malaysia ni. Antara langkah-langkah awal permainan politik ni dah mula sejak penghinaan Mat sabu terhadap pejuang-pejuang Bukit Kepong. Memang kena kaw-kaw lah Mat Sabu ni sebagai Pejuang PAS ni. Aku pon tak tau jugak atas sebab ape die kutuk Pejuang-pejuang Bukit Kepong ni. Tapi kes ni memang hot abis lah. Sebulan bulan ogos ni penuh dengan kutukan dan macam macam lagi lah tentang kejadian ini. 

Bila dah senyap sikit pasal Mat Sabu ni, keluar la pulak konspirasi cukai 6% tehadap jualan credit. Ade yang mengatakan ni salah satu kerajaan mengumpul dana untuk pilihanraya ni. Tapi aku pon tak tau betul ke tak. Dengar-dengar jelah. Sorang menteri pon ade mengatakan kenaikan cukai ni bukan untuk pilihanraya. Siap masuk tv lagi statement tu. Walaubagaimana pon, tiada sumber yang sah tentang perkara ni. 

Ape lagi? Dalam berita hari ni, keluar la pulak yang pihak pakatan nak tukar bendera malaysia tuh. Nak tergelak pulak aku. Aduhai, macam macam lah. Aku pon tak tau sangat pasal ni sbb berita baru. Ape-ape pon, nnti aku update. 

Renung-renung & Fikir Fikir!

Alhamdullilah, bersyukur  kepada Allah dengan apa yang dibagi oleh-Nya. Bila aku fikir-fikir, banyak yang Allah bagi kat aku. Bila fikir dalam dalam, Allah dah tetap laluan hidup aku ni  untuk kerja agama. 

Ada satu kisah Aisyah r.anha, isteri Rasullulah, satu malam ada seorg perempuan dengan 2 org anaknya yang sedang kelaparan. Perempuan itu mengetuk pintu rumah dan Aisyah r.anha memberikan 3bijik tamar kepada setiap sorang. Oleh sebab lapar sangat, kedua dua anaknya itu meminta buah tamar ibunya itu. Tanpa fikir, cepat si ibu membahagikan separuh buah tamar kepada setiap anaknya itu. Bila Aisya r.anha melihat situasi ini, beliau tersentuh dengan perbuatan si ibu yang sangat sayang kepada anaknya dan menceritakan peristiwa ini kepada Rasullullah s.a.w. Selepas menceritakan, Rasulullah memberitahu Aisyah r.anha bahawa kasih sayang Allah kepada manusia 70 kali ganda kasih sayang si ibu tadi kepada anaknya. 

Begitu sayang Allah pada kita semua ni. Banyakkanlah mengucap Allhamdulillah. Bila duk sorang-sorang tuh, ucaplah Alhamdulillah. Tak rugi kalau sebut. Kan Kan? :)

Thursday, 15 September 2011

Part 2: I'm Manny's Market Boy!

Macam macam berlaku kat Manny Market tu, ni aku nak kongsi skit lah ape yang menarik berlaku sepanjang aku kerja kat sane.

  • Ade sorang lagi bos kat situ, menantu Manual, John. Awal-awal aku tak rapat sangat ngn die. Hingga lah satu incident ni. Time aku masuk keje, die agak serabai lah. Bile lepas die gunting rambut, aku pon pelik jgk lah. Saje nak puji, aku cakap la kat die, die handsome lepas gunting rambut. Die pon ckp Thanks jelah. Bila aku masuk kedai nak load barang, sorang makcik dalam store ni, Clairnette (aku dah lupe dah name die...rasenye lbih kurang tu la kot) tanye aku, aku ni sorang GAY ker? Terkejut aku. Aku tanye die sape ckp aku gay, die tak bagitau. Aku dah syak mesti si John tu cakap aku gay sbb aku puji rambut die. Siot je si John tu! 
  • Dalam market tu jgk, ade sorang lagi in-store assistant. Name die Peter. Si Peter ni asalnya dari Italy jgk. So, pelat english die lain la sikit. Sepanjang aku kerja dalam market tu, die lah yang banyak tolong ajar aku. Nak buat macam mane sume kerja. Tapi masalah timbul sebab aku kurang paham sangat english die. I mean pelat die tuh, ala-ala org italy. Memang slalu gaduh la aku ngn die. Sume org dalam store tu ingat aku ni xpaham english. Sampai John pon ingat aku mcm tu. Ade skali tu die sruh aku masukkan 30beg carrot. Korang nak tau die sbut mcm mane? Put terry in the fridge! Gile ape aku ckp. sape pulak terry. aku dah tau bkn org sbb takde orang name terry kat situ. Pastu John datang bgtau Thirty! Baru la aku paham. Dulu english aku kurang paham skit bila dengar mat saleh speaking. Tapi time tu aku dah ok lah. Boleh tangkap dieorg ckp. Bila dah masuk pelat Italy pulak, giler terumbang ambing english aku. sakit-sakit..ni gara-gara Peter. 
  • Sejak hari tu, hubungan aku memang rapat ngn peter walaupon die bnci dan slalu marah2 kat aku sbb aku ni tak paham die cakap. Dalam 2 minggu before aku behenti kerja, baru la aku tau tak sume orang dalam market tu paham ape yang Peter cakp. Aku pon ape lagi, tersenyum riang lah. haha. Aku ingat aku sorang je y gila tak paham die ckap. Si John pon tak paham ape yang die cakap. 
  • Last day aku kerja situ, aku nak bawak masuk trolley yang penuh dengan kotak kotak buah setinggi aku. Tolak la aku slow-slow trolley tu, sampai lah ade satu lubang aku tak prasan. Tayar depan trolley tuh masuk dalam lubang, pastu ape lagi. Jatuh abis la kotak-kotak tuh, tambah lagi bising kotak jatuh. Si peter menjerit, "Eddie! What are you doin?" Aku dikenali ngn name eddie sbb dieorg ni xpndai sebut name aku. haha. Lepas tengok tayar dpn dlm lubang tu, si Peter ckp" That's fine, just be careful next time. You'r not Manny's market BOY if you didnt drop the boxes". Aku pon tersebak jgk lah sebab sbelum ni die selalu marah ngn aku. aku pon kdg2 bengang jgk ngn die. Sume org dalam market tuh pernah drop box apetah lagi si John. Hampir satu row boxes die nak jatuhkan dengan forklift tuh. 
Ni lah benda-benda yang best blaku. Lepas behenti tu, rindu jgk aku kat dieorg. Mcm-macam perangai ade. Bila fikir-fikir, benda yang susah yang alami tu yang kadang-kadang wat kita tersenyum nanti....

Wednesday, 14 September 2011

Part 1: Manny's Market!

Final sem aku dulu, hidup keseorangan ditimbus kebosanan. Time tu lah terdetik satu idea untuk aku bekerja. Awal-awal sem lagi aku dah start buat resume, masuk workshop provided by Monash uni. Slow-slow aku cari kerja. Tapi nak cari kerja kat gipsland ni susah. Orang ckp mat saleh ni pilih kasih skit. Antar la resume sume, tp xdpt jgk. Awal bulan April, abg Kamal yang sedang bekerja kat market time tu nak behenti kerja sebab nk jage si Kafeel tu. Alang-alang tu, die pon recommend lah kat bos kt Manny's market tu, Manual (orang Italy yang berhijrah ke Aussie). Alhamdulillah, time tu lah aku berjinak-jinak dengan alam pekerjaan ni. 

Macam-macam aku alami mase time kerja kat situ. Nak cari experience kata kan. Shift kerja aku pagi je, tapi dari pkul 6-9pagi. Memang susah la skit awal-awal tu sebab nk train bangun awal pagi. Pkul 5 dah kene bangun dah, mandi-mandi then belasah nescafe satu cawan. If tak, memang penat la skit. Badan tak fit nak wat kerja berat lebih-lebih if ngantuk. Macam-macam lah aku wat, dari dalam store ke luar kedai tolak trolley. Nak jadikan cerita, macam-macam lah berlaku sepanjang aku kerja kat situ. (Bersambung!) 

Ni lah keje aku pagi-pagi lepas datang keje. Potong daun bunga kubis and buang daun-daun salad yang layu. Dah abis buat keje ni, datang lah satu lori besar penuh dengan kotak-kotak buah dan sayur. Stock ntuk 2hari.  
Dah sampai stock, ape lagi. Masuk dalam fridge lah. Kadang-kadang byk stock, lebih2 ari isnin lepas weekend tu, nak tmbah stock balik memang byk. Silap-silap, boleh sakit pinggang. Dah la tempreture fridge ni 4degree. Memang kene pakai baju tebal lah. 
Ni dia, dah penuh fridge. Ni stock ntuk 2 hari. Abis yang ni, kene masuk lagi stock lain. Penat tu memang penat. Tp bab-bab susun ni best skit. hehe. 
Rutin hari sabtu basuh lantai. Jenuh jgk nk basuh lantai ni. Kene hari minggu tu hujan, banyak la lumpur-lumpur kt lantai tuh. lagi jenuh nak gosok. Ni lah yang pling kurang aku suke. Basuh lantai!
Last kerja before balik! Packing up sayur-sayur then bwk masuk dalam fridge. 

Badminton: one of my favorite sport!

Just come back from mamak stall with new friends. It's not like friends but more to local people and some of semenanjung people. Before that, i played badminton with them. This is my first time involve in sport after a few month stay at home doing nothing. They are good players even though physically they looks old. Their stamina are also good. They can play up to 3 games which each game about 15minutes. It's crazy! Totally insane for me which is just played with my uni mates in Badminton club once upon time. Seems like i'm super noob while played with them just now. Plus, i'm quiet nervous and i didnt play for 4months (i guess), thats made my shot all gone like stuck at the net, and out ball. Seriously, i need to work out for my stamina and play more more more more and more with them. At least i can improve myself :D 
One of memories i had with Monash Uni Badminton Club. Now i join local club name Sri Teratai Bandminton Club..sungguh cantik name. haha. BTW, credit to Cheuk-Ki Chen for this photo
At mamak stall, they was discussing about the movement of badminton players from BAM to KLRC. This is hot news now. You can heard it from news. And also, about Rexy, ex-coach for double men team which had some problem or crisis regarding his train. I dont know exactly what the problem is. But some said, Rexy had some problem with the attitude of men's double. Anyhow, my friends said, it's quiet difficult for malaysia now, seems all this things going up and down. Dont get shock if malaysia didnt win any gold in any badminton open  :D

Monday, 12 September 2011

Celcom Berukband: Dimata Pengguna & Kuasa Pengguna!

Dah 2bulan aku gian nak blogging and sekarang baru dapat lepas try blogger new interface ni. Sakit ati sungguh dengan internet. Ntah ape-ape je celcon Berukband ni. Dah la line tak clear sangat, slow pulak tuh. Aku bace kat internet, memang kene sesumpah la celcom internet ni. Tp kecian pulak...Ahhhh..aku tak kisah. Padan muka ko celcom. Sekarang ni, aku dah dpt blog, nah, aku bagi beberapa bijik.

Celcom Broadband ni dah lama sebenarnya beroperasi, kalau tak salah aku, tahun 2009 lagi. Time tu, internet memang stabil dan speed pon laju. Lame kelamaan, servis 3G makin luas, dan di-upgrade sehinggakan di kawasan hulu pon ade perkhidmatan 3G. Banyak pengguna memilih Broadband ni berdasarkan servis dan bayaran yang murah yang mana mendorong mereka mimilih celcom. Akan tetapi, kelemahan broadband ni terpapar apabila ramai pengguna di satu satu tempat menggunakan perkhidmatan ini. Oleh itu, ramai pengguna akan mendapat 3G, tapi bukan full speed 3G sperti yang dijanjikan. Ini yang menimbulkan rasa tidak puas hati seperti aku ni. Servis 3G, tapi kelajuan tahap dial-up connection. Sakit-sakit....

Makin ramai yang tidak berpuas ati dgn celcom broadband ni, tapi ape boleh buat. Dah sign up 24month. Nak cancel contract pon kene bayar. Ini yang menyebabkan pengguna terpaksa 'stick' pada perkhidmatan ni. Di luar negara, perkhidmatan seperti ini, akan lenyap dan tinggal name sahaja. Kenapa? Dalam hal ini lah kuasa pengguna memainkan peranan penting. Bila pengguna complain mengenai masalah ni, pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah penyelesaian. Sekiranya tiada perubahan, pengguna boleh boikot product ini! Inilah kuasa pengguna. Bila ada kelemahan pada suatu product tu, terus mereka boikot product tu. Tapi di malaysia ni, kuasa pengguna ni sangat lemah. Ini mungkin disebabkan tiada perkhidmatan lain yang membolehkan mereka menukar kepada perkhidmatan tu. Ape boleh buat? Sabar aje lahhh........


Followers