Thursday, 27 October 2011

Rezeki

Dah lama tak main blog. Salah satu alasan yang terbaik, masalah internet yang sangat 'memuaskan'. Bila dah laju je, terus lah blog. Kalau tak, tak ada nye nak blogging. 

Bila cakap tentang rezeki ni, orang akan cakap nasiblah. Benda kita tak boleh rancang dan tak boleh tau. Rezeki ni kerja Allah swt. Allah swt telah aturkan rezeki semua makhluk, sejak alam roh lagi. Nak diceritakan lagi, rezeki ulat dalam batu pon Allah swt bagi (ni cerita Nabi Musa). Rezeki yang Allah swt bagi kepada makhluknya semua sama rata. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Dulu aku ni jahil, ingat rezeki yang Allah swt bagi tu duit sahaja. Bila ada duit, hidup senang. Salah anggapan tu, rezeki Allah bagi bukan tertakluk pada duit sahaja. Hidup senang pon rezeki juga. Ada orang miskin, kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Tapi hidup bahagia. Ada orang kaya, duit masuk 4-5angka, tapi hidup tak pernah senang. Malah duit yang dapat pun tak cukup baginya. 

Pagi tadi lepas aku bangun tido, dalam keadaan mamai lagi. Ade call dari GEMS. Salah satu program kerajaan untuk graduate student. Korang boleh lah pergi laman web GEMS kat SINI Aku dalam keadaan suara macam suara ella gitu, boleh kene interview. Adelah dalam 10-15minit kene interview through phone. Dengan keadaan yang belom prepare gitu, tak mungkin lah aku dapat masuk program tu. Bila dah tengahari, aku dapat email dari GEMS, awal-awal ayat, "Dear Successful candidate,". Pelik jugak aku. Interview pagi, tengahari dah dapat. Bila fikir-fikir, rezeki Allah swt. Aku terima sajalah. 

p/s: Aku dapat placement kat Kota Kinabalu, Sabah. Kalau tak silap, Tuaran Beach Resort. Pergi ajelah. Awal-awal dapat kat Merang, Setiu, Terengganu. Tapi kene lapur diri esok, 27 October. Mampus aku nak cari tiket dari Kuching. Memang tak sempat lah. Call dieorg, tukar tempat. Settle. 2bulan di Kota Kinabalu! Ok bha! 

Sunday, 16 October 2011

My Travel Log : Serikin Sarawak

From Kuching to Serikin. Click to enlarge! 
Hari Sabtu, aku satu keluarga pergi jalan-jalan di Serikin, salah satu tempat popular di kalangan pelancong-pelancong dari semenanjung. Kalau tak pergi ke Serikin, sikda guna kitak datang Kuching. Haa...nak taknak, kena datang juga Serikin ni. Ada apa kat Serikin ni? Kalau kat kelantan tu, Rantau Panjang paling famous, dengan barang-barang murah yang datangnya dari Thailang contohnya baju, alat-alat dapur dan bermacam-macam lagi. Serikin ni lebih kurang sama lah dengan Rantau Panjang, ada jual barang-barang dari Indonesia. Serikin ni sebenarnya dekat sempadan Indonesia. Ramai penjual datangnya dari Indonesia. Kena pandai cakap dan tawar menawar lah. Kalau dari Kuching, perjalannya lebih kurang sejam lah. Rakyat Kuching ni pandu kereta perlahan-lahan, kalau dari Kuching ikut belakang bas, sampai Serikin lah duk ikut bas tu. 

Sebelum ni aku pernah pergi Bandung, Indonesia. Best juga sebab banyak yang boleh shopping. Yang bestnya tentang Serikin ni, kain-kain untuk buat baju kurung pon ade kat sini. Macam kain baju kebaya, yang dah siap pon ada. Baju melayu yang macam dalam cita Ketika Cinta Bertasbih pon ada jual disini. Senang cita macam-macam lah ada. Yang paling penting, tikar serawak. Tikar serawak pon ade kat sini. Kalau pandai tawar, memang dapat murah tikar serawak ni. Orang penjual siap bungkus masuk dalam beg untuk bawa naik flight. Sebenarnya, niat aku pergi kesana nak cari raket badminton, ade cikgu MRSM sorang ni cakap die beli raket badminton kat sana. Pergi lah cari, tapi takde pon. Kot-kot ade jual raket Taufik Hidayat. 

Kat serikin ni panas sangat, jalan pasir, kemudian kedai-kedai ade ditepi jalan sehingga ke sempadan. Lebih kurang satu kilometer juga jalannya. Jangan harap nak dapat bank ATM kat sini. Oleh itu, sila bawa duit banyak banyak. Kalau nak membeli tikar serawak tu, anggaran harga tikar tu dalam RM300. Ni harga paling besar, 9x10 kaki rasenya. Aku pon tak tau sangat pasal tikar ni, tapi parent aku ni dah kenal penjual tikar tu. Siap ambik contact number lagi. Nak tempah mudah, harga pon berpatutan. 

Nak jadikan cerita, adik aku ni nak beli beg. Si penjual letak harga RM75. Aku pon tolong lah tawar-menawar, last last dapat Rm60 je. Bila nak bayar, aku dan adik aku ni siap korek dompet duit lagi, sebab tak cukup duit nak beli. Duit yang ade cuma RM58 je. Si penjual pon terima jelah walaupon tak cukup RM2. Bila nak balik, aku pon teringin nak beli beg sama juga. Cantik jugak beg tu. Tetibe terjumpe beg yang sama kat kedai dalam sikit, bila aku tanye je, die cakap Boleh bagi RM50. Tergelak aku. Then ayah aku siap tawar menawar lagi, dapat lah RM45. Ape lagi, angkut jelah tapi ayah aku bayarkan. Penat lelah aku dan adik aku cari duit nak bayar beg dia. Abis duit dalam dompet tu. Nak bagi pengajaran, jangan beli dulu. Survey harga dulu kat kedai lain. Lepas tu, tawar harga sampai separuh dari harga asal..Haha..lawak-lawak...








Jauh MAHSA Kolej buat marketing. Target orang indon ke? haha



Sila sila lah datang ke Serikin ni. Kalau nak datang, bawa duit banyak banyak, kalau tak, menyesala nanti. Dan jangan lupa bawa topi dan air masak. Panas sangat kat sane...

Thursday, 13 October 2011

Musuh yang nyata!

~Bismillahirahmanirahim~

Aku pon bukannya baik sangat. Kadang-kadang muncul juga kejahatan aku. Bila amalan tak cukup, solat entah ke mana, tiba lah sang-sang penghasut minda. Datang 'cuci' otak. Bila terhuyung hayang, baru nak menyesal. Saat-saat ni lah aku duk cari tempat bergantung. Alhamdulillah, Allah pilih aku wat kerja agama ni. Bukan niat nak dakwah orang, tapi niat nak betul diri. InsyaAllah, bila diri dah betul, orang dicari. 

Source: Google search
Malam markas di Kuching ni hari Sabtu, macam kat Sri Petaling lah. Pergilah aku kesana untuk beriktikaf. Pagi Ahad ada Ustaz bagi bayan (maksud bayan dalam kamus dewan: Ilmu yang menerangkan erti dan maksud perkataan-perkataan dalam Al-Quran), memang ada rohani lah bayan ustaz tu. Dalam bayan tu, Ustaz ni cerita bagaimana setan tipu kita. Salah satu cara dia bagitahu, setan tipu kita dengan kerugian. Kerugian yang macam mane tu? 

Pernahkah kita hendak berbuat baik, contohnya bersedekah, niat nak sedekah RM10, tapi sedekah RM1 je? Aku pernah! Aku tak tipu! Pernah berlaku kat aku. Bila nak sedekah RM10, tiba-tiba je ade yang terpikir, "Eh, duit dah takde lah". Haaa...lepas tu mula lah fikir, nak beli tu lah, nak beli ni lah. Rugikan sedekah RM10. Time tu aku tak sekuat mana, tertipu juga dengan setan. Aku pun bukannya kuat sangat sekarang. Kadang-kadang tertipu juga. Tapi untuk perkongsian. Bila setan tipu yang hal kecil macam sedekah tu, boleh tahan lagi lah. Tapi bila ditipu hal yang besar macam mengerjakan haji, ini yang tak boleh jadi. Dieorang tipu kita rugi pergi haji awal-awal, duit gaji tak dapat. Nak buat tu tahun depan, nak buat ni tahun ni, tak boleh pergi haji lagi. Padahal dah mampu. Kasihan pakcik-makcik. Moga-moga Allah pilih mereka yang belum menunaikan haji. 

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, bila dah terfikir nak buat baik, ikat ketat-ketat niat di hati tu, kuatkan semangat nak laksanakan juga walau apa yang terjadi. Kadang-kadang, Allah nak uji kita juga. Sejauh mana kesungguhan kita nak laksanakan perkara baik tu. Jangan lah tertipu dengan kerugian. Orang Islam didunia ni tak pernah rugi. Buatlah apa-apa pun, asal niat baik kerana Allah. Pasti dan pasti, pahala ganjarannya. 

Saturday, 8 October 2011

Halal Haram dalam Kehidupan

Di kampung aku kat Kota Bharu, ade nenek aku tinggal sorang-sorang kat umah. Nak saje balik temankan die. Hari tu jatuh tangga, licin terpijak ape ntah. Ish ish..Hari balik kampung hari tu, die ade cite pasal halal haram dalam kehidupan kita nih. Tak banyak, sikit sebanyak boleh aku kongsi kongsi. Kalau dah tau, InsyaAllah, ambil peringatan. Kalau tak tau, InsyaAllah kita same-same jaga. Perkara halal haram ni kene jaga. Lebih lebih dalam bab pemakanan. Semua orang tau, makanan halal ape, makanan haram ape. Semua dah pandai. Tapi, sumber yang kita beli tu kene halal juga. Terutama DUIT yang kita dapat tu. 

Source: Google search
Benda ni pon semua orang dah tau kot. Duit yang kita dapat dari sumber yang haram sepertu duit rasuah, duit judi, dan lain-lain sumber yang tidak dihasilkan melalui sumber yang halal. Aku tak pandai jugak dalam bab ni. Bila aku dah keje time kat oz dulu, die tegur lah skit. Waktu keje tu kene jage. Masuk waktu keje, balik keje tepat waktu. Masuk pukul 8pagi, keluar pukul 5petang. Aku pon terpikir jugak lah ape sebabnya. Die pon bagitau, kita dibayar untuk keje dari 8pagi sampai pukul 5petang. Andai kata kita balik awal, or datang lambat keje, bukan ke haram duit gaji yang kita dapat tu? Lewat 10minit, bersamaan dengan brape ringgit? Kalau dah datang lambat, kene ganti balik lah masa yang kita dah terlepas tu. Betul tak? 

Jadi, benda macam ni kita kene jage sebab duit yang kita dapat tu, kita wat beli makanan. Jadi darah daging.  Tak diterima doa kita kalau duk ambik sumber yang tak halal nih. Kalau tak dijaga, masing masing boleh lah check amal ibadah dan akhlak kita. Kalau lain macam je, boleh lah bagi peringatan diri sendiri bagi yang dah keje tu. Kalau yang belom bekerja, boleh lah tegur slow-slow mak ayah kita, kot-kot ade terbuat benda nih. Nak kate ambik rasuah, tak kot. Tu dah tahap jenayah. Cakap elok-elok, ni hal dunia akhirat, boleh buat masuk mahkamah akhirat nanti. Bila kita jage benda halal haram ni, InsyaAllah Allah pelihara kita dari sumber haram yang lain. Ibadah meningkat, doa diterima. Same-same lah kita renungkan dan ambil iktibar. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.... 

Tuesday, 4 October 2011

Maafkan aku...

Maafkan aku.... 
Maafkan aku andai kata diri aku nih tak seberapa menyenangkan hati kalian semua...
Maafkan aku andai kata aku pernah tersalah kata, terkasar bahasa, tertepuk bahu..siapa yang tak punya hati, kalau-kalau gurauan tersentuh hati kalian semua.
Maafkan aku  andai kata keputusan yang pernah aku buat, pernah menyakiti hati kalian semua..
Maafkan aku, andai kata aku pernah menyakiti hati kalian semua.. 
Sungguh pon aku ini seorang insan yang sangat lemah dan hina......
Dan.....
Aku maafkan semua orang yang mengenali aku... 
Dosa dengan Allah, kita boleh bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Tapi dosa dengan manusia, dibawa sampai akhirat. Orang yang amalannya baik, abis amalannya kalau ade orang tak maafkan kesalahan sipulan. Andai tersalah, bersegeralah meminta maaf. Tiada manusia sempurna melainkan Rasullullah s.a.w. Dan jangan sampai kemaafan tertunggak...



Quick Post!

Terjadinya satu perkara kerana asbab (perantaraan) besertakan dengan izin Allah. Semoga kita pilih Allah, bukan asbab. 
p/s: syirikkah kita kalau pilih asbab?  

Monday, 3 October 2011

Trend Movie Malaysia!

Macam-macam isu-isu semasa sekarang nih. Timbul pulak isu movie hantu yang banyak masuk di pawagam yang istimewanya siap di tegur oleh Tun Mahathir. Haaa..jangan main-main. Tun pon pantau jugak movie-movie nih. Aku pon baru perasan memang banyak cerita hantu yang kuar skrang nih. Bila keluar je cite, ramai orang pegi tengok. Macam Khufarat (bukan name movie yang sebenar), ramai yang cakap best, tapi bile je tengok macam macam yang tak logic.. Untung pulak sampai 8juta. Giler tu beb.  Same jugak cite Carrat (bukan name movie yang sebenar), jalan cite kurang memuaskan hati aku nih. Bila dah banyak kali jadi macam ni, timbul lah satu pandangan serong bagi seorang pencinta movie nih. 

Untung or Pengajaran? Kalo tengok awal-awal movie, banyak yang bagi intro ayat Quran lah. Peringatan lah. Macam-macam. Kalau diikutkan, pengajaran tu kuar pada awal movie jelah. Pastu diakhir movie. Mane pengajaran lainnye? Memang lah terdapat dalam cite tuh. Tapi bila tengok cite, plot yang tak best, banyak scene yang tak logic. Ntah ape-ape. Bila keluar scene macam ni, dah tak rase best lah nak tengok. Adakah karyawan-karyawan movie malaysia nih nak lawan cite Indon? Haha..siap ade pari-pari lagi. Jangan lah samapai tahap tuh. Trend movie malaysia ni macam dah nak ikut cite indon dah. Pesanan dari empunya blog nih, buat la cite yang best sikit. Plot cite yang masyuk, scene yang logik, dan pengajaran yang ade. Memang la dinamekan cite terbaekkk. Tapi jangan lah sampai benda yang orang tak pernah terpikir nak wat, dimasukkan dalam cite hantu tuh. Jangan ingat nak buat duit je...

p/s: Ade ke patut nak gi mandi tengah-tengah malam lepas accident yang tandasnya kat luar rumah. Kuar mandi pulak sorang-sorang. Logik ke tak? 

Followers