Kenduri sana Walimah sini, kita jadi tidak tentu dibuatnya. Mujur ada Nazim Gagah yang sanggup temankan kita, kalau tidak tentu saja sendiri berkejar dengan Dabby Nazim Gagah. Maklum saja walimah itu ada datangnya daripada kawan satu madrasah yang sudah bertahun tidak berjumpa. Juga kenduri rakan di alam maya yang tidak pernah bersua. Malah majlis kahwin kawan sekerja yang sudah seperti kakak sendiri Cuma jauh letaknya di kampung halaman hingga tidak dapat kita kunjungi. Sedih jadinya bila saat indah Kak Ida Tulus Ayu Humairah tidak dapat disertai. Kita dengannya laksana dua beradik bergurau senda berkongsi cerita tiada rahsia tetapi masih lagi terjaga batasnya. Maklum saja kita sering dipanggil ‘adik’ yang lagi menambah akrab. Ah, tiba-tiba teringat pada panggilan papa mama dahulu kala.
Ini mahu kita cerita khabar tentang kenduri walimah di sebuah istana hinggap dalam danau indah di tengah hutan taman konkrit kota. Sudah kita janji bukan baiah untuk sampai tiba juga di walimahnya. Memang kita bukan sahabat istimewa malah hanya berkenalan waktu dia sudah mula menghitung 100 hari menunggu walimah. Sudah ada janji dengan teman untuk suka gedik di sana, jadi kita sudah siap sedia dan mengajak Nazim Gagah ikut bersama. Pagi hujung minggu memang indah jika diterus saja tidur hingga Nazim Gagah menjadi seperti nenek kebaya membebel menyuruh kita bangun berlari jog demi membuang selulit lemak. Kita malah tutup dengan bantal pekak telinga. Kemudian kejar itu sentuh ini hingga 30 minit lepas 12 baru kita keluar melangkah dengan Nazim Gagah yang tak sudah membebel seperti nenek kebaya terkena sumpah bunian nur kasih. Menunggu cepat KL merah tiada laju tidak kunjung-kunjung, Nazim Gagah menghentikan beca versi kelantan bahasanya untuk ke pusat bagi segala tunggang di kuala maju penuh lumpur ini. Solat sekejap setelah dibebel Nazim Gagah dan disapa Cik Syarifah Humaira yang mulia sabar dari jauh tentang di mana koordinat kita jua bertanya apa lagi yang boleh ditolong saat begini. Kita yang sudah janji tidak berbaiah dengan adinda tidaklah mahu dianggap munafiq, menolak segala perlawaan. Lalu berkejar kita dengan Nazim menaiki keretapi tanpa pemandu yang pantas cepat ke hentian wangsa yang amat setia. Hendak dijadikan cerita, adinda kita pula sibuk mengurus hantar roti bulat yang dipanggang segar dengan segala macam lauk. Menunggu lebih setengah jam hingga panas telinga dibebel Nazim Gagah barulah nampak kelibatnya. Cik Syarifah Humaira semulia putri jauh emosi daripada Nazim Gagah barangkali puas menunggu dengan teman karib setapak lalu kerap ulang bertanya bagaimana di mana macam mana dan segala mana. Mungkin takut kita hilang ditelan basah hujan tidak sampai jua pada waktu tetap dalam janji. Kita sudah senyum masam kerana mungkir janji dengan orang mulia bahkan seperti datang penyakit tidak menentu menjadi IMS mengalahkan PMS.
Akhirnya sampai juga kita setelah merempit bertiga. Malang sekali tiada lagi insan yang kita kenal, bahkan majlis sudah legang. Maklum saja sudah sampai lambat lantaran susah getir salah silap sepanjang laluan. Duduk kita dengan Nazim lepas mengambil sedikit kuih kerana mengah mengejar rempit.
“Eh, betul ke majlis ini? Entah-entah silap.” Tanya kita pada Nazim Gagah.
“Hah! Apa makna tanya aku. Tengok saja raja sehari, kalau kenal, benar kita. Kalau tidak sungguh malu salah kita.” Kita perhati dari jauh. Tiada kita kenal cam akan wajah raja sehari. Lagipun tiada pernah kita bersua dengan raja sehari sekadar melihat sekeping dua gambar yang kadang-kadang banyak menipu. Hati sudah debar berombak bagai mahu kiamat jadinya.
“Sebentar, aku tanyakan pada Cik Syarifah.” Kita lari keluar berjalan anak-anak bertanya pada hujung mesej dan dia mengiakan. Maka kita masuk semula mengajak Nazim Gagah pergi bersua dengan raja sehari. Mujur ada mulia hati Cik Syarifah yang telah kita mungkir banyak janji meremuk rosak hati baiknya. Mudah-mudahan ada waktu nanti kita jumpa dia dan teman karibnya bercerita maaf dari hati agar tiada salah kita berulang pada mereka yang mulia baik.
Sebaik kita mengutus salam, pantas dia kenal akan kita. Malah kenal juga dia akan Nazim Gagah. Mana tidaknya Nazim sudah popular femes berita harian dengan segala foto yang tentu saja masih tetap tidak boleh melawan fotogedik kita. Entah disampuk bunian atau hantu apa jadah, kita jadi gugup.
“Tidak mahu berfotogedik dengan kami ke?” tanya raja sehari yang memang nampak cantik. Bagai pinang dibelah dua dengan baju butir setar. Ada lagi coklat emas mahal ditangan yang cantik molek dan sedap dimakan. Kita tiada dapat menjawab, lidah kelu bila ditanya sua soalan. Nazim pula hanya tersenyum tanpa bicara hilang semua bebel bagai nenek kebaya. Ah, rasanya Nazim betul-betul sudah disumpah seranah oleh Inang Sari. Nazim Gagah minta diri kerana sudah nampak nasi beriani dengan undang butter yang sedap enak. Tinggal kami bertiga bersembang dengan kita cuba menjadi baik rapat dengan kedua-dua raja sehari. Kemudian kita mengambil potret manis pengantin berdua tanpa fotogedik. Bukan kita tidak mahu berfotogedik dengan pengantin. Tetapi Nazim sudah membebel amaran supaya menjaga tingkah di majlis walimah kerana takut benar kita tidak bertemu jodoh. Sebenarnya kita sudah menggelabah tiada dapat dirawat lantaran ditinggal seorang diri dan tiada pula pernah berbicara bersua enam mata begini. Segera kita minta mengundur diri mahu juga makan nasi beriani dengan pajeri nenas yang memang suka amat kita dengannya. Nazim Gagah yang duduk di sisi meja hias cantik dengan tat nenas tidak lagi menoleh kiri kanan. Bertemu nasi beriani gam liquid paper gunting begitulah jadinya.
Kita segera mendapatkan nasi beriani dengan krutuk daging enak manis berkrim dan duduk di sebelah Nazim yang sudah kenyang habis sepinggan dak. Disuruh kita makan segera kerana nampak gelap awam, bimbang hujan turun tiada dapat kami terus berjalan Adinda sudah tinggal kami makan aman. Maka berjalan langkah kami pulang mestinya. Selesai kita makan terus kami keluar tanpa bersua salam dengan raja sehari yang sibuk melayan sanak saudara teman taulan. Kita tidak mahu banyak kali bersua kerana takut salah tingkah aturnya. Mujur kami keluar mengikut pintu hadapan tidak seperti datang tadi hanya menjenguk di pintu belakang kerana takut segan. Disapa kami ayahanda raja sehari barangkali. Lalu Nazim Gagah berbahasa santun minta diri dan berterima kasih.
“Dah bergambar fotogedik?” soal Nazim sebaik kami masuk ke dalam beca versi Kelantan.
“Tak.” Jawab kita pendek tiada semangat.
“Kenapa?” Nazim beria menanti jawapan.
“Kamu tiada habis mengejar beriani liquid gunting gam paper hingga aku tiada diingat. Bagaimana mahu gambar bertiga jika tiada yang mahu menangkap muat fotonya.” Nazim Gagah gelak besar ketawa hingga supir jeling. Barangkali ingat kami disampuk hantu nenak kebaya.
“Nanti kita ikut sesi foto luar pintu. Takpun tunggu saja aku kahwin esok lusa.” Tiada dapat senyum dengan cadang Nazim Gagah.
“Ah, esok ada lagi majlis walimah. Boleh berfotogedik jika mahu. Aku tak mahu bawa kamu, nanti ditinggal aku tanpa fotogedik. Esok bukan saja nasi beriani gam gunting liquid paper pensil tapi siap ada rusa seladang kerbau kambing semua.”
“Wahai Ibnu Zainal, sila betulkan niat kamu. Hadir walimah bukan makan dan fotogedik tujuannya. Mahu meraikan raja sehari majlis mulia lagi menjunjung sunat Rasulullah.”
“Ya, aku tahu.” Kita diam membetulkan balik niat. Mudah-mudahan raja sehari kekal bahagian hingga ke syurga. Hidup penuh aman harmoni. Doakan juga kita lekas bertemu dan sampai jodoh rezekinya.
Kita juga baru berangkat pulang esok. Nazim pula terbang malam ini. Maafkan kami berdua kerana selalu bercerita bebel hingga menghunus sakit hati orang baik mulia semua. Mudah-mudahan Aidiladha baik untuk kalian semua. Sentiasa diberkati Allah rezekinya.
