Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Thursday, December 30, 2010

Rentetan 2010
Wanie10:00 PM 2 comments

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya. Pelbagai peristiwa telah berlaku diseluruh dunia pada tahun ini. Ada yang menggembirakan dan ada juga yang menyedihkan. Walaubagaimanapun, suatu perkara yang amat ketara sepanjang 2010 ini ialah bencana alam yang begiu banyak berlaku di seluruh dunia, tidak kira sama ada ia bencana alam semula jadi atau akibat kecuaian manusia. Dianggarkan setengah juta penduduk dunia terbunuh akibat bencana alams sepanjang tahun ini.
"Sumber : Berita Harian 20 Disember 2010 m/s : 18"

salam semua...

2010 bakal menutup tirainya tidak lama lagi...kalau kita melihat kepada kisah dunia, terdapat byk peristiwa & bencana alam yang berlaku pada tahun ini( petanda dunia akhir zaman). Namun begitu bagi wanie, byk kisah suka duka wanie pada tahun ini. Jom kite review sepintas lalu agenda² yang telah berlaku sekitar pada tahun ini.

# January
* Genap 2 tahun wanie bekerja as pensyarah & 1 tahun as coordinator DIT programme @ KTB. =)

# February

* xde event sgt kut, sibuk prepare utk my wedding. =)

# Mac

* K'na's Wedding (14/3)


* Lawatan Ibu Tutty, Rektor UIA Jakarta, Indonesia ke KTB( 15/3)


* Bengkel Penilaian & Peperiksaan SEM II 0910 @ UTM (30/3)

# April

* Alya's Wedding


# May

* Majlis Akad Nikah - Me & Abang (29.05.2010)

* Majlis Resepsi - Me & Abang (29.05.2010)

* Acara Santai - Majlis Resepsi - Me & Abang (29.05.2010)

# June

* Majlis Sambut Menantu @ Chukai, Kemaman (5/6)

* Dinner bersama Hj. Zul ex-TKEA KTB (14/6)

* Majlis Sambut Menantu Wan @ Chendering, K. Terengganu (17/6)

* Bengkel Persediaan Pengajaran & Pep @ UKM (29/6)

# July

* Bengkel Persediaan Pengajaran UPM-IPTS (1/7)
* Seminar 1 Hari (31/7)

# August

* Bengkel P & P @ UTM (4/8)
* Ramadhan

# September

* Aidilfitri (10/9)

# October

* Bengkel P & P @ UTM (12/10)
* Majlis Doa Selamat (22/10)
* Keberangkatan parent wanie ke Tanah Suci Makkah (26/10)

# November

* Majlis Anugerah Kecemerlangan SISWA 2010 (1/11)
* Aidiladha( 17,18/11)

* Engagement Ayah Chik (19/11)

* Along Birthday Party (20/11)

* Wedding Syidah & Aznan (20/11)

# December

* Family Day @ Bukit Gambang Resort City (10-11/12)

* Majlis Perkahwinan kak chik (12/12)

* Pelantar minyak terbakar( Bekok C) 13/12
* Kepulangan parent wanie ke Tanah Suci (17/12)
* Birthday Abah Adam (25/12)
* Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 di Stadium bukit Jalil (26/12)

* Malaysia menewaskan Indonesia 4-2 di Stadium Jakarta, Indonesia (29/12)

Begitulah antara agenda2 di tahun 2010 yang sempat wanie post kat blog.. di harapkan semoga 2011Masihi ini dapat mempertingkatkan lagi amalan ibadah kita dalam seharian, insya ALLAH & juga dapat mengecapi impian yang diimpikan.. =)

Ahad ni Terengganu dapat merasai cuti yang diberikan oleh PM hasil kemenangan Malaysia pada Piala Suzuki kelmarin.. thanks PM!! Wanie pun xde plan sgt weekend ni memandang skrg ni musim ujan.. ni pun ujan x berhenti lagi since petang tadi..

Setakat tu je la entry wanie kali ini.. selamat berweekend & selamat tahun baru 2011 Masihi buat semua pembaca blog wanie yang tak seberapa ni..

wassalam..






Monday, December 27, 2010

will update
Wanie8:08 AM 2 comments

salam..

will update soon.. tgk kumpul coretan utk soroton 2010.. nntkan.. =)

wassalam...

Sunday, December 19, 2010

tahniah.. for new born baby
Wanie10:13 AM 2 comments

salam...

firstly nak ucapkan tahniah for new born baby utk opismate(sebilik dgn wanie) iaitu kak saba yang telah selamat melahirkan cahaya mata yang ke-3 - baby boy..pada hari selasa 15/12 jam 9.28mlm minggu lepas & tahniah juga diucapkan pada kak faryza yang jugak telah selamat melahirkan putera yang ke-2 semlm jam 7.30 mlm.. tu pun wanie tau dari blog kak huda.. =) alhamdulillah..

ramai juga kengkawan yang dah selamat bersalin bulan 12..

secondly, syukur ke hadrat Ilahi, parent wanie selamat tiba di LTSM, K. Terengganu jam 2.40ptg jumaat lalu (17/12).. penerbangan sepatutnya tiba jam 3.00ptg.. alhamdulillah tiba 20 minit awal.. alhamdulillah.. ketika dilapangan terbang.. pelbagai ragam dapat dilihat.. ada yang menangis kegembiraan , ada yang senyum kegembiraan.. sesampai jemaah tiba di airport mereka dibawa ke bilik khas aras 2 memandang ada taklimat akhir dari YB + Tabung Haji + Agent bagi lagi air zam-zam 5 liter for each jemaah... dalam 3.30ptg baru la jemaah dilepaskan kepada waris2 keluarga masing2.. alhamdulillah wanie jumpa parent wanie.. salam & peluk,cium parent wanie.. then bertolak balik ke setiu jam 4.30ptg & selamat sampai setiu jam 5.30ptg..
sampai je dekat umah tgh ramai sanak-saudara yang duk dekat2 umah + anak2 kecil ada di halaman umah menyambut ketibaan kami.. wahhhh.. sgt meriah..mcm nak sambut pengantin pun ada (cecece.. mengimbau kenangan wedding hr tu plak)..cuaca plak ptg tu hujan rintik2.. syahdu pun ada..then kami semua naik atas umah..alhamdulillah ada ' orang kuat keluarga' dah tolong sediakan/hidangkan makanan.. thanks a lot to kak yah, moksu na, kak ngah & kak jah yang menyediakan juadah petang tu.. antara menu petang tu :

* nasi putih
* ikan siakap sweet sour
* singgang ikan
* masak lemak kuning ikan
* kerabu paku-pakis ( wanie makan sekit je sebab paku-pakis ni sejuk)
* sambal belacan
* budu =)
* ulam-ulaman
* teh'o panas

then sedara-mara balik b4 maghrib .. ada jugak la kak nawang n che da yang balik lepas isyak.. letih jugak la kami hr tu..

rasenye setakat tu je la entry wanie kali ni... actually byk lg nak cite.. tp wanie hold dulu ye.. nak cite skali upload gambar rasenye baru best lg kan.. nnt kan entry seterusnya.. thanks for reading blog wanie yg x seberapa ni..

salam sayang semua...

Monday, December 06, 2010

tak sihat la cikgu..
Wanie6:19 PM 0 comments

salam..

hr ni wanie MC lg.. aduhai..kesahnya bermula apabila wanie lambat lunch kelmarin.. time lunch wanie -jam 1-2ptg tu wanie maseh kenyang lg.. lg pun kelmarin ade pendaftaran pelajar lama program DIT di bilik wanie, so wanie xleh ke mana-mana la memandang duk tunggu pelajar register.. so balik umah baru makan.. balik umah plak angah ade belikan laksam .. so wanie pun makan la.. then lepas maghrib rase senak semacam je perut+ rase loya+sakit kepala.. ya ALLAH.. sakitnye tuhan saja tahu, then wanie sapu2 dengan minyak yu yi.. tahan la skit..then wanie makan malam dengan nasi goreng sardin yg angah buat..

tdo mlm semalam pun rase x selesa jugak, kejap2 terjage, kalo terjage mesti rase loya tp x nak muntah plak.. sapu minyak yu yi lg.. then bangun subuh + mandi, time bfast pun rase loya jugak, makan roti pun suku juga.. wanie masuk bilik then baring2 sambil duk sapu2 lagi minyak yu yi.. akhirnya wanie terlelap.. sedar2 jam 8.30pg.. memang x larat rasenye.. so wanie just sms KJ wanie n roomate opis wanie yg wanie MC hr ni.. lepas tu rase sakit perut n terus ke toilet.. 4,5 kali jugak la ke toilet tu.. then angah wanie bawak wanie p jumpe doc jam 10.30pg.. then doc cakap pasni time makan kene makan jugak walaupun rase kenyang, takut jadi gastric.. pic bawah ni antara ubat yg doc bg


then pas jumpe doc, balik umah lunch(makan nasi 3 suap je) + solat zohor + makan ubat +tdo until jam 5ptg.. then bgn tdo solat asar n rase lapar, tgk nasi n lauk2 lain mmg xde selera... last2 mintak angah tolong watkan sup ayam + nasi air.. harap2 boleh masuk la dalam mulut.. sambil2 duk type entry ni wanie makan buah epal.. alhamdulillah nasib baik buah2-an boleh masuk dalam mulut ni.. jap lagi insya ALLAH kita akan memasuki tahun baru hijrah..


Doa Hujung Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


setakat itu sahaja entry wanie.. selamat menyambut Maal Hijrah 1432H.. semoga kita semua dibawah lembayung rahmat & keberkatanNya.. insya ALLAH..

salam sayang...

Thursday, December 02, 2010

Top Referrer blog
Wanie1:19 PM 2 comments

Salam..

Hari ni waktu lunch ni wanie x balik ke rumah, so duk saja di opis menunggu waktu pulang jam 3.30ptg nnt.. so sambil² dukjenguk² blog tu, wanie p dekat blog kak huda, die join contest dekat blog NIA...(sama nama dgn ringkasan nama adik wanie - Nur Ilham Aliyaa /NIA)..hehehe.. so wanie pun p la blog NIA.. then blog NIA ada buat contest Top Referrer blog.. wanie pun teringin la nak join (1st time ni join) - menang atau kalah wanie tak kesah sebab nak cari pengalaman join contest through blog... =) wanie ikut je arahan utk join Top Referrer blog ni.. maklumat lanjut klik sini ye.. =)

hari ni dah hari kedua bulan December.. pantas mas berlalu.. minggu depan dah masuk tahun baru Hijrah & bulan depan dah masuk tahun baru Masihi... esok & lusa weekend.. plan nak kemas2 umah, nak try masak nasi ayam.. =)

setakat tu je la enrty kali ni..

salam sayang...

Wednesday, December 01, 2010

16 hari lagi.. insya ALLAH..
Wanie9:19 AM 0 comments

salam semua..

insya ALLAH 16 hari lagi parent wanie akan pulang... kelmarin seharian wanie di opis kepala wanie berdenyut(1st day period-sebelum ni xpenah plak kepala ni berdenyut kalo datang period), time buat kelas revision pun wanie terpaksa duduk & mintak student tuliskan jawapan dekat whiteboard, ade jugak la wanie perlu berdiri & perbetulkan jawapan student di white board tu.. time drive pun tahan jugak la..ingat nak mc..tp memandangkan baru je coti 2 hr lalu, so cancel je niat nak mc tu...aduhai

semalam dalam jam 9.30mlm.. mama ade call.. cakap ngan angah jela memandangkan time mama call tu wanie agak kepenatan & mengantuk..mama & abah insya ALLAH akan ke Madinah pada 8.12 & stay sehingga balik ke Mesia.. then mama ade postkan lagi 2 kotak sejadah, setakat ni dah sampai 3 kotak(sejadah,ketayap,kekacang) + 3 tong air zam-zam dekat umah.. =)

alhamdulillah hr ni dah ok skit, ceria la hr ni p keje coz kelmarin seharian kepala berdenyut... erm, antara tentatif minggu depan:

5/11(ahad)
- pendaftaran pelajar lama program DIT, pendaftaran pelajar baru nursing di KTB..

6/11(isnin)
- Wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) nak datang melawat KTB utk penaiktarafan UC Bestari

7/11(Selasa)
-Awal Muharam " Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah - 1432H"

8/11(Rabu)
- Revision Class

9/11(Khamis)
- Revision Class

10/11(Jumaat) - 12/12 (Ahad)
-Off to Kemaman-> Gambang Water Park

Tu jela perancangan setakat ni.. moga semuanya berjalan dengan lancar.. insya ALLAH. amin..

Wassalam...



Monday, November 29, 2010

18 hari lagi..
Wanie7:53 PM 4 comments

salam semua..

mesti tertanya-tanya ape yg 18 hr lagi kan.. erm, 18 hari lagi parent wanie nak balik.. insya ALLAH ..=) kebanyakan jemaah haji Malaysia ada sudah pulang sejak 23hb Nov hr tu lg.. x sabar menunggu kepulangan yang dinanti..

angah wanie dah selamat sampai umah pada 26hb(Jumaat pagi) ..alhamdulillah

weekend br ni en hubby balik ke setiu, kelmarin baru balik kemaman...so sepanjang weekend br ni antara xtxt ialah :

jumaat(26/11)
- amik angah di tepi jalan jam 4.00pg dgn en hubby
-p K.Trg lepas solat Jumaat , p EonCap ATM+Masjid Kristal+Chabang Tiga+Giant

sabtu(27/11)
-p pasar tani, p umah kak yah jap

ahad(28/11) - offday
-p JPJ Besut - renew lesen dari P ke Lesen Penuh.. hoorayyy!! =)
- en hubby balik Kemaman

isnin(29/11) - offday
- p pasar -beli barang2 utk wat laksa penang, PKT
-rehat2 kan diri

insya ALLAH esok masuk keje.. setakat tu je la posting wanie kali ni..

salam mesra..

Friday, November 19, 2010

Jumaat dah hari ni...
Wanie12:48 PM 2 comments

Salam semua..

Pantas masa berlalu, dah jumaat dah hr ni..dalam 28 hr lg parent nak balik.. insya ALLAH.. lepas maghrib rabu baru ni, mama ade sms ngan wanie..

Mama : Salam, raya d mana? Mama la nie duk d Mina. Esok pg lepas melontar trs blk ke Mekah sbb buat nafar awal.

Wanie : Salam mama, raya d kg buloh je sbb abg long kene p offshore seminggu. angah dkt SP. Tgh hr td mkn dekat umah mak che da -che da buat korban seekor lembu.esok umoh pokngoh plak buat korban jugak. hr jumaat lps solat jumaat konvoi p jabi - ayah chik bertunang.

Mama : ok.. bertunang 2 nk g jugak ke? Sape yg ajak?

Wanie : Ayah chik & mok su Na ajak td kebetulan die nak tumpang kek dkt peti ais dekat umah kite. Mok su Na naik kete ngan along nnt.

Mama : Ok. Nanti along kirim slm semua. Adik buat apa?

Wanie : ok. InsyaALLAH. Adik baru je p umah mok su Na. Ada blake anak2 mok su Na..

Mama : Ok. take care. ASSALAMUALAIKUM..

Lepas sms ngan mama, bergenang jugak airmata ni.. tapi wanie kuat & tabahkan hati demi adik2 wanie.. =)

Pagi kelmarin wanie call mak mertua plak utk bertanya khabar.. lama jugak la bersembang dalam 10 minit.. =)

hr ni wanie kemas2 dapur je.. pas jumaat nak siap2 utk konvoi ke Jabi - ayah chik bertunang.. moga selamat semuanya.. insya ALLAH.. setakat itu sahaja..

Salam sayang...

p/s : to kak faryza.. moga akak bersalin lepas hubby akak balik ye..
to kak Huda .. tahniah dapat byk hadiah.. =)

Wednesday, November 17, 2010

Happy 'Eidul Adha
Wanie4:55 PM 0 comments

salam semua

alhamdulillah, hr ini masih lagi dipanjangkan usia. Semoga berada dalam nikmat Iman & Islam serta dibawah rahmat & keberkatanNya.. insya ALLAH..

syukur alhamdulillah, hr ni wanie & adik2 sini dapat merayakan 'Eidul-Adha buat sekian kalinya.. walaupun tanpa mama & abah yang kini jauh di Tanah Suci.. & en hubby yg kini berada di offshore..

pagi tadi wanie bangun awal sekitar jam 5.45pg, bgn solat subuh & terus p dapur siapkan juadah utk sarapan dipagi raya (panaskan gulai ayam yg wanie buat kelmarin+goreng mee+goreng kepok keping+ teh panas+ letak kueh tat telur dalm bekas)... =).. then mandi sunat raya.. dlm jam 8.++ wanie & adik ke surau bg menunaikan solat sunat raya.. alhamdulillah..

balik rumah.. wanie & adik makan pagi + mok su na bg plak juadah nasi minyak.. lepas zohor, wanie, adik & amirul(anak moksu) ke umah mak che da di seberang sungai menikmati makan tgh hr.. time wanie nak balik, che da kirim lauk sup ayam, gulai daging plak.. katenye utk makan malam.. alhamdulillah.. rezki hr ni..

so petang ni wanie lepak2 aje di rumah.. sabtu ni plan nak ke wedding syidah, tp tgk la keadaan macam mane ye.. insya ALLAH..

last sekali wanie nak ambil kesempatan ni mengucapkan Salam 'Eidul-Adha kepada semua muslimin & muslimah di seluruh dunia.. (wanie ade wish jugak dekat FB...check it out! ) =)

eid-ul-adha-02.gif


setakat itu sahaja coretan wanie di petang yg mulia ini.. salam sayang utk semua..

Friday, November 05, 2010

~ weekend ~
Wanie10:05 AM 0 comments

salam

hari ni dah jumaat dah.. & happy deepavali bagi mereka yang merayakan perayaan ni

so far wanie, suami & adik2 sini alhamdulillah sihat.. mama & abah di Tanah Suci pun alhamdulillah sihat...

cuaca plak sini sekejap ujan & panas tp pagi jumaat ni nampaknya sang suria masih senyum memancarkan cahaya nya.. alhamdulillah..

hr ni wanie & alif just nak kemas2 umah n jap lg nak p beli barang2 dapur.. en abg tak pulang sini memandangkan esok die keje & minggu depan katenye akan ke offshore..

rasenye setakat tu jela entry wanie hr ni..



salam sayang...

Saturday, October 30, 2010

cerita utk dikongsi..
Wanie2:05 PM 1 comments

salam

dah lama x post, byk cerita nak dikongsi..

pertamanya..my mama & abah telah selamat ke Makkah pada hr Selasa lepas utk menunaikan fardhu haji.. semoga mama & abah selamat di sane dlm mengerjakan ibadah dan selamat kembali di sini.. insya ALLAH..

keduanya, kat sini nak masuk musim ujan.. hari2 ujan cuma x brape lebat lagi.. kadang2 tu ada jugak la sang mentari masih senyum memancarkan cahaya di bumi setiu.. =)

ketiganya..nak masuk demam final exam.. insya ALLAH minggu ni final exam bg program kerjasama UPM,next week program kawalselia UKM & test 2 program kerjasama UTM.. diharapkan semuanya berjalan dengan lancar... insya ALLAH..

setakat tu saje yg sempat dikongsikan bersama..tata.. =)

Saturday, October 16, 2010

Tak sihat cikgu....
Wanie7:11 PM 3 comments

salam..

kelmarin (15/10) ke Dungun & Kemaman.. bertolak jam 6.30 pg dengan family then bfast di Chendering..singgah di umah mertua + jumpa hubby jam 11 pg then ke Felda Kerteh 01 & 04.. bertolak balik ke Setiu jam 6ptg.. tiba di Setiu jam 10mlm..time perjalanan balik ke Setiu, rase x sedap badan dah.. kejap sejuk..kejap panas je badan ni.. balik je umah terus makan ubat & tdo..



hr ni jage awal dlm jam 5pg.. then tunggu subuh & makan ubat & sambung tdo lg until jam 9pg.. bfast makan roti canai telur pun skit je coz x sedap mulut.. kepala rase berat + hanyut je.. mkn ubat & rehat.. mula nak selsema plak..aduhaiii..makin melarat je selsema ni.. ngadap lappy jap.. tgk ape yg patut & sempat posting entry dekat blog.. kalo melarat jugak selsema + demam mlm ni esok kene MC la jawabnye.. =(

okla.. x larat nak type panjang2.. salam sayang semua

Wednesday, October 13, 2010

Miss Him
Wanie9:46 PM 2 comments

Dah masuk seminggu abang kat offshore...

hari sabtu & kelmarin(time wanie kat UTM, KL) abg call..tu pun sekejap je leh cakap..rindu sgt.. x sabar nak tunggu 15/10 ni..

always miss u my dear..

Thursday, June 24, 2010

kembali bz
Wanie9:16 AM 0 comments

salam

alhamdulillah wanie dah mula bertugas 13 jun yg lalu.. masuk je opis.. ade 2,3 hadiah atas meja.. alhamdulillah.. then tgk2 keje yg perlu dibereskan utk semester akan datang..

16 jun (rabu) wanie half day coz sgt bosan berada di opis memandangkan opismate-kak saba ke KL utk meeting LAK program kerjasama UTM di Jalan Semarak, K. Lumpur.. hari khamis (17 Jun) wanie ambil cuti pelepasan COPPA.. ptg nye wanie & kak cik ke wedding Wan Norleha & Faizan di Jalan Pasir Panjang


Wan Amir, Kak Cik, Kak Ziela, Ayu & Me (credits to Kay - husband Kak Ziela to snap this pic)


then lepas p wedding wan, singgah solat zohor dulu dekat surau berhampiran. dalam jam 4 br bertolak balik ke Dungun..alhamdulillah selamat sampai umah kak cik dalam jam 5.05 ptg.. then wanie stay sane jap + solat asar until jam 6.50ptg br la abang wanie dtg ambil wanie kat umah kak cik.

then kami berhenti utk solat maghrib dekat masjid jamek Kerteh, then singgah MacD coz wanie dah kelaparan time tu.dalam jam 9mlm ber tolak ke Chukai, Kemaman.. dlm jam 9.45mlm br sampai umah mertua.. alhamdulillah

ahad pagi (20 Jun) abang wanie hantar wanie ke umah kak cik dalam jam 7pg.. sampai umah kak cik dalam 8.15, then 8.30pg bertolak balik ke KTB.. sampai dalam 10.44pg then terus masuk keje (disebabkan masuk lmbt jadi kene topup 'masa balik' dalam minggu ni kalo masuk lambat)

ptg selasa (22 jun) ade meeting kelab k/tgn .. wanie as S/U must attend this meeting..byk perkara jugak la yg dibincangkan.. start meeting 2.45 ptg until 4.45 ptg

rabu & khamis (23-24/6) ade final exam semester pendek DIT-UKM seramai 24 org.. Dr. Nazlia mengawas exam kali ni.. =)

insyaALLAH abang akan balik ke sini hari ni.. drive carefully ye abang...

ahad depan (27 Jun) ade intake KTB kali ke dua.. bz plak la menjaga kaunter..

hmm.. insyaALLAH minggu depan hari isnin bertolak ke KL coz selasa(29 Jun) ade bengkel pengajaran di UKM then stay utk bengkel UPM (1 Julai).. sangat busy memandangkan kuliah akan bermula tidak lama lagi

sekian shj coretan kali ni..

salam sayang..

Monday, June 14, 2010

Gambar Dinner bersama bekas TKE-Akademik Hj Zul
Wanie11:40 AM 2 comments


Me, Abang, Noraini & husband



Me & Abang - muka me sgt 'cerah' dgn flash camera Kay



pic ramai² bersama-sama Tuan Hj Zulkifli - Baju batik Oren



Me & Kak Zila

Tuesday, May 18, 2010

taklimat...taklimat..
Wanie4:00 PM 0 comments

salam..

xtvt @ opis hr ni

7.38 pg : punch card
8.30 pg : lapor diri di UPP utk mengawas exam UTM
9 - 11.30 pg : waktu berlangsung final exam UTM
11-1.30 pg : taklimat umum akademik ( mase kat dewan teater, time en hanafi perkenalkan penyelaras setiap program, turn perkenalkan wanie, en hanafi siap umum lg majlis wedding dekat budak² baru - wanie malu² kucing + muka wanie dah merah + budak² baru n fasi² tepuk tangan..hikhik..- dlm hati wanie 'xpe la bende baik nak bg tau, ape salahnye kan' =) )

1.30 - 2.30 ptg : rehat + solat zohor
2.30 - 3.45 ptg : penyelaras beri taklimat program setiap pelajar di bilik² yg telah ditetapkan
3.45 - 4.15 ptg : posting dekat blog + FB.. hikhik..

jam 4.45 ptg nnt nak balik & singgah dekat kedai kak ct, coz nak bg kad undangan, then nak carik box besar yg comel and beli brg² dapur skit.. ( tetiba rase nak mkn ayam goreng)..

okla..setakat ni dulu entry wanie kali ni.. salam sayang..

Sunday, May 16, 2010

menghitung hari
Wanie4:01 PM 2 comments

salam..

time wanie post ni tinggal 13 hr lg sebelum majlis perkahwinan wanie.so far persiapan alhamdulillah dlm 87 % dah la..cume kerja² berikut je yg belum settle :

* hiaskan bilik pengantin (perabot utk bilik pengantin br je angkat & susun ptg kelmarin)
* kanopi ( ni may be pasang hr jumaat - 28/5)
* pinggan/mangkuk (ni pun kak pa bawak 28/5)
* hiasan utk tepi² tangga umah(28/5)
* pelamin (28/5)
* hantaran yg last minit (mcm kek, sireh junjung yg fresh, buah²an) - 28/5
* baju sanding laki (weekend ni insyaALLAH siap)
* double check ape brgan utk dipakai mase majlis+pelamin

tu je la update kali ni.. sekian

** sejak ade facebook ni mungkin ramai blogger x berblog dah termasuk la ngan wanie.. =)

Thursday, May 13, 2010

Kad Jemputan
Wanie3:09 PM 2 comments

Salam..

Saje je nak upload gambar kad undangan perkahwinan kami.. menghitung hari... =)

Harapnya majlis berjalan dengan selamat & lancar.. amin..

Thursday, April 01, 2010

welcome.. welcome...
Wanie2:29 PM 1 comments

salam

welcome to my 3rd blog...hehehe

sorry blog yg kedua tu wanie x bley nak login dah..dah lupe password..adeh..