Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Friday, September 06, 2013

Apa Maksud Satu Hidangan?
Wanie7:30 AM 3 comments

Berikut adalah beberapa contoh 1 sajian untuk bijirin dan produk bijirin, buah-buahan, sayuran, daging dan alternatif serta susu dan produk tenusu:




Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, September 05, 2013

Resepi Kanak - Kanak : Smoothie Kacang Soya
Wanie7:30 AM 0 comments

 (Hidangan untuk 3 orang)

Bahan  - Bahan :

250 ml (1 cawan) susu kacang soya
100 g (1 biji) pisang, dibuang kulit dan dipotong
100 g (1 biji) epal, dibuang biji
179 g (1 biji) kiwi, dikupas kulit

Smoothie Kacang Soya

Cara Memasak :

1. Kisar kesemua bahan bersama dan hidangkan sejuk.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, September 04, 2013

Resepi Kanak - Kanak : Jus Tropika Hawaii
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan untuk 6 – 8 orang)

Jus Tropika Hawaii


Bahan - Bahan :

230 g (1 biji sederhana) mangga masak
135 g (1 biji) oren
130 g (1 potong) nanas
600 g (1 biji sederhana) betik
325 g (1 biji sederhana) jambu batu
250 ml (1 cawan) air
8 ml (½ sudu makan) madu (ikut pilihan)
Beberapa kiub ais

Cara Memasak :

1. Kupas buah-buahan dan buang semua biji. Kisarkan buah-buahan dengan air.
2. Tambahkan madu secukup rasa.
3. Masukkan kiub ais dan hidangkan segera.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, September 03, 2013

Resepi Kanak - Kanak : Susu Kocak Pisang "O"
Wanie7:30 AM 0 comments

 (Hidangan untuk 3 orang)
Bahan - Bahan :

250 g (1 cawan) susu rendah lemak
200 g (2 saiz sederhana) pisang masak, dipotong
kepada ¼ inci tebal
125 ml (½ cawan) jus oren, diperah segar
150 g (1 cawan) yogurt
Gula perang secukup rasa

Cara Memasak :

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
2. Tutup dan kisar selama 45 hingga 60 saat sehingga rata.
3. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan sejuk.


Susu Kocak Pisang "O"
Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, September 02, 2013

Resepi Kanak - Kanak : Muffin Walnut Lobak Merah
Wanie7:30 AM 0 comments

12 biji mufin (Hidangan untuk 6 orang)

Bahan - Bahan :

240 g (1¾ cawan) tepung naik sendiri
½ cawan kacang walnut, dikisar
120 g (1 cawan) lobak merah, diparut
125 ml (½ cawan) susu segar atau yogurt
2 biji telur, dipukul perlahan
120 g (½ cawan) mentega
3 g (1 sudu teh) serbuk penaik
3 g (1 sudu teh) serbuk kulit kayu manis
100 g (½ cawan) gula perang
2 ml (½ sudu the) esen vanilla atau vanilla asli 

Muffin Walnut Lobak Merah

Cara Memasak :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C. Sapukan dulang pembakar dengan sedikit mentega atau minyak dan lapiskan dengan bekas mufin.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis ke dalam mangkuk. Masukkan telur, mentega dan susu dan pukul sebentar sehingga sebati dan lembut.
3. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan gula perang, lobak merah parut, kacang walnut dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan campuran telur ke dalam campuran lobak merah. Gaulkan sebati menggunakan sudu kayu sehingga sebatian menjadi sedikit berketul dan tidak terlalu cair.
5. Tuangkan adunan ke dalam dulang mufin dan bakar selama 20 minit atau sehingga penguji kayu dikeluarkan bersih.
6. Sejukkan dulang mufin selama 5 minit sebelum dipindahkan ke rak kek.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.
 
Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, September 01, 2013

Resepi Kanak - Kanak : Biskut Aprikot Bijirin Penuh
Wanie7:30 AM 0 comments

60 biji biskut (Hidangan untuk 12 orang)

Biskut Aprikot Bijirin Penuh

Bahan - Bahan : 

175 g (1½ cawan) tepung gandum
60 g (½ cawan) tepung jagung
60 g (2 cawan) bijirin emping jagung penuh, dikisar halus
60 g (2 cawan) bijirin gandum penuh, dikisar halus
150 g (1 cawan) aprikot kering, dicincang
150 g (¾ cawan) mentega atau marjerin
100 g (½ cawan) gula kastor
5 g (1 sudu teh) serbuk penaik
5 ml (1 sudu teh) esen vanilla
1 biji telur
Untuk kepelbagaian: hias dengan kekacang (cth: kacang gajus, badam) atau ceri

Cara Memasak :

1. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik. Masukkan bijirin emping jagung
penuh, bijirin gandum penuh dan aprikot cincang. Gaul sebati dan letakkan di tepi.
2. Gaul mentega, gula dan esen vanilla sehingga menjadi krim lembut. Masukkan telur dan pukul
sehingga sebati.
3. Masukkan tepung ke dalam sebatian mentega dan gaulkan rata sehingga membentuk doh.
4. Leperkan doh setebal 1 cm dan potong menggunakan pemotong kuih dengan bentuk yang disukai. Susun doh di atas dulang pembakar yang telah digris dengan sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri.
5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 18-20 minit atau sehingga perang keemasan. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, August 31, 2013

Resepi Kanak - Kanak :Tat Tomato Berkeju
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan 4 -6 orang)

 Bahan - Bahan :

1 paket roti pita/tortilla
120 g (1 cawan) parutan keju
135 g (½ biji) timun kecil, dihiris nipis
25 g (1 biji) tomato, dihiris nipis
25 g (1 biji) bawang merah, dicincang
13 g (1 sudu makan) minyak zaitun
15 g (1 sudu makan) mentega
8 g (1 sudu teh) thyme kering (ikut pilihan)
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak :

1. Panaskan ketuhar pada 200°C.
2. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali di bawah api sederhana sehingga mentega cair. Masukkan bawang dan timun, teruskan memasak dan kacau sehingga sayur-sayuran masak. Tambahkan thyme, garam dan lada sulah secukup rasa.
3. Letakkan roti pita/tortilla di atas dulang pembakar. Tuang campuran inti bawang dengan rata di atas roti pita/tortilla, dan biarkan 1-2 inci bahagian hujungnya.
4. Taburkan tomato dan keju dengan rata di atas campuran inti. Bakar selama 15 minit atau sehingga roti pita/tortilla keperangan dan keju mencair.
5. Keluarkan daripada ketuhar dan hidangkan. 

Tat Tomato Berkeju
Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.
Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, August 30, 2013

Resepi Kanak - Kanak : Jejari Ayam Ranggup
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan 5 -6 orang)

Bahan - Bahan : 

360 g (1½ cawan) daging ayam, dibuang kulit dan tulang
200 g (2 cawan) emping jagung, dihancurkan
1 biji telur
8 g (½ sudu besar) mustard
1 sudu teh madu
Sedikit tepung gandum
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sos cili atau tomato (ikut pilihan)

Jejari Ayam Ranggup
Cara Memasak :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 230°C. Potong ayam menjadi jejari sepanjang 4 inci. Saluti jejari ayam tersebut dengan tepung.
2. Di dalam mangkuk, campurkan telur, madu, garam dan mustard. Di dalam mangkuk yang lain, gaulkan emping jagung bersama lada sulah.
3. Celupkan jejari ayam ke dalam campuran telur. Kemudian, masukkan jejari ayam tadi ke dalam campuran emping jagung dan sadurkan dengan rata. Susun jejari ayam di atas dulang pembakar yang diletakkan pelapik kertas.
4. Bakar dalam ketuhar selama 12 minit, atau sehingga jejari ayam menjadi kuning keemasan.
5. Hidangkan bersama sos cili atau tomato.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

 Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, August 29, 2013

Resepi Kanak -Kanak : Biskut Lapisan Sayuran
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan untuk 4 orang)

Biskut Lapisan Sayuran

Bahan - bahan :

8 keping biskut, saiz kecil
125 g (½ cawan) yogurt
54 g (1 cawan) daun salad, dipotong mengikut
saiz biskut
30 g (¼ cawan) lobak merah, diparut
36 g (1 keping) keju, dibahagikan 8 bahagian

Cara Memasak :

1. Campurkan yogurt dengan lobak merah yang diparut.
2. Letakkan daun salad di atas biskut.
3. Sapukan lapisan nipis yogurt dan lobak merah ke atas salad. Kemudian letakkan sekeping biskut lain di atas lapisan yogurt. Kemudian, letakkan pula sekeping keju di atas biskut diikuti salad dan akhir sekali lapisan nipis yogurt bersama lobak merah.
4. Hidangkan.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, August 26, 2013

Resepi untuk Kanak-Kanak : Popia Pisang Mentega Kacang
Wanie7:30 AM 0 comments

Hidangan untuk 4 orang

Resepi untuk Kanak-Kanak : Popia Pisang Mentega Kacang

Bahan - bahan :

4 keping pembalut popia, dikukus (lebih baik gunakan
yang basah)
200 g (2 biji) pisang, dibelah dua
50 g (2 sudu makan) mentega kacang
30 ml (2 sudu makan) madu
30 g (1 sudu makan) kacang tanah, ditumbuk
2.5 g (1 sudu teh) tepung jagung, dicampur ½ cawan air


Cara memasak :

1. Letakkan pisang di tengah-tengah pembalut.
2. Sapukan mentega kacang di atas pisang.
3. Tambahkan sedikit madu di atas mentega kacang, diikuti dengan kacang tanah yang ditumbuk.
4. Gulung pembalut tersebut.
5. Seterusnya sapukan tepung jagung pada  penutup lipatan  untuk menguatkan balutan. Simpan di dalam beg plastik dan sejuk bekukan untuk semalaman (sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan pisang benar-benar beku).
6. Potong mengikut saiz disukai dan hidangkan semasa sejuk.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, August 06, 2013

Senarai episod Upin & Ipin - Upin & Ipin Wiki
Wanie10:11 AM 0 comments

Assalamualaikum & good day all.

Kembali membebel di blog, alahai memang teramat malas nak menaip & berkongsi cerita-cerita terkini mengenai wanie & keluarga. Almaklumlah since dah duk dekat ngan hubby.. memang komitmen kene bg sepenuhnya pada keluarga + wanie wanita yg bekerjaya. ;)

So, just simple update for today. My Aira membesar bagaikan juara bintang yang semakin bersinar dalam hidup kami sekeluarga. Now, setiap hari mesti kene tengok sekurang-kurangnya 1 slot cerita, upin dan ipin.So, wanie search dekat tenet, terjumpa la senarai episod Upin & Upin dari tahun 2007 until now.

Jom wanie share senarai episod Upin & Ipin :

Musim Pertama

     Tajuk                                 Siaran Pertama

Esok Puasa 14 September 2007
Dugaan 15 September 2007
Nikmat 16 September 2007
Terawih 21 September 2007
Esok Raya 12 Oktober 2007
Hari Raya 13 Oktober 2007          



Musim Kedua

Tajuk Siaran pertama
Tadika 5 September 2008
Anak Bulan 6 September 2008                    
Adat 7 September 2008
Tamak 12 September 2008
Lailatul Qadr 13 September 2008
Kisah & Tauladan 14 September 2008
Sayang Kak Ros 1 Oktober 2008
Ketupat 2 Oktober 2008
Zakat Fitrah 3 Oktober 2008
Malam Syahdu 4 Oktober 2008
Pagi Raya 5 Oktober 2008
Berkat 6 Oktober 2008
















Sumber : Senarai episod Upin & Ipin - Upin & Ipin Wiki



Saturday, August 03, 2013

Resepi untuk Kanak - Kanak : Ubi Kentang Bakar
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan untuk 3 orang)

Bahan - Bahan : 

270 g (3 biji sederhana) ubi kentang (sebaiknya jenis Russet)
120 g (½ cawan) dada ayam dibuang lemak dan kulit, dibakar dan dicincang
25 g (1 biji) tomato, dicincang
2 sudu makan keju, diparut
2 batang daun bawang, dicincang
Sedikit serbuk daun basil kering
Garam dan lada sulah secukup rasa

Resepi untuk Kanak - Kanak : Ubi Kentang Bakar

Cara Memasak :

1. Basuh dan gosok ubi kentang sehingga bersih. Keringkan dan cucuk seluruh kulit ubi kentang dengan garpu. Balut dengan longgar menggunakan kain lembap. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan masak selama 10 minit. Boleh juga membakar ubi kentang tersebut dalam ketuhar pada 180°C selama 1 jam.
2. Sementara itu, campurkan tomato, ayam cincang dan daun bawang yang dicincang dalam mangkuk kecil bersama parutan keju dan taburkan sedikit daun basil. Taburkan sedikit garam dan lada sulah secukup rasa.
3. Keluarkan ubi kentang dari ketuhar gelombang mikro. Apabila ubi kentang telah sejuk, potong bahagian atasnya untuk menjadi penutup. Korek isi ubi kentang dan tinggalkan lebihan isi setebal 1 cm berbentuk perahu.
4. Campurkan isi ubi kentang yang telah dikorek bersama campuran tomato, dan masukkan sedikit inti ke dalam perahu ubi kentang. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan masak selama 1 minit atau dalam ketuhar selama 2 minit pada suhu 200°C, atau sehingga atasnya menjadi perang keemasan.
5. Keluarkan daripada ketuhar dan hidangkan bersama salad.



Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, August 02, 2013

Resepi untuk Kanak - Kanak : Pasta Berkeju
Wanie7:30 AM 0 comments




 (Hidangan untuk 4 – 5 orang)
Resepi untuk Kanak - Kanak : Pasta Berkeju
Bahan - Bahan :

130 g (1½ cawan) makaroni
120 g (½ cawan) dada ayam tanpa kulit, dihiris
70 g (¾ cawan) brokoli, dicincang halus
250 ml (1 cawan) susu rendah lemak
60 g (½ cawan) parutan keju Cheddar/Mozzarella
15 g (1 sudu makan) mentega
10 g (1 sudu makan) tepung
15 ml (1 sudu makan) minyak
Garam dan lada sulah secukup rasa
Secubit serbuk basil kering (pilihan)

Cara Memasak :

1. Masak makaroni dalam air mendidih sehingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis ayam sehingga separuh masak. Tambahkan brokoli and teruskan memasak sehingga lembut. Tutup api dan asingkan.
3. Untuk sos putih, cairkan mentega dalam kuali di bawah api sederhana dan campurkan susu bersama tepung. Tunggu sehingga mula mendidih dan campurkan keju. Kemudian, kacau sehingga cair dan sebati.
4. Masukkan ayam bersama brokoli dan makaroni, teruskan mengacau. Masukkan garam, lada sulah dan serbuk basil kering secukup rasa. Kacau selama 2 minit sehingga cukup masak.
5. Biarkan sejuk sebentar dan hidangkan.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.


 Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, August 01, 2013

Resepi untuk Kanak - Kanak : Burger Oat Daging
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan untuk 4 – 5 orang)

 Bahan  - Bahan :

400 g (1 paket) daging cincang tanpa lemak
86 g (1 cawan) oat
20 g (4 ulas) bawang putih
26 g (1 biji) bawang besar
10 g (½ inci) halia
1 biji telur
5 ml (1 sudu teh) kicap cair
Sedikit campuran herba kering (selasih, oregano,
rosemary, thyme, dll) (ikut pilihan)
1 tangkai daun ketumbar, dicincang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Pembalut aluminum
Resepi untuk Kanak - Kanak : Burger Oat Daging


Cara Memasak :

1. Campurkan kesemua bahan bersama dalam mangkuk sehingga sebati.
2. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.
3. Bentukkan sebatian menjadi bentuk burger nipis dan letakkan di atas pembalut aluminum. Seterusnya,
letakkan ke dalam bekas.
4. Ulang langkah-langkah di atas sehingga adunan habis digunakan.
5. Simpan di dalam peti sejuk untuk semalaman.
6. Goreng dengan sedikit minyak sehingga bahagian luar daging
tersebut menjadi perang. Kemudian bakar ia dalam ketuhar selama  10-15 minit sehingga masak.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, July 31, 2013

Resepi untuk Kanak - Kanak : Kebab Roti Pita
Wanie7:30 AM 0 comments

(6 keping)

Bahan -bahan :

3 keping roti pita mil penuh
200 g (1 cawan) daging dibuang lemak, dicincang
40 g (¼ biji) timun, dihiris nipis
25 g (1 biji) bawang besar, dicincang
25 g (1 biji) tomato, dihiris nipis
10 g (5 biji) cendawan cina hitam, direndam dan dihiris nipis
Beberapa helai daun salad
2 g (½ sudu teh) serbuk lada hitam
3 g (1 sudu teh) serbuk kari
5 g (1 sudu teh) campuran rempah (kulit kayu manis, jintan, dll)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
Mayonis rendah lemak dan sos cili (pilihan)

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga wangi.
2. Masukkan rempah, serbuk kari dan lada hitam sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan tumis sehingga kering sedikit. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa sehingga daging masak. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan cendawan cina dan sambung memasak sehingga cendawan menjadi lembut.
5. Panaskan roti pita di atas kuali leper dengan api perlahan. Potong roti pita kepada dua dan belah bahagian dalam roti tersebut bagi membuat poket untuk memasukkan inti daging.
6. Masukkan salad bersih dan susunkan potongan timun dan tomato ke dalam poket roti pita.
7. Masukkan sesudu penuh inti daging ke dalam poket roti pita dan ratakannya di antara sayur-sayuran.
8. Letakkan sos cili dan mayonis di atas inti daging dan hidangkan


Resepi untuk Kanak - Kanak : Kebab Roti Pita
Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, July 30, 2013

Introducing Nuffnang Mobile Ads! ;)
Wanie9:04 AM

We are always developing new things for the community and this time we’re sure it’s something all of you will appreciate :)

stewie

In this new era where everyone is surfing the internet on their smartphones more than on their computers, we thought we’d have an easier way for you Nuffnangers to earn from us.

Introducing the new Nuffnang Mobile Ads! We’ve integrated the ad units to be mobile-friendly and look awesome on your blog’s mobile website. Say goodbye to out-of-proportioned ads and hello to Nuffnang Mobile Ads that fit perfectly on a mobile screen.

Source : http://blog.nuffnang.com.my/2013/07/29/introducing-nuffnang-mobile-ads/

p/s : thanks nuffnang to make more awesome at my blog through mobile website..horeyyy! ;)

Resepi untuk Kanak-Kanak :Quiche Bayam bersama Keju
Wanie7:30 AM 0 comments

Resepi untuk Kanak-Kanak :Quiche Bayam bersama Keju
 (Hidangan untuk 4 – 5 orang)

Bahan - Bahan :

4 keping roti mil penuh
45 g (1 keping) ham ayam, dicincang
4 biji telur
60 g (½ cawan) keju, diparut
30 g (½ cawan) bayam, dicincang
15 g (1 sudu makan) mentega
10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang
10 g (1 sudu makan) tepung naik sendiri
2 batang daun ketumbar, dicincang halus
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak :

1. Buang bahagian kerak roti. Sapukan roti dengan sedikit mentega.
2. Susunkan roti dalam mangkuk sederhana besar dengan bahagian mentega menghadap ke atas.
3. Masukkan ham dalam mangkuk yang berasingan. Campurkan bayam, bawang, telur, daun ketumbar, keju dan tepung ke dalam mangkuk tersebut.
4. Kacau dengan sekata menggunakan garpu. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tuangkan campuran telur ke atas susunan roti.
6. Masukkan dalam ketuhar gelombang mikro dan masak selama 8 minit atau bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada 190-200°C. Cucuk quiche dengan pisau untuk memastikan ia cukup masak. Jika telah cukup masak, pisau dapat dikeluarkan dengan bersih.
7.  Hidangkan panas atau sejuk.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, July 21, 2013

Resepi untuk kanak -kanak : Croquette Tuna dan Jagung
Wanie7:30 AM 0 comments

(7 keping)

Bahan - bahan :

180 g (1 tin) tuna dalam air, ditapis airnya dan dilecek
180 g (2 biji besar) ubi kentang, direbus dan dibuang kulit
100 g (1 cawan) serbuk roti mil penuh
60 g (¼ cawan) kernel jagung/butir jagung segar
2 biji telur
3 g (1 sudu teh) biji ketumbar, ditumbuk halus
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Hiasan: Hirisan lemon dan timun atau daun salad segar (ikut pilihan)


Resepi untuk kanak -kanak : Croquette Tuna dan Jagung

Cara memasak :


1. Lecekkan ubi kentang yang telah direbus di dalam mangkuk. Campurkan tuna, butir jagung,
dan ketumbar.
2. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa. Bentukkan menjadi 7 keping croquette.
3. Pukul telur dalam mangkuk besar. Celupkan kepingan croquette ke dalam campuran telur dengan segera dan salutinya dengan serbuk roti.
4. Goreng dengan minyak panas sehingga kepingan croquette menjadi keperangan. Tapis lebihan
minyak dan letakkan croquette di atas kertas penyerap.
5. Hidang segera dengan hirisan timun atau daun salad bersama lemon dan sos cili.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.
 
Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, July 20, 2013

Resepi untuk Kanak -Kanak : Pai Ikan Mini
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan untuk 5 orang )

Resepi untuk Kanak -Kanak : Pai Ikan Mini

 Bahan  - bahan :

270 g (3 biji sederhana) ubi kentang
240 g (1 cawan) filet ikan, dicincang
30 g (2 sudu makan) mentega
80 ml (⅓ cawan) susu
60 g (½ cawan) keju Cheddar, diparut
50 ml (¹/5 cawan) stok sayuran buatan sendiri
30 g (2 sudu makan) kacang pis
25 g (1 biji) bawang besar, dicincang halus
8 g (1 sudu makan) tepung mil penuh
3 g (1 sudu makan) daun pasli, dicincang
1 daun selasih
1 biji telur, dipukul
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Didihkan air dalam periuk yang berisi sedikit garam dan rebus ubi kentang selama 15-20 minit. Keluarkan ubi kentang dan kupas kulitnya. Lecekkan dengan sedikit susu dan separuh mentega sehingga lembut.
2. Cairkan separuh lagi mentega dalam periuk, masukkan bawang dan tumis sehingga garing. Masukkan tepung dan masak selama 30 minit dan kacau selalu. Tuangkan lebihan susu perlahan-lahan ke dalam mangkuk, diikuti stok sayuran. Didihkan dan biarkan selama 1 minit.
3. Masukkan ikan, daun pasli dan daun selasih. Masak selama 3 minit kemudian masukkan kacang pis dan masak lagi selama 1 minit. Keluarkan daun selasih dan masukkan keju sehingga keju cair. Taburkan lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Tuangkan inti ikan tadi ke dalam mangkuk pembakar dan tutup dengan kentang lenyek. Sapukan dengan sedikit telur yang telah dipukul. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan selama 15 minit sehingga kuning keemasan.
5. Hiaskan pai dengan sayur-sayuran.

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, July 19, 2013

Resepi Tengah Hari & Malam : Pasta Penne dengan Terung dan Keju
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan untuk 4 orang)
 
Bahan -bahan : 

250 g (¾ paket) pasta Penne
120 g (1 cawan) isi ayam, dipotong kiub
300 g (2 biji) terung, dipotong 2 cm kiub
60 g (½ cawan) keju parut
100 g (4 biji) tomato, dipotong dadu
30 g (½ biji) lada benggala hijau, dihiris nipis
30 ml (2 sudu makan) minyak zaitun
180 ml (¾ cawan) stok ayam buatan sendiri
10 g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
1 tangkai daun pasli, dicincang
Garam dan lada hitam secukup rasa


Cara memasak :

1. Masak pasta penne dalam air mendidih. Toskan dan ketepikan.
2. Masukkan terung di dalam penapis besar dan tabur dengan sedikit garam. Biarkan selama kira-kira 30 minit. Buang cecair berlebihan sebelum dibakar.
3. Bakar terung di atas kuali leper dengan sedikit minyak. Apabila terung menjadi perang, keluarkan dari kuali dan ketepikan.
4. Tumis bawang sehingga keperangan. Masukkan ayam dan tumis sehingga masak. Masukkan lada benggala dan tomato, kemudian masukkan stok ayam. Renihkan selama 5 minit.
5. Masukkan terung dan daun pasli ke dalam sos tersebut dan teruskan merenih selama 2 minit.
6. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa, kemudian kecilkan api.
7.  Campurkan pasta ke dalam sos dan taburkan keju. Kacau sebentar dan tutupkan api.
8. Hidangkan semasa panas.



Resepi Tengah Hari & Malam : Pasta Penne dengan Terung dan Keju

Anak anda tidak fokus dan mengantuk ketika belajar? Tiada selera makan? Jom dapatkan suplemen tambahan bagi membantu anak anda. Klik SINI.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, July 18, 2013

Resepi Tengah Hari & Malam : Nasi Goreng Bayam
Wanie7:30 AM 1 comments

(Hidangan untuk 4-5 orang)

Resepi Tengah Hari & Malam : Nasi Goreng Bayam


Bahan  - bahan :

480 g (2 cawan) beras perang, dibasuh dan ditos
120 g (½ cawan) filet ikan, dibakar dan dihiris
300 g (5 cawan) daun bayam dibuang batang keras dan dicincang
50 g (2 biji) tomato, dipotong dadu
6 batang daun bawang, dihiris nipis
26 g (1 biji) bawang besar, dihiris
3 g (1 sudu teh) serbuk buah pelaga
4 tangkai daun ketumbar, dicincang
70 g (½ biji) lemon, diperah jusnya
500 ml (2 cawan) air
15 ml (1 sudu makan) minyak
2.5 ml (½ sudu teh) minyak bijan
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak :

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang sehingga wangi dan keperangan.
2. Masukkan bayam ke dalam periuk bersama beberapa sudu air. Perlahan-lahan kacau bayam, masukkan serbuk buah pelaga dan tomato bersama secubit garam serta lada sulah secukup rasa.
3. Masak selama 2 minit lagi dan kemudian masukkan beras bersama-sama 2 cawan air.
4. Masak di atas api sederhana sehingga nasi masak.
5. Kecilkan api dan masukkan ikan, minyak bijan, jus lemon, daun bawang dan daun ketumbar cincang. Gaulkan sehingga sebati.
6. Padamkan api. Hidangkan panas dalam pinggan.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, July 17, 2013

Resepi Tengah Hari & Malam : Lasagna Daging dan Keju
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan untuk 8 orang)

Resepi Tengah Hari & Malam : Lasagna Daging dan Keju   

Bahan - bahan :


200 g (½ paket) daging lembu kisar
8-10 keping lasagna
50 g (½ biji) lobak merah, dipotong memanjang
60 g (1½ cawan) bayam, dicincang
90 g (1½ cawan) keju Mozzarella, diparut
90 g (3 cawan) keju Parmesan, diparut (ikut pilihan)
140 g buah zaitun yang diawet, dihiris (ikut pilihan)
15 g (3 ulas) bawang putih, dicincang
4 g bawang goreng
125 ml (1 cawan) air suam

Bahan-bahan Sos
Marinara :
 
130 g (5 biji) tomato masak, dikisar
50 g (2 biji) bawang besar kuning, dikupas dan dipotong dadu
25 g (5 ulas) bawang putih, dicincang
30 ml (2 sudu besar) minyak zaitun
30 g (2 sudu besar) campuran herba kering (selasih,oregano, rosemary, thyme, dll)
250 ml (1 cawan) air
Garam, gula perang dan lada sulah secukup rasa

1. Untuk membuat sos Marinara, panaskan minyak zaitun dalam periuk. Tumis bawang besar di atas api
sederhana sehingga keperangan dan lembut.
2. Masukkan bawang putih, herba campuran kering dan tumis sehingga naik bau. Tuangkan air dan buah tomato bersama jusnya dan kacau hingga sebati. Renihkan dengan api perlahan, kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tambah garam, gula perang dan lada sulah secukup rasa. Tutup api, taburkan bawang goreng dan biarkan sejuk.
3. Untuk membuat inti daging, goreng daging bersama bawang putih di atas api sederhana dengan sedikit
minyak. Kemudian masukkan air dan renihkan sehingga daging masak dan empuk.
4. Masukkan lobak merah, bayam dan buah zaitun. Masak sehingga sayur lembut dan kacau sentiasa. Masukkan sos Marinara tadi dan kacau hingga sebati. Tutup api dan keluarkan daripada periuk.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C. Lapiskan dasar mangkuk pembakar bersaiz sederhana dengan inti
daging, kemudian tutup dengan taburan sedikit keju Parmesan bersama keju Mozzarella. Tutup dengan
lasagna kering.
6. Ulangi lapisan dengan inti daging, keju dan lasagna sehingga habis semua bahan digunakan. Simpan ½
cawan keju Mozarella untuk lapisan permukaan terakhi
7. Bakar selama 45 minit dalam ketuhar sehingga masak, bergantung kepada ketebalan lapisan lasagna. Lasagna telah masak apabila pisau dicucuk ke dalamnya dengan mudah.
8. Taburkan lebihan keju di lapisan terakhir, dan masukkan semula ke dalam ketuhar selama kira-kira 10 minit. Hidangkan semasa panas.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, July 16, 2013

Resepi Tengah Hari & Malam : Mee Udang Hokkien
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan untuk 6 orang)


Bahan -bahan :

300 g (3 cawan) mi kuning, dicelur
150 g (½ keping) bihun, direndam dan dicelur
300 g (4 cawan) kangkung, dibuang batang kerasnya dan dicelur
500 g (3 cawan) taugeh, celur
50 g (2 biji sederhana) tomato, dibelah empat
3 biji telur rebus, dibuang kulit dan dibelah
Hiasan: Bawang goreng (pilihan)

Bahan-bahan untuk Pes cili :

10 g cili kering, dibuang biji dan dicelur
25 g (3 biji) cili segar
3 sudu makan udang kering
50 g (5 biji) bawang merah
15 g (3 ulas) bawang putih
45 ml (3 sudu makan) minyak masak
250 ml (1 cawan) air
Gula perang secukup rasa

Bahan  - bahan untuk Stok kuah :

200 g ayam bersama tulang tanpa lemak
150 g udang dengan kepala dan kulit
2.5 liter (10 cawan) air
Garam secukup rasa

Cara memasak :

1. Untuk membuat pes cili, kisar bahan-bahan pes cili hingga halus dan sebati.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis pes cili seketika dan masukkan air. Teruskan memasak selama kira-kira 10 minit dengan api sederhana sehingga air sedikit kering dan pecah minyak. Kacau selalu. Masukkan gula perang dan gaul  sebentar. Tutup api dan ketepikan.
3. Tuangkan air ke dalam periuk dan didihkan. Masukkan udang dan ayam. Renih dengan api sederhana selama kira-kira 1½ jam atau sehingga stok menjadi keruh.
4. Keluarkan udang dan ayam dan pindahkan ke dalam pinggan. Biarkan sejuk seketika dan buang kepala dan kulit udang. Pisahkan daging ayam dari tulangnya dan hiris daging ayam dengan nipis.
5. Didihkan stok kuah tadi dan masukkan beberapa sudu pes cili, ikut pilihan kepedasan. Masukkan garam secukup rasa dan padamkan api. Akhir sekali masukkan tomato.
6. Untuk menghidang, letakkan sesenduk mi dan bihun, kangkung dan taugeh di dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya dan hiaskan dengan hirisan daging ayam, udang, telur dan bawang goreng.
7.  Hidangkan semasa panas.


Resepi Tengah Hari & Malam : Mee Udang Hokkien



Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, July 15, 2013

Resepi Tengah Hari & Malam : Shepherd’s Pie
Wanie7:30 AM 0 comments

(Hidangan untuk 7 orang)

Resepi Tengah Hari & Malam : Shepherd’s Pie  

Bahan -bahan :

300 g (¾ paket) daging cincang
450 g (5 biji) ubi kentang
50 g (½ biji) lobak merah, dicincang kasar
70 g (½ cawan) cendawan butang, dihiris nipis
125 ml (½ cawan) susu
120 g (1 cawan) keju Mozarella, diparut
26 g (1 biji) bawang besar, dihiris
16 g (2 sudu makan) tepung gandum/tepung mil penuh, dilarutkan dalam ½ cawan air
375 ml (1½ cawan) stok sayuran buatan sendiri
7 g (1 sudu makan) serbuk lada hitam (untuk perapan)
15 ml (1 sudu makan) sos kicap (untuk perapan)
7 ml (½ sudu makan) madu (untuk perapan)
15 ml (1 sudu makan) minyak
Beberapa tangkai / sedikit serbuk daun thyme
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara memasak :

1. Campurkan daging cincang dengan serbuk lada hitam, kicap, madu dan daun thyme. Perap selama 2 jam.
2. Rebus ubi kentang bersama kulitnya. Setelah lembut, kupas kulitnya dan lecek bersama  susu dan keju. Ketepikan.
3. Tumis bawang besar dengan minyak hingga wangi dan masukkan daging yang telah diperap. Tumis sehingga daging masak dan tidak lagi berwarna merah jambu. Tuangkan stok sayuran bersama lobak merah.
4. Renihkan sehingga lobak merah lembut, kemudian masukkan cendawan. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa dan teruskan merenih dengan api perlahan.
5. Apabila daging telah masak, masukkan larutan tepung. Gaulkan sebati sehingga campuran menjadi pekat. Matikan api.
6. Masukkan daging cincang yang telah dimasak di atas piring pembakar sederhana dan ratakan permukaannya.
7.  Tutup permukaan daging dengan kentang lecek sehingga habis dan memenuhi permukaan dulang pembakar. Gunakan garpu untuk membuat corak di atas kentang lecek.
8.   Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit atau sehingga bahagian atas kentang lecek menjadi keperangan.
9.  Potongkan kepada beberapa bahagian dan hidangkan panas.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, July 14, 2013

Resepi Keluarga Makan Tengah Hari & Malam : Paella Makanan Laut
Wanie7:30 AM 0 comments

 Hidangan untuk 4 -5 orang
 
Resepi Keluarga Makan Tengah Hari & Malam : Paella Makanan Laut   

Bahan -bahan : 

480 g (2 cawan) beras, dibasuh dan ditos
300 g (1⅓ cawan) dada ayam, tanpa kulit dan dipotong kecil
400 g (4 cawan) udang, dikupas kulitnya
100 g isi ketam
60 g (6 ekor) kerang, dibersihkan
60 g (7 ekor) kupang, dibersihkan
30 g (¼ cawan) batang saderi, didadu
220 g (1 cawan) sayur-sayuran campuran (jagung, lobak merah dan kacang pis)
30 g (¼ cawan) lada merah dan hijau, dipotong dadu
30 ml (2 sudu makan) jus lemon
26 g (1 biji) bawang besar, dipotong dadu
20 g (4 ulas) bawang putih, dicincang
330 ml (1¾ cawan) stok ayam
3 g (½ sudu teh) serbuk paprika manis
7 g (½ sudu makan) serbuk kunyit
1 tangkai daun sup, dicincang
30 ml (2 sudu makan) minyak zaitun
Garam dan lada sulah secukup rasa
Hiasan: hirisan lemon

Cara memasak :

1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk sederhana besar.
2. Tumiskan bawang, bawang putih, lada merah, lada hijau dan batang saderi sehingga garing dan keperangan.
3. Masukkan beras diikuti serbuk paprika dan kunyit. Tuangkan stok ayam bersama dada ayam dan biarkan mendidih.
4. Masukkan isi ketam, udang, kerang dan kupang. Gaul sebati, kemudian masukkan garam dan lada sulah secukup rasa untuk menjadikan paella.
5. Tutup paella dan renihkan dengan api kecil selama kira-kira 20 hingga 25 minit sehingga masak. Kemudian masukkan sayur-sayuran campur bersama jus lemon. Gaulkan rata dan masak sebentar sehingga sayur sedikit lembut.
6. Tutup api dan hidangkan semasa panas bersama hirisan lemon dan daun sup.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, July 13, 2013

Resepi Keluarga : Mee Sizzling
Wanie7:30 AM 0 comments

Hidangan untuk 4 orang

Bahan - bahan : 

160 g (4 keping) yee mee kuning, dicelur dan ditos
100 g ayam bahagian dada, dipotong kecil
100 g (10 ekor) udang, dibuang kepala dan ekor
20 g (10 biji) cendawan hitam, direndam dan dihiris nipis
50 g (½ biji) lobak merah, dipotong panjang
50 (½ cawan) brokoli, dipotong kecil
50 g (½ biji sederhana) lada benggala, dihiris nipis
250 ml (2 cawan) air
20 g (4 ulas) bawang putih, diketuk
20 g (2 biji) bawang besar, dihiris nipis           
20 g (1 inci) halia, diparut
20 g (1 sudu makan) sos tiram
30 ml (2 sudu makan) kicap pekat
2.5 ml (½ sudu teh) minyak bijan
7 g (1 sudu makan) tepung jagung, dibancuh sebati dengan sedikit air
15 ml (1 sudu makan) minyak
Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa

Resepi Keluarga : Mee Sizzling

Cara memasak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi dan sedikit garing.
2. Masukkan daging ayam dan tumis selama beberapa minit. Tambahkan 2 cawan air dan didihkan. Tambahkan kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan minyak bijan. Renihkan selama beberapa minit.
3. Masukkan udang, lobak merah, brokoli, lada benggala dan cendawan. Teruskan merenih sehingga sayur-sayuran lembut.
4. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Tuangkan tepung jagung dan kacau perlahan-lahan sehingga kuah menjadi pekat.
6. Matikan api dan tuangkan kuah di atas yee mee. Hidangkan semasa panas.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, July 12, 2013

Resepi Keluarga : Telur Sumbat
Wanie7:30 AM 2 comments

Hidangan untuk 5 orang 

Resepi Keluarga : Telur Sumbat

Bahan-bahan :

5 biji telur rebus
90 g (½ cawan) udang, dikupas kulitnya, direbus dan dicincang
8 g (½ sudu teh) mayonis rendah lemak
5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang
2 tangkai daun ketumbar, dicincang halus
Lada hitam secukup rasa

Cara memasak :


1. Kupas kulit telur. Bilas dan toskan.
2. Belah telur memanjang kepada 2 bahagian. Dengan berhati-hati, keluarkan kuningnya.
3. Masukkan kuning telur ke dalam mangkuk besar. Campurkan dengan mayonis dan bawang putih. Gaul rata hingga sebati.
4. Masukkan udang, daun ketumbar dan lada hitam ke dalam campuran kuning telur. Lenyek campuran sehingga menjadi lembut.
5. Isikan setiap separuh putih telur rebus dengan campuran kuning telur tersebut.
6. Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, July 11, 2013

Resepi Keluarga : Tom Yam Ikan dengan Sayuran
Wanie7:30 AM 0 comments

Hidangan untuk 2-3 orang

Bahan - bahan :

600 g (1 ekor sederhana) ikan tilapia, dibersihkan
15 g (⅓ inci) halia, dihiris
30 g (¼ saiz sederhana) lobak merah, dipotong memanjang
50 g (1 cawan) bunga kubis, dipotong kecil
50 g (1 cawan) brokoli, dipotong kecil
50 g (1 cawan) jagung kecil, dihiris menyerong
Hiasan: daun pudina

Resepi Keluarga : Tom Yam Ikan dengan Sayuran  


Rempah Tom Yam : 

100 g (6 biji) cili merah segar (dikisar)
120 g (12 ulas) bawang merah (dikisar)
10 g (2 ulas) bawang putih (dikisar)
30 g (1 batang) serai (dikisar)
1 cm lengkuas (dikisar)
35 g (2 sudu makan) pes tom yam
15 ml (1 sudu makan) jus limau
15 ml (1 sudu makan) minyak
3 helai daun limau purut
125 ml (½ cawan) air
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak: 

1. Untuk membuat rempah tom yam, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi. Masukkan pes tom yam dan teruskan menumis.
2. Tambah sedikit air. Masukkan lobak merah, bunga kubis, brokoli dan jagung satu demi satu. Teruskan memasak selama 5 minit, dan masukkan daun limau purut, halia, garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau sebentar dan padamkan api. Masukkan jus limau.
3. Letakkan ikan di atas pinggan tahan panas dan tuangkan rempah tom yam di atasnya. Lumurkan sebati di atas ikan bersama sayur-sayurannya.
4. Masukkan ikan ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak selama kira-kira 10 minit.
5. Hidangkan semasa panas bersama hiasan daun pudina.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, July 10, 2013

Resepi Keluarga : Ketam Masak Masam Manis
Wanie7:30 AM 3 comments

Hidangan untuk 5 orang

Bahan - bahan :


1 kg (5 ekor) ketam biru, dibersihkan
1 biji telur, dipukul
50 g (½ biji) lada benggala hijau, dihiris
32 g (2 biji) cili merah (dikisar)
50 g (1 labu) bawang putih (dikisar)
20 g (1 inci) halia (dikisar)
60 g (6 biji) bawang merah (dikisar)
15 ml (1 sudu makan) minyak
1 tangkai daun ketumbar, dicincang
2 batang daun bawang, dipotong 1 inci

Sos :

45 ml (3 sudu makan) sos cili
75 g (5 sudu makan) sos tomato
7 g (½ sudu  makan) gula perang
15 ml (1 sudu makan) cuka
125 ml (½ cawan) air
1.25 g (½ sudu teh) tepung jagung, dilarutkan dalam ¼ cawan air
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi. Masukkan ketam dan teruskan memasak.
2. Masukkan sos dan kira-kira ½ cawan air. Tutup kuali dan renihkan selama kira-kira 15 minit, atau sehingga ketam masak dan kuah menjadi pekat.
3. Masukkan lada benggala diikuti daun ketumbar. Kacau dan biarkan sebentar.
4. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau dengan cepat untuk mengelakkan telur bergumpal.
5. Padamkan api. Angkat dan sajikan dengan hirisan daun bawang.


Resepi Keluarga : Ketam Masak Masam Manis

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, July 08, 2013

Doa - Doa di bulan Ramadhan
Wanie2:19 PM 0 comments

Doa-Doa Di Bulan Ramadhan

"Doa Harian Ramadhan "


Doa Hari : 1

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.
Doa Hari ke - 2

Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhaan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih !
Doa Hari ke - 3

Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!
Doa Hari ke - 4

Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari ke - 5

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.

Doa Hari ke - 6

Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Kerana Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!

Doa Hari ke - 7

Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.

Doa Hari ke - 8

Yaa Allah! Berilah Aku Rezeki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Hari ke - 9

Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari ke - 10

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari ke - 11

Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.
Doa Hari ke - 12

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari ke - 13

Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari ke - 14

Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Kerana Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.
Doa Hari ke - 15

Yaa Allah! Berilah Aku Rezeki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari ke - 16

Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.
Doa Hari ke - 17

Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari ke - 18

Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Barakah-Barakah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari ke - 19

Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari ke - 20

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Syurga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.
Doa Hari ke -21

Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keredhaan- Mu. Dan Janganlah Engkau Berikan Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Syurga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.

Doa Hari ke - 22

Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Kurnia-Mu, Turunkan Untuk ku Barakah-Barakah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab- Penyebab Keredhaan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Syurga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari ke - 23

Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.
Doa Hari ke - 24

Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keredhaan- Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari ke - 25

Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari ke - 26

Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari ke - 27

Yaa Allah! Rezekikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Soleh.


Doa Hari ke - 28


Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari ke - 29

Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.

Doa Hari ke - 30

Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keredhaan-Mu Dan Keredhaan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian