Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Sunday, December 02, 2012

Pemakanan Bijak untuk Si Kecil Prasekolah (4-6 tahun)
Wanie7:30 AM 0 comments


Usia prasekolah adalah zaman yang menyeronokkan bagi anak-anak anda! Si kecil mula menjejakkan kakinya di tadika dan melihat dunia di luar rumahnya. Keperluan nutrien mereka juga meningkat pada peringkat ini. Pastikan anda memberikan pemakanan yang seimbang dan lengkap supaya si kecil dapat melakukan aktiviti harian dengan penuh bertenaga.

Adakah Si Kecil Mendapat Cukup Makanan?

Sesiapa sahaja yang bergelar ibu sentiasa memastikan anak-anak mereka membesar dengan sihat. Setiap ibu ingin melihat anak mereka cerdik belajar, dari saat dia memasuki tadika. Hal ini juga bermakna mereka memerlukan sistem imun yang kuat untuk melindungi mereka daripada jangkitan penyakit apabila mereka bercampur-gaul dan bermain dengan kanak-kanak lain di luar rumah. Bagi memastikan si manja mendapat tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti dan nutrien untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangannya.

Anda juga seharusnya memberi perhatian kepada keperluan tambahan si manja yang baru memasuki alam tadika:

Si Kecil Memerlukan Lebih Tenaga!

Keperluan tenaga si manja anda kini meningkat daripada 980 kcal sehari sewaktu dia baru pandai berjalan dan berlari (2-4 tahun) kepada 1,340 kcal sehari. Tidak susah untuk menampung keperluan tenaga tambahan ini. Anda hanya perlu tambah 1hidangan bijirin atau produk bijirin dan ½ hidangan daging atau alternatifnya ke dalam diet si kecil.

Jangan Hentikan Susu

Anda tentu sedar anak anda tidak meminta susu sekerap dahulu. Hal ini adalah perkembangan biasa, tetapi pastikan si manja mengambil 2 gelas susu segar atau produk tenusu setiap hari (iaitu satu gelas kurang daripada yang diperlukan semasa baru berjalan dan berlari).

Walaupun sudah memasuki usia prasekolah, si manja perlu mengambil sedikit makanan tetapi secara kerap – 3 sajian utama ditambah 2 snek yang berkhasiat antara waktu makan, untuk membolehkannya terus aktif sepanjang hari. Berikut adalah contoh saiz hidangan untuk sajian utama dan snek yang berkhasiat untuk diberikan kepada si manja dalam usia prasekolah.


 Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, November 01, 2012

Si Kecil Prasekolah : Snek - Kek Keju Lemon Tanpa Bakar
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan - bahan :

150 g biskut kraker, dihancurkan
125 g (½ cawan) mentega, dicairkan
200 g (¾ cawan) krim keju
80 ml (¹⁄³ cawan) krim putar
65 g (¼ cawan) gula aising
10 g (1 sudu makan) serbuk gelatin, dilarutkan dalam 2 sudu makan air suam
Jus sebiji lemon

Cara memasak

1 Masukkan biskut kraker ke dalam mangkuk adunan. Masukkan mentega dan gaulkan sebati.
2 Tuang sebatian ke dalam tin kek 8” dan tekan menggunakan belakang sudu sehingga padat. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan sehingga mengeras.
3 Di dalam mangkuk adunan lain, campurkan krim keju dan krim putar. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan berkrim.
4 Masukkan gula aising dan jus lemon perlahan-lahan. Kacau sehingga menjadi adunan pekat dan lembut.
5 Tuang ke atas biskut hancur tadi dan ratakan.
6 Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan beberapa jam sehingga adunan keju di bahagian atas mengeras.

Cadangan

1 Biskut kraker boleh juga diganti dengan biskut mudah hadam atau biskut yang lain.
2 Kurangkan kuantiti jus lemon kepada separuh jika rasanya terlalu masam.

 
Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, October 31, 2012

Si Kecil Prasekolah : Snek - Kobis Gulung Berinti
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan - bahan : 

80 g (5 helai) daun kobis
50 g (²⁄³ cawan) serbuk protein kacang soya, direndam bersama air suam selama 20 minit dan ditapis
6 g (2 biji) cendawan, dihiris kecil
70 g (2 cawan) nasi
30 g (2 sudu makan) bran
50 g (½ cawan) bayam, dipotong halus
15 g (2 sudu makan) kacang buncis, dipotong halus
10 g (1 sudu makan) lobak merah, diparut
250 (1 cawan) air
30 g (3 sudu makan) keju Mozzarella kurang lemak, diparut
40 g (4 sudu makan) pes tomato
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (2 sudu makan) bawang besar, dipotong
10 g (2 ulas) bawang putih
3 g (½ sudu teh) serbuk kunyit
3 g (½ sudu teh) gula
Lada hitam secukup rasa
Sedikit marjerin (untuk menyapu dulang dapur)

Bahan untuk sos
2 helai daun salam
80 g (½ cawan) pes tomato
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
50 g (5 biji) bawang kecil
125 ml (½ cawan) air

Cara membuat sos

1 Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga warna keemasan.
2 Masukkan bahan-bahan sos yang lain dan biarkan mendidih selama 5 minit.
2 Padamkan api.

Cara memasak inti :
1 Masukkan daun kobis ke dalam air mendidih sehingga lembut dan toskan. Berhati-hati supaya daun tidak koyak.
2 Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan air, serbuk protein kacang soya, dan serbuk kunyit dan biarkan selama 15 minit. Padamkan api.
3 Masukkan semua bahan yang lain kecuali keju dan marjerin. Gaul sehingga sebati.
4 Letakkan satu helai daun kobis dengan rata. Isikan 3 sudu makan inti tadi dan gulungkan. Ulangi langkah ini untuk semua daun kobis.
5 Letakkan semua gulungan kobis di atas dulang dapur yang telah disapu dengan merjerin.
6 Tuangkan sos yang telah disediakan ke atas gulungan daun kobis.
7 Tutupkan dan bakar pada suhu 180°C selama 35 minit.
8 Keluarkan dan taburkan keju Mozzarella dan bakar lagi selama 5 hingga 10 minit.
9 Hidangkan sebagai lauk utama bersama roti bakar, naan, capati dan pita atau sebagai lauk pilihan sayur-sayuran.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, October 30, 2012

Si Kecil Prasekolah : Snek - Pai Epal
Wanie7:30 AM 0 comments

 Bahan - Bahan :

Inti:
210 g (4 biji sederhana) epal hijau, dikupas, dan dibaji nipis
30 g (2 sudu makan) gula
125 ml (½ cawan) air
40 g (¼ cawan) kismis

Lapisan Atas:
40 g (3 sudu makan) gula perang
3 g (½ sudu teh) serbuk kayu manis
35 g (4 sudu makan) tepung gandum
50 g (4 sudu makan) mentega, dipotong dadu
Coklat untuk hiasan

Cara memasak

1 Panaskan ketuhar kepada 180°C.
2 Masak epal dengan air dan gula sehingga lembut dan masukkan kismis.
3 Susun dalam mangkuk tahan panas dan ketepikan.
4 Untuk lapisan atas, campurkan gula perang, tepung gandum, mentega, dan serbuk kayu manis. Campurkan dengan sebati sehingga menjadi serdak seperti serbuk roti.
5 Tuangkan serdak ke atas epal yang sudah dimasak sehingga meliputi sepenuhnya.
6 Bakar dalam ketuhar selama 30 minit, atau sehingga serdak bertukar menjadi perang gelap.
7 Hiaskan dengan coklat masakan dan hidang segera.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, October 29, 2012

Si Kecil Prasekolah : Snek - Kebab Buah-Buahan
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan -bahan :

10 pecucuk lidi, direndam selama 2-3 minit
200 g (1 biji) mangga masak, dikupas kulit
200 g (2 biji) oren, dikupas kulit
200 g (2 biji besar) epal merah, dikupas kulit
70 g (10 biji kecil) strawberi
20 g (1 ½ sudu makan) marjerin
3 ml (½ sudu teh) jus lemon
80 g (½ cawan) madu
250 ml (1 cawan) yogurt atau ais
krim vanilla

Cara memasak

1 Potong mangga, oren dan epal kepada kiub bersaiz 3 cm.
2 Cucukkan buah-buahan yang sudah dipotong (mangga, oren, epal merah, strawberi) ke dalam pencucuk lidi dan letakkan di atas dulang pembakar.
3 Campurkan marjerin, jus lemon, dan madu di dalam mangkuk dan gaul sehingga adunan lembut.
4 Lumurkan buah-buahan dengan adunan tadi.
5 Letakkan pencucuk lidi bersama buah-buahan di atas pemanas yang disapu sedikit minyak dan panaskan sehingga suam.
6 Biarkan sejuk dan hidangkan bersama yogurt atau ais krim.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, October 28, 2012

Si Kecil Prasekolah : Snek - Biskut Cincin Keju
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan -bahan :

250 g (2 cawan) tepung gandum, diayak
125 g (½ cawan) marjerin
1 biji telur
75 g (5 sudu makan) gula aising
15 g (3 sudu teh) serbuk penaik
160 g (1 cawan) keju Cheddar diparut halus

Cara memasak

1 Panaskan ketuhar kepada 190°C. Sapukan dulang pembakar dengan sedikit mentega.
2 Putarkan marjerin dan gula aising sehingga lembut dan ringan. Tambah telur dan kacau sehingga sebati.
3 Masukkan tepung, serbuk penaik dan keju yang diparut. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
4 Canaikan doh dengan rata menjadi setebal 3 mm. Tekap menggunakan acuan jeriji bulat berdiameter 6 cm dan keluarkan. Kemudian tekap dengan acuan bulat berdiameter 2 cm di tengah-tengah pastri dan keluarkan bahagian tengah untuk membentuk cincin. Letakkan pastri cincin di atas dulang pembakar.
5 Bakar selama 15 minit di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan.
6 Hidang semasa panas.
 
Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, October 27, 2012

Si Kecil Prasekolah : Snek - Begedil Daging
Wanie7:14 AM 0 comments


Bahan -bahan :

60 g (¼ cawan) daging tanpa lemak, dikisar dan distim separuh masak
90 g (1 biji sederhana) ubi kentang, direbus dan dihancurkan
1 biji telur, dipukul
1 batang daun bawang, dicincang
Minyak untuk gorengan ringan
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak

1 Campurkan daging dan ubi kentang bersama. Masukkan garam, lada sulah dan daun bawang.
2 Bentukkan kepada ketulan padat menjadi begedil.
3 Celupkan begedil ke dalam telur yang dipukul.
4 Masukkan begedil ke dalam kuali yang panas dengan segera dan goreng dengan api sederhana sehingga perang keemasan. Ia dapat memastikan begedil tidak hangus sebelum ia cukup masak.
5 Letakkan begedil yang sudah masak di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.
6 Hidangkan semasa panas.

Cadangan

1 Begedil daging boleh dihidangkan bersama Soto.
2 Daging lembu boleh diganti dengan daging ayam kisar.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, October 25, 2012

Si Kecil Prasekolah : Snek
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan -bahan :

450 g (5 saiz sederhana) ubi kentang Russet, dibersihkan
250 g (1 cawan) daging tanpa lemak, dikisar
95 g (1 cawan) broccoli, distim dan dicincang halus
150 g (1 cawan) keju Cheddar kurang lemak, diparut
3 helai daun bawang, dihiris
120 g (½ cawan) krim masam rendah lemak
250 ml (1 cawan) air
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak


Penyediaan Ubi kentang :

1 Cucuk ubi kentang menggunakan garpu. Masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu sederhana sehingga 20 minit. Pusingkan ubi kentang sekali atau dua kali sehingga ubi kentang masak lembut.
2 Potong bahagian atas (¼) kentang, dan asingkan ke tepi.

Penyediaan Inti

1 Korek isi kentang dan masukkan ke dalam mangkuk bersaiz sederhana. Letakkan kulit ubi kentang yang tertinggal di atas dulang pembakar.
2 Masukkan 1 cawan keju Cheddar, krim masam, garam dan lada sulah kepada isi kentang yang dikeluarkan tadi dan lenyekkan menggunakan garpu. Apabila telah sebati, letakkan ke tepi.
3 Tumis daging di atas kuali dengan api sederhana. Kacau selalu selama 3 minit. Besarkan api. Tambah air ke dalam kuali. Tutup kuali dan masak sehingga 4-5 minit. Masukkan brokoli dan kacau sehingga sebati.
4 Masukkan daun bawang dan campuran kentang ke dalam inti daging dan gaul sebati.
5 Bahagikan campuran daging dengan sama rata dan isikan ke dalam semua mangkuk ubi kentang dan tutup inti daging tersebut dengan lebihan 1cawan keju yang tinggal.
6 Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro dengan kepanasan tinggi sehingga inti daging panas dan keju mencair, kira-kira 2 hingga 4 minit.
7 Hidangkan semasa panas.

Selamat mencuba. =)

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, October 24, 2012

Si Kecil Prasekolah : Snek - Puf Pisang Berkrim Kastard
Wanie7:30 AM 0 comments


 Bahan - bahan untuk Puf:

3 biji telur (besar)
200 g (1½ cawan) tepung gandum
250 ml (1 cawan) air
100 g (²⁄5 cawan) mentega
Sedikit coklat masakan untuk hiasan

Bahan-bahan untuk Inti:

200 g (2 biji sederhana) pisang, dipotong bulat
80 g (½ cawan) gula
45 g (3 tbsp) mentega
100 ml (½ cawan) susu sejat
45 g (3 sudu makan) tepung kastard, dicampurkan dengan
50 ml (3 sudu makan) air
125 ml (½ cawan) air

Cara memasak

Cara membuat puf:

1 Didihkan air bersama mentega dan biarkan selama 1 minit.
2 Tambahkan tepung gandum dan campurkan sehingga sebati untuk membentuk doh. Tutup api dan biarkan adunan suam.
3 Kacau adunan menggunakan mesin pemutar dan masukkan telur sedikit demi sedikit. Kacau adunan sehingga sebati.
4 Masukkan campuran ke dalam beg piping dengan nozel bukaan bulat.
5 Paipkan campuran puf dengan saiz yang disukai di atas dulang pembakar.
6 Bakar dalam 180°C sehingga saiznya menjadi 2 kali ganda. Biarkan sejuk seketika.
7 Potong di bahagian tengah secara melintang menggunakan pisau berjeriji tajam. Paipkan sedikit inti krim dan susun pisang yang dipotong bulat di atas krim sebelum meletakkan semula separuh bahagian puf yang dipotong di bahagian atas.
8 Hiaskan dengan sedikit coklat hiasan di bahagian atas puf.

Cara membuat inti krim puf

1 Campurkan gula, mentega, susu sejat dan larutan kastard dengan air di dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
2 Di atas api perlahan, panaskan sebatian dan sentiasa kacau dengan menggunakan penggaul wayar sehingga menjadi pekat.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, October 23, 2012

Si Kecil Prasekolah : Hidangan tengahari/Malam : Mi Goreng Makanan Laut
Wanie7:30 AM 0 comments

 Bahan-bahan :

80 g (2 keping) yee mee
150 g (2 ekor bersaiz sederhana) sotong segar, dihiris memanjang
90 g (½ cawan) udang, dibuang kulit
60 g (½ cawan) lobak merah, dihiris
170 g (2 cawan) daun sawi, dipotong kasar
14 g (6) cendawan shitake, kering atau yang segar (jika menggunakan cendawan kering, rendam di dalam air panas selama 30 minit) dan dihiris nipis
2 biji telur, dipukul sebati
500 ml (2 cawan) pati ayam
16 g (2 sudu makan) tepung jagung
125 ml (½ cawan) air
10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang halus
10 g (2 cm) halia, dihiris nipis
30 ml (2 sudu makan) minyak
15 ml (1 sudu makan) kicap cair
Garam dan lada sulah secukup rasa


Cara memasak

1 Jerangkan seperiuk air. Apabila air mendidih, masukkan yee mi ke dalam periuk dan biarkan selama 1 minit. Angkat dan toskan air.
2 Panaskan 1 sudu makan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga wangi. Masukkan udang dan sotong, tumis selama 2 minit. Angkat udang dan sotong tadi dan asingkan.
3 Masukkan 1 sudu makan minyak ke dalam kuali. Masukkan lobak merah dan tumiskan selama 2 minit. Tuangkan pati ayam dan biarkan ia mendidih selama 10 minit.
4 Sebagai penambah perasa, masukkan kicap dan juga garam. Untuk memekatkan kuah, masukkan campuran tepung jagung. Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul secara perlahan-lahan, udang dan sotong yang telah dimasak tadi serta daun sawi. Gaulkan secara perlahan.
5 Biarkan kuah masak selama 3 minit lagi dan tutupkan api.
6 Untuk menghidang, bahagikan mi kepada lima bahagian dan letakkan ia di dalam pinggan atau mangkuk berasingan.
7 Cedokkan kuah secukupnya dan letakkan ke atas mi dan hidangkan segera.

Cadangan

1 Yee mee (mi) boleh didapati di pasar, kedai runcit atau pasaraya.
2 Yee mee juga boleh digantikan dengan mi beras leper (chi cheong fun) atau lain-lain jenis mi.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, October 21, 2012

Resepi buat Si Kecil Prasekolah : Hidangan tengahari/Malam : Pai Pasta Bakar
Wanie7:30 AM 0 comments



Bahan - bahan :

200 g (¾ paket) pasta spiral dimasak dan ditos
250 g (1 cawan) daging ayam, dicincang
220 g (1 cawan) sayur campur
60 g (1 cawan) bayam, dicincang
250 ml (1 cawan) sos pasta
120 g (1 cawan) keju Mozzarella, diparut
10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
Garam secukup rasa
Daun oregano segar yang dicincang secukup rasa

Cara memasak

1 Tumis bawang putih dengan minyak sayuran sehingga wangi.
2 Masukkan sos pasta dan ayam. Tumis sehingga ayam menjadi lembut. Masukkan sayur campur dan tumis sehingga ia hampir masak. Akhir sekali, masukkan bayam, tumis sehingga hampir masak dan masukkan pasta.Gaulkan sebati kesemua bahan. Tutupkan api.
3 Tuangkan ½ daripada bahan tumisan tadi ke dalam bekas tahan panas dan lapiskan dengan keju mozzarella yang diparut.
4 Letakkan bakinya di lapisan teratas dan parutan keju.
5 Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200°C selama 25-30 minit atau sehingga keju menjadi cair dan menjadi keperangan.
 
Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, October 19, 2012

Resepi buat Si Kecil Prasekolah : Hidangan tengahari/Malam : Nasi Ayam Periuk Tanah
Wanie7:30 AM 0 comments

 Bahan -bahan :

250 g (2 cawan) beras, dibasuh dan dikeringkan
750 ml (3 cawan) atau air yang secukupnya untuk memasak nasi
350 g (2 ketul bersaiz sederhana) peha ayam, dibuang kulitnya dan dipotong kecil
10 g (5 keping) cendawan shitake, direndam sehingga lembut dan dihiris nipis
100 g (1 kecil) lobak merah, dipotong dadu
10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang halus
10 g (½ cm) halia, dihiris halus
15 ml (1 sudu makan) minyak masak
Hiasan: Daun bawang dan daun ketumbar, dipotong halus

Sos (A)
15 ml (1 sudu makan) kicap cair
15 ml (1 sudu makan) kicap pekat
20 g (1 sudu makan) sos tiram
5 g (1 sudu teh) lada hitam
15 ml (1 sudu makan) jus halia
15 ml (1 sudu makan) minyak bijan
20 g (2 sudu makan) tepung jagung


Perencah (dicampur sekali)
5 ml (1 sudu teh) kicap cair
5 g (1 sudu teh) lada sulah
5 ml (1 sudu teh) minyak bijan

Cara memasak

1 Perapkan ayam dengan sos (A) selama 30 minit.
2 Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan halia bersama bawang putih sehingga wangi. Masukkan daging ayam diperap, hirisan cendawan, lobak merah dan perencah dan tumiskan. Setelah masak, angkat dan asingkan.
3 Basuh beras dan masak nasi dengan menggunakan periuk nasi. Selepas 7 minit, atau apabila nasi kelihatan hampir masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan tunggu sehingga nasi mengering dan empuk.
4 Hidangkan nasi di dalam mangkuk atau mangkuk tanah dan hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
5 Hidangkan panas.



Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, October 18, 2012

Resepi buat Si Kecil Prasekolah : Hidangan tengahari/Malam - Sup Petola bersama Fucuk
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan -bahan :

100 g petola, kulit keras dibuang dan dipotong bulat
50 g (5 ekor) udang, dibuang kulit
10 g fucuk, direndam dalam air
10 g soo hoon, direndam dalam air
250 ml (1 cawan) air
8 g (1 biji) cili merah, dihiris halus
20 g (2 biji) bawang merah
5 g (1 ulas) bawang putih
Garam dan lada sulah secukup rasa






Cara memasak
1 Tumis bawang dan bawang putih sehingga wangi.
2 Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Masukkan udang, cili dan petola. Rebus sehingga petola lembut.
3 Masukkan soo hoon dan fuchok dan teruskan rebus sehingga lembut.
4 Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
5 Hidangkan bersama nasi panas.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, October 17, 2012

Resepi buat Si Kecil Prasekolah : Hidangan tengahari/MalamTauhu bersama Udang
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan -bahan :

300 g (2 keping) tauhu, dipotong dadu
100 g (10 ekor) udang, dibuang kulit
45 g (3 sudu makan) kacang pis
60 g (½ cawan) lobak merah, dihiris
10 g (2 ulas) bawang putih
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
8 g (1 sudu makan) tepung jagung, campurkan dengan 60 ml (4 sudu makan) air
500 ml (2 cawan) air
Garam dan lada sulah secukup rasa
Hiasan: Daun ketumbar dan daun bawang

Cara memasak

1 Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga perang keemasan.
2 Masukkan udang dan tumis selama 2 minit.
3 Masukkan air, lobak merah, dan biarkan sehingga setengah masak.
4 Akhirnya, masukkan kacang pis, tauhu, dan garam. Masukkan larutan tepung jagung perlahan-lahan dan kacau sehingga sebati.
5 Hiaskan dengan daun bawang dan daun ketumbar.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, October 16, 2012

Resepi buat Si Kecil Prasekolah : Hidangan tengahari/Malam : Ayam Panggang Berempah
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan - bahan :

600 g (½ ekor sederhana) ayam
14 g (2 sudu makan) serbuk kari
20 g (2 sudu makan) madu
10 g (1 cm) halia, ditumbuk
2 g (1 sudu teh) jintan manis
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
Jus ½ biji lemon
Garam dan lada sulah secukup rasa
Madu dan kicap cair untuk disapu semasa membakar

Pilihan Perencah lain: Ayam Campuran Herba

15 ml (1 sudu makan) jus lemon
35 g (5 sudu makan) daun rosemary kering
20 g (3 sudu makan) daun thyme kering
20 g (3 sudu makan) daun basil kering
8 g (2 helai) daun pasli, dicincang
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak

1 Basuh ayam dan keringkan. Sapukan garam dan lada sulah dengan rata di dalam dan luar ayam. Letakkan ayam di atas dulang pembakar yang dilapis dengan foil aluminum.
2 Campurkan serbuk kari, madu, jus lemon, halia, jintan manis dan minyak sayuran (atau pilihan perencah campuran herba). Sapukan campuran ke seluruh bahagian ayam dan di bawah kulit. Perap ayam selama 30 minit sehingga 1 jam.
3 Bakar pada suhu 180-200°C selama 45 minit sehingga 1 jam.
4 Lebih kurang 5-10 minit sebelum ayam siap dibakar, sapukan madu dan kicap cair di atas ayam. Teruskan membakar sehingga masak.
5 Hidang semasa panas bersama nasi atau kentang.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, October 15, 2012

Resepi buat Si Kecil Prasekolah : Hidangan tengahari/Malam - Daging Masak Lada Hitam
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan - bahan :

300 g (1¼ cawan) daging tanpa lemak, dihiris nipis
50 g (3 sudu makan) sos lada hitam
10 g (1 cm) halia
10 g (2 ulas) bawang putih
40 g (4) bawang merah
2 g (½ sudu teh) gula
125 ml (½ cawan) air
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
Garam secukup rasa






Cara memasak

1 Tumis bahan yang dikisar dengan minyak sayuran sehingga wangi dan keperangan.
2 Masukkan daging dan teruskan memasak sehingga lembut. Tambah air supaya tidak hangus dan kering dengan cepat.
3 Masukkan sos lada hitam gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
4 Hidangkan bersama nasi

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, October 14, 2012

Resepi buat Si Kecil Prasekolah : Hidangan tengahari/MalamIkan Bakar Bergulung Sayuran
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan - bahan :

400 g (2 keping) kepingan filet ikan (lebih kurang 200 g setiap satu)
50 g (5 ekor) udang segar, dibuang kulit, dan dipotong kecil
2 keping roti putih, disapu mentega, dibakar dan dipotong kecil
45 ml (3 sudu makan) minyak sayuran
30 g (½ cawan) bawang besar, dicincang halus
10 g (1 biji) bawang merah, dicincang halus
5 g (1 ulas) bawang putih, dipotong halus
30 g (½ biji) lada benggala merah, dipotong halus
63 g (1 batang) saderi, dicincang halus
8 g (2 helai) daun pasli, dicincang
2 g (¼ sudu teh) thyme, dikisar halus
Jus daripada ½ biji lemon
Garam dan lada sulah secukup rasa
Foil aluminum, cukup untuk menutup mangkuk pembakar

Cara Memasak

1 Panaskan ketuhar kepada 200°C.
2 Panaskan minyak dengan api sederhana. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, saderi, lada benggala, dan daun pasli selama 4-5 minit atau sehingga lembut.
3 Asingkan separuh daripada sayuran yang telah dimasak ke dalam mangkuk yang lain. Masukkan roti, garam, lada sulah dan thyme ke dalam sayuran di dalam kuali. Gaulkan semuanya sehingga sebati untuk menjadi inti sayuran.
4 Masukkan udang dan biarkan sehingga udang masak.
5 Basuh dan keringkan kepingan filet ikan. Perahkan sedikit jus lemon ke atas kepingan filet. Letakkan inti sayuran, sapukan rata di atas kepingan filet dan gulungkan kepingan ikan tersebut.
6 Ratakan sayuran yang telah diasingkan tadi ke dasar mangkuk pembakar yang telah disapukan dengan sedikit minyak. Kemudian letakkan gulungan filet ikan tadi di atas sayuran dengan meletakkan bahagian lipatan ke bawah.
7 Bakar dengan menutup mangkuk pembakar manggunakan foil aluminum selama 15 minit. Alihkan foil aluminum dan bakar lagi selama 5 minit tanpa penutup.
8 Hidangkan bersama nasi panas.

Cadangan

1 Udang boleh juga digantikan dengan daging ketam atau sotong.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, October 13, 2012

Resepi buat Si Kecil Prasekolah : Sarapan - Fritata Telur bersama Bayam
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan - bahan :

3 biji telur
250 g (1 cawan) daging ayam dimasak dan dicincang
125 ml (½ cawan) susu
60 g (½ cawan) keju Mozzarella, diparut
30 g (½) lada benggala merah, dihiris nipis
30 g (½ cawan) bawang besar, dicincang
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
30 g (½ cawan) bayam, dicincang
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak
 
1 Tumiskan lada benggala dan bawang besar di dalam kuali sehingga lembut.
2 Di dalam mangkuk, pukul telur dan susu. Masukkan ayam, bayam, keju Mozzarella, serta garam dan lada sulah.
3 Tuangkan campuran ke dalam kuali. Tutup dan biarkan masak dengan api sederhana selama 7-10 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Potong kepada beberapa bahagian dan hidangkan bersama roti bakar.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, October 12, 2012

Resepi buat Si Kecil Prasekolah : Sarapan - Bruschetta Ayam Berkeju
Wanie7:30 AM 0 comments

 Bahan -bahan :

1 buku 6 inci Roti Perancis (baguette)
250 ml (1 cawan) sos pasta
120 g (1 cawan) Keju Mozzarella
400 g (1½ cawan) dada ayam, dimasak dan dicarik-carik.
100 g (1 cawan) cendawan butang, dimasak dan dihiris
60 g (½ cup) lobak merah, diparut
30 g (½ biji sederhana) lada benggala hijau, dipotong dadu kecil
Foil aluminum untuk melapisi dulang pembakar

Cara memasak

1 Panaskan ketuhar pada suhu 200°C.
2 Dengan menggunakan pisau tajam yang berjeriji, hiris atau belah baguette di bahagian tengah, kepada 6 inci panjang, (1 buku boleh dibahagikan kepada 4 – 6 bahagian, bergantung kepada kepanjangannya.)
3 Lapisi kertas aluminum di atas dulang pembakar dan letakkan potongan baguette di atas dulang pembakar tersebut.
4 Mulakan lapisan dengan meletakkan 1 sudu sos pasta di atas permukaan roti.
5 Kemudian, letakkan carikan daging ayam, cendawan butang, lada benggala dan lobak merah.
6 Taburkan keju mozzarella di atas roti.
7 Bakar selama 15 minit di dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
8 Hidangkan panas dan rangup.

Cadangan

1 Anda boleh menambah bahan yang lain (seperti daging cincang) yang anak anda suka untuk membuatnya kelihatan unik.
 
Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, October 11, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Snek - Jus Buah-buahan Campuran
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan - bahan :

Campuran Buah-buahan A

160 g (2 biji) kiwi
400 g (2 biji) mangga masak
150 g (15 biji) strawberi
750 ml (3 cawan) air

Campuran Buah-buahan B

400 g (3 biji) oren manis saiz sederhana
450 g (3 potong) tembikai atau betik
500 ml (2 cawan) air

Campuran Buah-buahan C

200 g (2 biji) epal hijau saiz sederhana
80 g (1 biji) lobak merah saiz sederhana
750 ml (3 cawan) air

Cara memasak

1 Pilih salah satu kombinasi campuran buah-buahan A, B atau C.
2 Bersihkan buah-buahan di bawah air mengalir, buangkan kulit, dan dipotong dadu bersaiz kecil.
3 Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga campuran buah-buahan menjadi lembut dan sebati.
4 Hidangkan sejuk bersama straw.




Cadangan

1 Minum jus bersama pulpa buah-buahan bersama bagi menambah serat.
2 Jika terlalu masam untuk anak anda, gantikan sebahagian air atau campurkan dengan satu sudu teh madu.
3 Anda perlu kreatif untuk menghidangkan buah-buahan kegemaran anak anda.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, October 10, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Snek - Sherbet Oren
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan -bahan :

500 ml (2 cawan) susu penuh krim sejuk
60 ml (4 sudu makan) jus oren
30 ml (2 sudu makan) jus lemon
30 g (2 sudu makan) gula
2 g (¹⁄³ sudu makan) kulit oren yang diparut


Cara memasak

1 Campur dan kacau kulit oren bersama gula di dalam mangkuk pengadun.
2 Masukkan jus lemon dan oren dan kacau sehingga gula larut.
3 Tambahkan susu dalam campuran dan kacau. Jika susu tersebut menjadi ketulan sedikit, tidak mengapa kerana ia tidak mengganggu tekstur sherbet beku.
4 Tuangkan campuran ke dalam acuan jeli dan bekukan.
5 Hidangkan bersama potongan oren.






Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, October 09, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Snek - Lassi Buah-buahan
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan -bahan :

300 g (2 biji) pisang
150 g (1 cawan) mangga masak
250 ml (1 cawan) yogurt perisa asli
375 ml (1½ cawan) susu
Ais yang dihancurkan

Cara memasak

1 Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar menjadi puri lembut.
2 Hidangkan bersama ais.

Cadangan

1 Senarai campuran lassi yang enak: pisang dan strawberi; pisang dan kiwi; atau pisang dan epal.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, October 08, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Chowder Ayam bersama Ubi Kentang
Wanie7:30 AM 0 comments

 Bahan - bahan :

200 g (¾ cawan) dada ayam, dipotong dadu
90 g (1 biji sederhana) ubi kentang, dipotong dadu
220 g (1 cawan) sayur campur (kacang pis, lobak merah dan jagung)
55 g (5 sudu makan) keju Cheddar,diparut
250 ml (1 cawan) susu penuh krim
15 g (1 sudu makan) mentega
 
Cara memasak

1 Panaskan mentega di dalam kuali kecil.
2 Masukkan ayam dan ubi kentang, kacau dan masak sehingga lembut.
3 Masukkan sayur campur dan susu ke dalam kuali.
4 Biarkan di atas api perlahan selama 10 minit.
5 Masukkan keju. Hidangkan suam bersama roti bakar atau pasta.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, October 07, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Snek - Ubi Kentang Bakar Berkeju
Wanie7:30 AM 0 comments

350 g (4 biji sederhana) ubi kentang dimasak di dalam air mendidih selama 15 minit
4 keping keju
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran

Cara memasak

1 Panaskan ketuhar pada suhu 450°C.
2 Buangkan kulit dan belah ubi kentang memanjang.
3 Letakkan kentang di atas kertas pembakar dan letakkan sedikit minyak.
Gaul menggunakan tangan sehingga kentang disalut sepenuhnya.
4 Letakkan keju di atas kentang dan bakar selama 5 minit.
5 Hidangkan semasa panas.

Cadangan

1 Gunakan kentang Russet kerana ia mempunyai tekstur yang lebih lembut.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, October 06, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Snek - Muffin Labu Epal
Wanie7:30 AM 0 comments

100 g (1 biji sederhana) epal hijau, dikupas dan diparut
70 g (½ cawan) labu, dimasak dan dilenyek menjadi puri
80 g (½ cawan) kismis
125 ml (½ cawan) susu penuh krim
190 g (¾ cawan) madu
1 biji telur, dipukul ringan
45 ml (3 sudu makan) minyak sayuran

Bahan yang diayak bersama : 
190 g (1¹⁄³ cawan) tepung pelbagai guna
90 g (²⁄³ cawan) tepung mil penuh
10 g (2 sudu teh) serbuk penaik
2 g (½ sudu teh) serbuk soda
1 g (½ sudu teh) serbuk kayu manis

Cara memasak

1 Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
2 Kacau bersama telur, minyak sayuran, madu dan susu di dalam mangkuk besar.
3 Masukkan epal yang diparut, puri labu dan kismis ke dalam sebatian dan gaul sehingga sebati.
4 Masukkan campuran tepung yang ditapis perlahan-lahan ke dalam sebatian. Kacau sehingga mendapat adunan yang lembut. Jangan terlebih kacau atau mufin akan menjadi keras.
5 Sapukan dulang acuan mufin dengan mentega atau masukkan bekas kertas mufin. Isikan setiap acuan dengan adunan mufin sehingga ¾ penuh.
6 Bakar selama 20 minit. Mufin sedia dimakan apabila batang penguji (pencungkil gigi) dikeluarkan tanpa ada kesan.
7 Hidangkan semasa suam.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, October 05, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil Anda : Hidangan tengahari/Malam : Mee Goreng
Wanie7:30 AM 0 comments

 
Bahan - bahan :

180 g (2 bahagian) mi kering yang dimasak dan ditoskan
200 g (¾ cawan) dada ayam, dipotong kecil
60 g (½ cawan) lobak, diracik halus
30 g (2) kacang panjang, dipotong halus
50 g (2 helai) daun kobis, diracik halus
10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang
15 ml (1 sudu makan) kicap soya cair
10 g (2 sudu teh) kicap soya pekat
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak

1 Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2 Masukkan ayam dan tumis beberapa minit hingga masak.
3 Masukkan sayur-sayuran dan kacau sehingga lembut. Masukkan air jika perlu.
4 Tambah kicap, secubit garam dan lada sulah secukup rasa.
5 Masukkan mi dan gaul bersama sehingga campuran sebati dan panas.
6 Hidangkan semasa panas.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, October 04, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Hidangan tengahari/Malam : Nasi Tomato Daging
Wanie7:30 AM 0 comments




Bahan - bahan : 

183 g (1 cawan) beras
50 g (2 biji) tomato, dipotong dadu
200 g (¾ cawan) daging, dibuang lemak dan dihiris halus
30 ml (2 sudu makan) puri tomato
250 ml (1 cawan) sos tomato
30 g (½ biji sederhana) lada benggala hijau, dihiris
250 ml (1 cawan) air
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
10 g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
10 g (½ cm) halia, dititik
10 g (1 biji) bawang kecil, dihiris
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak

1 Masak nasi dengan puri tomato, ½ cawan sos tomato dan air di dalam periuk nasi elektrik.
2 Di dalam kuali berasingan, tumis bawang putih, halia dan bawang. Masukkan potongan tomato dan baki sos tomato.
3 Masukkan hirisan daging ke dalam kuali dan masak sehingga lembut. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Tambah air jika perlu.
4 Alihkan kuali daripada api dan letakkan ke tepi.
5 Masukkan nasi ke dalam acuan jeli bulat. Buat lubang di tengah nasi dan masukkan lauk daging tomato yang sudah dimasak.
6 Telangkupkan acuan jeli berisi nasi dan lauk daging tomato ke atas pinggan dan hidangkan.

Cadangan

1 Daging boleh juga digantikan dengan ayam.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, October 03, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Hidangan tengahari/Malam : Makaroni Goreng
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan - bahan : 

150 g (1²⁄³ cawan) makaroni, dimasak dan ditoskan
200 g (¾ cawan) daging, dibuang lemak dan dicincang halus
30 g (6 biji) cendawan butang
30 g (½ biji) lada benggala merah
30 g (½ biji) lada benggala hijau
120 ml (½ cawan) sos tomato
80 ml (¹⁄³ cawan) tomato
180 ml (¾ cawan) stok daging lembu rebusan sendiri
26 g (2 sudu makan) marjerin
25 g (5 ulas) bawang putih
3 g (½ biji) cili hijau
3 g (½ biji) cili merah
50 g (2 biji) bawang besar
Garam secukup rasa

Hiasan: daun ketumbar, bawang goreng

Cara memasak

1 Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis bahan dicincang hingga wangi.
2 Masukkan sos tomato, pes tomato, stok daging lembu dan daging kisar.
3 Kacau dan masak sehingga daging masak dan lembut.
4 Masukkan makaroni, lada benggala dan cendawan butang. Masukkan garam secukup rasa.
5 Hiaskan sebelum hidang.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, October 02, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Hidangan tengahari/Malam : Stew Daging
Wanie7:30 AM 0 comments



Bahan - bahan :

250 g (1 cawan) daging tanpa lemak, dipotong kiub
50 g (5 sudu makan) tepung
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil lada sulah
90 g (1 saiz sederhana) ubi kentang, dipotong kiub
90 g (¾ cawan) lobak merah, dipotong dadu
125 g (1 cawan) daun saderi , dipotong dadu
60 g (¾ cawan) bawang merah, dicincang
30 ml (2 sudu makan) puri tomato
15 ml (1 sudu makan) sos Worcestershire
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
625 ml (2½ cawan) air
5 ml (1 sudu teh) kicap pekat
20 g (2 sudu makan) bawang besar, dihiris (untuk ditumis)
2 helai daun salam
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara memasak

1 Perap daging dengan campuran tepung, garam dan lada sulah.
2 Tumis bawang sehingga wangi. Campurkan daging dan masak sehingga keperangan.
3 Masukkan air, sos Worcestershire, kicap pekat, puri tomato, dan daun salam ke dalam kuali dan kacau. Biarkan mereneh dan tutup sehingga daging lembut.
4 Masukkan ubi kentang, daun saderi, lobak merah dan bawang merah. Biarkan selama lebih kurang 30 minit atau sehingga sos pekat.
5 Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
6 Keluarkan minyak berlebihan daripada masakan.
7 Ubahsuai kepekatan masakan dengan tepung dan air jika perlu.

 Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, October 01, 2012

Resepi buat Anak-anak Kecil : Hidangan tengahari/Malam :Sayur Taugeh bersama Telur dan Tauhu
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan-bahan :

170 g (2 cawan) taugeh
50 g (4) ekor udang segar, dibuang kulit
10 g soo hoon, direndam sehingga lembut
150 g (1 keping) tauhu saiz sederhana, dipotong kiub
2 biji telur, dipukul
50 g daun kucai, dipotong 1 cm panjang
10 g (1 sudu makan) bawang besar, dihiris halus
20 g (4 ulas) bawang putih,dicincang halus
5 ml (1 sudu teh) kicap cair
5 ml (1 sudu teh) minyak
Garam dan lada sulah secukup rasa



Cara memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga wangi.
2 Masukkan udang, tauhu, bawang, soo hoon dan kacau.
3 Masukkan taugeh, daun kucai dan kicap cair. Kacau sehingga sebati.
4 Masukkan telur, dan kacau perlahan-lahan selama lebih kurang 3 minit.
5 Tambah garam dan lada secukup rasa. Hidangkan bersama nasi.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, September 29, 2012

Sorotan Bajet 2013 | 1 Malaysia
Wanie7:30 AM 0 comments

special thanks to 1malaysia.com.my

Wednesday, September 26, 2012

Resepi Si Manja : Tengah hari/ Malam - Kobis Bunga dan Sengkuang Goreng
Wanie7:30 AM 0 comments

 Bahan-bahan :

60 g (½ cawan) kobis bunga,dipotong
110 g (1 cawan) sengkuang, diparut
180 g (1 cawan) udang, dibuang kulit
60 g (½ cawan) lobak merah,dipotong dadu
30 g (½ biji) lada benggala kuning,dihiris
10 g (2 ulas) bawang putih,dipotong
30 g (3 biji) bawang merah,dipotong
30 ml (2 sudu makan) air
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
Garam secukup rasa

Cara memasak

1. Tumis bawang dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau sehingga masak.
3. Masukkan kobis bunga, lada benggala, lobak merah dan sengkuang. Kacau selama 1 minit.
4. Masukkan air dan teruskan mengacau sehingga sayuran masak sepenuhnya. Tambah garam secukup rasa.
5. Hidangkan bersama nasi.




Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, September 25, 2012

Hidangan Si Manja : Tengah hari/Malam - Kurma Ayam
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan - bahan utama :

200 g (¾ cawan) dada ayam
180 g (2 biji sederhana) kentang, dipotong empat
50 g (2 biji) tomato, dibelah empat
25 g (½ paket) rempah kurma
125 ml (½ cawan) air
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
45 g (½ biji) bawang merah, dihiris
1 g (1 ulas) bunga cengkih
1 cm kulit kayu manis
1 g (3 biji) buah pelaga
10 g daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa

Bahan untuk memerap ayam:

10 g (2 ulas) bawang putih
10 g (½ cm) halia
30 g (3) bawang kecil
15 g (2 sudu makan) bawang goreng
125 ml (½ cawan) santan
125 ml (½ cawan) susu segar

Cara memasak

1. Perap ayam selama 30 minit.
2. Panaskan minyak. Goreng bawang kecil bersama bunga cengkih, kulit kayu manis, dan buah pelaga hingga wangi.
3. Masukkan kentang, ayam, rempah kurma dan masak selama 10 minit.
4. Masukkan daun pandan dan garam.
5. Perlahankan api dan masak sehingga kentang dan ayam menjadi lembut.
6. Masukkan tomato sebaik sebelum menghidangkan bersama nasi.



Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, September 24, 2012

Resepi si Manja : Sarapan - Sup Makaroni Ikan
Wanie7:30 AM 0 comments





Bahan - bahan:

120 g (1¹⁄³ cawan) makaroni
200 g (1 cawan) kepingan ikan, dihiris halus
60 g (1 cawan) bayam, dipotong halus
4 biji bebola ikan
375 ml (1½ cawan) air
Garam dan lada putih secukup rasa

Cara memasak

1. Rebus makaroni sehingga lembut. Keringkan dan basuh dengan air sejuk.
2. Letak makaroni dalam mangkuk hidangan.
3. Reneh air dalam periuk. Masukkan kepingan ikan dan masak sehingga lembut.
4. Masukkan bayam ke dalam sup dan rebus selama 1 minit.
5. Tambahkan garam secukup rasa.
6. Tuangkan sup ke atas makaroni.
7. Biarkan sejuk sedikit dan hidangkan.
Cadangan

1. Gantikan makaroni dengan pasta fussili atau spiral untuk kelainan.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, September 23, 2012

Resepi Si Manja : Sarapan - Quiche Mi Segera bersama Sayur
Wanie7:30 AM 0 comments




Bahan - bahan :
 80 g (1 paket) mi segera tanpa goreng (tanpa perencah)
100 g (½ cawan) sayur campur (kacang, jagung, lobak merah)
3 biji telur, dipukul ringan
45 ml (3 sudu makan) susu
60 g (½ cawan) keju, diparut
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
250 ml (1 cawan) stok ayam, rebusan sendiri
Garam dan lada sulah secukup rasa 
Cara memasak

1. Masak mi segera bersama stok ayam selama 2 minit. Toskan dan letakkan
ke tepi.
2. Masak sayur campur di dalam air rebusan selama 2 minit di dalam kuali. Toskan dan letakan di tepi.
3. Campurkan kesemua sayur campur, mi, telur, susu dan keju dan gaul sebati. Tambahkan perasa dengan garam dan lada putih.
4. Campurkankan bahan-bahan menggunakan garpu.
5. Panaskan minyak di dalam kuali. Tuangkan campuran ke dalam kuali. Gunakan garpu untuk meratakan mi dan sayur-sayuran.
6. Masak menggunakan api sederhana selama 3 minit atau sehingga telur hampir masak.
7. Letakkan di atas gril selama 5 minit atau sehingga bahagian atas menjadi sedikit keperangan.
8. Biarkan sejuk dan potong kepada beberapa bahagian. Hidangkan.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, September 22, 2012

Resepi si Manja : Sarapan - Roti Bakar ala Perancis
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan-bahan :

4 keping roti
80 ml (¹⁄³ cawan) susu penuh krim
2 biji telur, dipukul
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
5 ml (1 sudu teh) madu
2 g (¼ sudu teh) serbuk kayu manis
Garam secukup rasa




Cara memasak
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Masukkan susu penuh krim, garam, madu, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati.
3. Celupkan sekeping roti menggunakan garpu ke dalam adunan satu per satu. Celupkan sehingga roti sebati dgn adunan tetapi tidak terlalu lama agar roti tidak lembik dan hancur.
4. Goreng roti dengan sedikit minyak sayuran di atas kuali kecil dengan api sederhana dalam 2-3 minit pada setiap bahagian sehingga emas keperangan.
5. Tekan roti di atas kuali dengan sudip untuk mendapatkan roti rangup ala Perancis tetapi pastikan tidak hangus.

Cadangan

1. Hidangkan roti bakar dengan sirap maple, madu atau krim keju.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, September 21, 2012

@ Pappar Delle Cafe
Wanie7:30 AM 0 comments

Salam Jumaat semua..

Actually time publish entry ni, wanie sekeluarga dah bertolak ke Pulau Pinang..=)

Malam ahad lepas wanie sekeluarga bawak mama, abah, angah & aliff ke Cafe Pappar Delle untuk makan malam...

So pic aira kat bawah ni di snap oleh angah - antara ragam-ragam Aira sepanjang di Cafe berkenaan.. =)


Since Aira baik demam campak baru ni, dah start kuat makan dah.. hari2 makan bubur ayam+carrot.. kalau hari bekerja suap 2x .. kalau hari weekend wanie akan suap 3x.. =)..makan banyak.. poo-poo pun banyak..

oklah, setakat tu je la entry wanie pada hari ni.. doakan perjalanan kami selamat pergi & kembali.. insyaALLAH.. take semua..


Wednesday, September 19, 2012

Pelan Hidangan untuk Anak Kecil Anda !
Wanie7:30 AM 0 comments

Tugas menyediakan makanan yang berkhasiat untuk anak kecil anda boleh menjadi seronok dan kreatif ! Anda hanya perlu membuat perancangan lebih awal. Jadual di bawah merupakan contoh menu 2 hari untuk memberi sedikit idea dan membantu anda merancang masakan untuk si manja. Pada asasnya, sentiasa rancang 3 sajian utama dan 2 snek untuk sehari.

Contoh pelan sajian makan 2 hari untuk anak kecil




~ Auto publish ~
Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, September 18, 2012

Memasak Untuk Anak Kecil Anda..
Wanie7:30 AM 0 comments

Anak-anak kecil gemar meneroka keadaan di sekeliling, termasuk mencuba makanan baru, rasa baru dan tekstur baru. Hidangkan makanan yang anda juga boleh menikmatinya, iaitu makanan yang berkhasiat, sedap dan disediakan dengan kreatif !

Ramuan yang Berkhasiat

* Kurangkan santan dan gantikan dengan susu untuk masakan kari.
* Untuk menambah kelazatan masakan anda, gunakan herba (seperti halia, serai, daun limau purut, selasih) dan rempah-ratus (seperti kayu manis, kunyit) untuk menggantikan minyak, gula, garam dan perasa tiruan.
* Jadikan setiap masakan anda lebih seimbang dengan menambahkan sayur-sayuran. Jika si manja anda enggan memakan sayur, cincang sayur dan masukkan ke dalam makanan kegemarannya.

Hidangan yang Membuka Selera

* Sediakan sekurang-kurangnya satu hidangan yang mempunyai tekstur lembut, berkuah atau bersup.
* Masakan untuk anak-anak kecil perlulah kurang pedas.
* Hidangkan makanan dalam bentuk dan gaya yang menarik untuk menjadikannya lebih menyelerakan.

Menjimatkan Masa

*Anda tidak perlu menyediakan masakan yang berasingan untuk si manja. Anda boleh masak hidangan yang sama untuk keluarga dan si manja, tetapi ketepikan sebahagian untuk si manja sebelum
menambah cili atau rempah ke dalam masakan selebihnya.

Selamat untuk Dimakan

* Buang tulang daripada ayam/daging/ikan sebelum dihidangkan.
* Sediakan daging atau sayuran dalam potongan kecil supaya si manja tidak tercekik.
*Jangan beri telur mentah dan susu tidak berpasteur kepada anak kecil anda untuk mengelakkan risiko keracunan makanan.
* Sentiasa pastikan daging, ayam dan ikan dimasak hingga betul-betul masak sebelum
dihidangkan.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, September 17, 2012

Petua Menyediakan Makanan Sihat untuk Si Kecil Yang Aktif !
Wanie7:30 AM 0 comments

Amalkan 7 langkah ini untuk memastikan si kecil mendapat segala keperluannya.


1. Sediakan campuran makanan yang seimbang daripada setiap kumpulan makanan dalam Piramid Makanan untuk memastikan si kecil mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan.
2. Berikan si kecil pelbagai makanan daripada setiap kumpulan, contohnya, jika anda menyediakan ikan untuk makan tengah hari, hidangkan ayam untuk makan malam.
3. Pengambilan terlalu banyak atau terlalu sedikit nutrien boleh menimbulkan masalah kesihatan. Jadi, berikan makanan secara sederhana menurut jumlah yang disyorkan dalam Piramid Makanan.
4. Pastikan si kecil yang berusia 2-4 tahun makan setiap kali tiba waktu makan. Dia memerlukan tenaga untuk pergerakan badannya sepanjang hari.
5. Snek sihat memastikan si kecil anda riang dan aktif antara waktu makan, tetapi jangan beri snek 2 jam sebelum waktu makan agar tidak menjejaskan seleranya.
6. Susu adalah makanan yang baik untuk semua, tanpa mengira umur. Teruskan memberi si kecil susu dan produk tenusu setiap hari.
7. Si kecil memerlukan sedikit lemak untuk membekalkan tenaga dan juga untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Gunakan lemak dan minyak dengan sewajarnya apabila menyediakan sajian makanan untuk si kecil dan keluarga anda.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, September 16, 2012

Keperluan Pemakanan Anak Kecil
Wanie7:30 AM 0 comments


Apabila si kecil anda semakin membesar dan mula berjalan dan berlari (2-4 tahun), dia bukan sahaja bertambah aktif setiap hari, malah membuka mindanya untuk meneroka, memahami dan mempelajari tentang dunia di sekelilingnya. Proses pertumbuhan dan perkembangan ini berterusan sehingga dia
memasuki prasekolah (4-6 tahun).

Sepanjang tempoh yang dikenali sebagai fasa pertumbuhan ini, si kecil memerlukan pemakanan yang optimum untuk menyokong proses pertumbuhan dan perkembangannya. Keperluan pemakanannya bertambah apabila ketinggian dan berat badannya bertambah.
Si kecil juga memerlukan lebih banyak tenaga untuk membolehkannya terus aktif. Si kecil juga sekarang boleh mengambil lebih makanan daripada sebelumnya kerana badannya dan perutnya juga semakin membesar. Oleh itu, adalah penting untuk anda terus memberikan sajian makanan yang bukan sahaja
pelbagai dan seimbang, tetapi juga dalam jumlah yang disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia (lihat muka sebelah). Ini juga adalah masa yang baik untuk menggalakkan anak kecil anda makan bersama keluarga. Anda bukan sahaja boleh memperkenalkan makanan keluarga ke dalam dietnya, tetapi juga memberi peluang kepada si kecil untuk merapatkan hubungan dengan seisi keluarga.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, September 15, 2012

Resepi si manja 12 bulan dan ke atas : Snek - Susu Kocak Coklat Tembikai Susu
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan - bahan :

250 g (4 senduk) ais krim perisa vanila
300 g (2 potong) tembikai susu, dipotong dadu
500 ml (2 cawan) susu penuh krim sejuk
125 ml (½ cawan) sirap coklat
Tembikai susu yang dihiris halus sebagai hiasan tambahan

Cara memasak

1 Masukkan ais krim, susu, sirap coklat, dan tembikai susu ke dalam mesin pengisar.
2 Kisar semua bahan sehingga hancur.
3 Hiaskan dengan hirisan buah tembikai susu.

Cadangan

1 Buah tembikai susu boleh juga digantikan dengan buah pisang atau
strawberi.
 
Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, September 14, 2012

Resepi si manja 12 bulan & ke atas : Snek - Mousse Mangga
Wanie7:30 AM 0 comments



Bahan - bahan :

120 g (½ biji sederhana) mangga, dilenyek menjadi puri
250 ml (1 cawan) krim putar
65 g (¹⁄³ cawan) gula pasir
10 g (2 sudu teh) gelatin tanpa perisa
60 ml (4 sudu makan) air

Cara memasak

1 Masukkan gelatin dan air ke dalam cawan kastard. Rendamkan cawan di dalam air panas dan kacau sehingga gelatin larut.
2 Masukkan puri mangga ke dalam larutan gelatin yang telah sejuk, kacau sehingga sebati dan letakkan ke tepi.
3 Masukkan krim ke dalam mangkuk berasingan yang telah disejukkan. Pukul krim sehingga ia menjadi pekat. Kemudian perlahan-lahan masukkan gula dan pukul sehingga kembang dan stabil.
4 Campurkan puri mangga tadi ke dalam krim dan kacau sehingga sebati.
5 Masukkan sebatian ke dalam cawan/mangkuk hidangan berasingan.
6 Simpan di dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum menghidang.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Thursday, September 13, 2012

Resepi si Manaja 12 bulan & ke atas : Hidangan tengahari/Malam - Bebola Ikan
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan - bahan :

180 g (¾ cawan) isi ikan tenggiri, dibuang tulang dan kulit
5 g (2 sudu teh) tepung jagung
Secubit garam
Secubit lada sulah

Cara memasak

1 Campurkan isi ikan tenggiri, garam lada sulah, dan tepung jagung ke dalam mesin pengisar.
2 Kisar kesemua bahan-bahan sehingga halus.
3 Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk besar. Baling adunan ke bahagian tepi mangkuk. Ulang sehingga menjadi adunan pejal dan berkilat.
4 Bentukkan adunan menjadi bebola kecil menggunakan tangan.
5 Celurkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
6 Hidangkan bersama sup atau bubur nasi.

Cadangan

1 Untuk memudahkan membentuk bebola adunan, basahkan tangan semasa mahu membentuk adunan menjadi bebola kecil supaya isi ikan tidak melekat di jari.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Wednesday, September 12, 2012

Resepi si Manja (12 bulan & ke atas) : Hidangan tengahhari/malam -Ayam Masak Masam Manis
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan-bahan :

160 g (¾ cawan) daging dada ayam,
dipotong kiub
10 g (1 sudu teh) biji bijan
40 g (¹⁄³ cawan) lobak merah, dipotong dadu
20 g (¹⁄³ cawan) sos tomato
10 g (1 sudu makan) bawang besar, dihiris nipis
25 g (¼ biji) lada benggala hijau, dihiris nipis
10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang halus
30 ml (2 sudu makan) minyak sayuran
125 ml (½ cawan) air
Garam secukup rasa

Cara memasak

1 Panaskan minyak dengan api yang perlahan. Masukkan bawang besar, bawang putih, biji bijan dan tumis sehingga naik baunya. Masukkan lobak merah dan air dan reneh sehingga masak.
2 Masukkan ayam, dan goreng sehingga lembut. Tutup dan renehkan selama 10 minit
atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
3 Masukkan lada benggala dan sos tomato. Teruskan memasak dengan menggunakan api yang perlahan.
4 Masukkan garam secukup rasa. Hidangkan semasa suam.

Cadangan

1 Untuk kanak – kanak yang lebih berusia, anda boleh menambahkan sos cili jika anak – anak anda menyukainya.



Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, September 11, 2012

Resepi si Manja (Menu T/Hari/Malam) : Sup Ikan dan Cendawan
Wanie7:30 AM 0 comments



Bahan- bahan :

160 g (1 keping) filet ikan merah, dipotong menjadi kiub, diperapkan dengan
garam, lada sulah dan tepung jagung
60 g (½ cawan) lobak merah, dipotong dadu
60 g (¾ cawan) cendawan tiram segar, dihiris halus
10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang halus
10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang halus
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
10 g (½ inci) halia
400 ml (1½ cawan) air
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak

1 Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan menggunakan minyak
sayuran di dalam periuk. Toskan minyak berlebihan
2 Masukkan air, diikuti dengan lobak merah. Rebuskan selama 20 minit.
3 Masukkan isi ikan dan rebus selama 5 minit lagi.
4 Masukkan cendawan dan rebus sehingga lembut
5 Tambahkan garam dan lada sulah sebagai perasa
6 Hidangkan bersama nasi panas.

Cadangan

1 Anda boleh menambah jenis sayur-sayuran yang lain seperti bayam, kobis
panjang ataupun daun sawi bersama cendawan.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Monday, September 10, 2012

Resepi si Manja 12 bulan ke atas : Sup Kacang Dhal dan Sayur Campur bersama Ayam
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan-bahan :

50 g (½ cup) kacang dhal, direndam semalaman
30 g (2 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
25 g (1 biji) tomato, dibelah empat
45 g (½ biji) ubi kentang, dipotong dadu
60 g (½ cawan) lobak merah, dipotong dadu
76 g (½ keping) tauhu, dipotong dadu
30 g (¹⁄³ cawan) kobis, dicincang
1750 ml (7 cawan) stok ayam rebusan sendiri
Garam secukup rasa

Cara Memasak
1 Rebuskan stok ayam dan kacang dhal di dalam periuk selama 30 minit.
2 Masukkan ubi kentang, lobak merah dan kacang pis. Rebus sehingga
lembut.
3 Masukkan kobis ke dalam periuk dan teruskan merebus selama 3 minit.
4 Masukkan tomato dan tauhu.
5 Masukkan garam dan renehkan sup selama 1 minit.
6 Hidangkan panas bersama dengan nasi.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Sunday, September 09, 2012

Baby Aira kene demam campak
Wanie7:30 AM 0 comments

Salam semua

Apa khabar? Ummi Wanie alhamdulillah, sihat-sihat aje.. cuma yang tak sihatnya ialah anakanda kesayangan Ummi Wanie, Baby Aira..

Baby Aira kene demam campak start khamis lepas. Bermula dengan demam panas sejak isnin lepas (memang panas badannya sampai kene tuam dengan air batu tau sebab suhu badan lambat turun)

..paling merisaukan Baby Aira akan demam pada waktu malam.. start kul 11 malam ++


plan Jumaat pagi nak balik ke setiu tak jadi sebab Baby Aira dah kene demam campak.. kesiann..then mintak husband jumpa ustaz dapatkan aira tawar... alhamdulillah, since Baby Aira start minum air tawar ustaz yusoff, dah kurang bintik2 kemerahan di badannya..

So far hari ni hari ketiga tinggal skit2 je dekat kaki Baby Aira + dah start nak makan.. kalau tak sejak demam hari tu susah sungguh nak mamam.. sayang anak ummi..

So harapnya anak ummi lekas2 sihat ye sayang.. boleh main dengan ummi & walid selalu..

Saya nak share tips2 menjaga anak/baby yang berusia kurang 1 tahun ketika demam campak:

1. Ketika anak demam - terus ke klinik -> bagi makan ubat demam -> kawal suhu badan anak (rajin-rajin la tuam anak atau renjis air/ais dekat kepala anak)

2. Pemakaian baju anak ketika demam - jika badan anak terlalu panas, cuba pakaikan anak dengan baju/seluar yang tidak ketat & kain yang tidak panas.. contoh : baju/seluar berlubang.

3. Kalau anak demam - x perlu nak mandikan die, just lap2 badan..

4. Anak demam campak ni biasanya akan rase lenguh2 badan, so biarkan anak anda baring-baring di tilam/katil dengan kawalan anda.

5. Jika anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan demam campak, Doktor mungkin akan memberi losyen (cecair khas) untuk disapukan pada seluruh badan. Kalau badan anak anda masih kemerahan, sapukan losyen berkenaan.

6. Dapatkan air tawar daripada Ustaz-ustaz (nasihat dari orang tua).Alhamdulillah.. memang berkesan..

Sekian sahaja tips untuk menjaga anak yang dijangkiti demam campak.

Daaaa....






Friday, September 07, 2012

Resepi 12 Bulan & Ke Atas : Hidangan tengahari/Malam - Kuey Teow bersama Daging Cincang dan Sup Tomato
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan-bahan

200 g (2 cawan) kuey teow, dibilas dengan air suam
160 g (¾ cawan) daging tanpa lemak, dicincang halus
30 g (4 biji) bebola ikan, dipotong dadu
50 g (5 ekor) udang bersaiz sederhana, dibuang kulit dan dipotong dadu
25 g (1 biji) tomato, dipotong dadu dan dibuang kulit dan bijinya
40 g (½ cawan) daun sawi, dicincang halus
40 g (½ cawan) taugeh
20 g (2 biji) bawang merah, dihiris halus
5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri
Garam secukup rasa

Cara Memasak

1 Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak sayuran sehingga ia kekuningan. Masukkan pati ayam dan reneh selama 10 minit.
2 Masukkan daging cincang dan rebus sehingga masak. Kemudian, masukkan
udang dan bebola ikan.
3 Masukkan daun sawi, taugeh, tomato dan rebus selama 5 minit.
4 Akhir sekali, masukkan kuey teow dan garam secukup rasa.
5 Tutup api sebaik sahaja ia mendidih. Hidangkan suam.

Cadangan

1 Anda boleh juga menggunakan mi, bihun, atau pasta.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my