Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Miliki 3 Buah Buku Istimewa dengan Hanya RM 70! sahaja termasuk Pos.

Saturday, February 23, 2013

Sarapan Pagi & Kudapan : Kuih Gulung Sayuran
Wanie7:47 AM 2 comments

Bahan-bahan :

3 keping kulit popia (segi empat)
180 g (2 cawan) lobak merah, disagat
130 g (1½ cawan) kubis, dicincang halus
430 g (2½ cawan) kacang soya, direndam
semalaman dan direbus sehingga lembut
10 g (1 biji) bawang merah, dicincang halus
30 ml (2 sudu makan) pes tomato
15 ml (1 sudu makan) susu soya
10 ml (2 sudu teh) minyak
10 ml (2 sudu teh) biji bijan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Secubit serbuk kulit kayu manis

 Cara Memasak :

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga wangi dan garing.
2. Tambahkan lobak merah dan kubis. Masak selama 1-2 minit.
3. Kisar kacang soya dalam pengisar dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan pes tomato, garam, lada sulah dan serbuk kulit kayu manis ke dalam kuali. Padamkan api dan biarkan sejuk.
4. Potong kulit popia menjadi dua dan bahagikan intinya menjadi 6 bahagian.
Masukkan sesudu inti secara memanjang di hujung kulit popiah. Beruskan susu soya di hujung bertentangan dengan inti tadi. Kemudian gulungkan untuk menutup
intinya. Ulang langkah ini sehingga inti habis digunakan.
5. Potong gulungan kepada 6 bahagian yang sama panjang dan letakkan di atas dulang yang telah digris dengan mentega. Sapukan bahagian atas setiap gulungan dengan susu soya dan cucuk dengan garpu. Taburkan sedikit biji bijan.
6. Bakar dalam api sederhana 210°C selama 20-25 minit, atau sehingga rangup dan keperangan.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook Volume II, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, February 22, 2013

Sarapan Pagi & Kudapan : Kari Dhal Sayuran
Wanie10:05 AM 0 comments

Bahan - bahan :

100 g (1 cawan) kacang dhal, direndam
semalaman dan direbus sehingga lembut
60 g (½ cawan) lobak merah, dipotong kiub kecil
86 g (1 cawan) terung, dipotong kecil
50 g (¹/₅ biji) timun, dibelah dan dipotong kecil
25 g (1 biji) tomato, dipotong kecil
800 ml (3 cawan) stok sayuran buatan sendiri
10 g (1 biji) bawang merah, dicincang
10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang
10 g (1 sudu teh) serbuk kari
20 g (2 sudu teh) serbuk cili
1 tangkai daun kari
5 g (1 sudu teh) jintan putih
20 g (2 sudu teh) biji sawi hitam
7 g (1 sudu teh) serbuk kunyit
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
2 sudu makan daun ketumbar, dihiris

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana. Masukkan bawang merah, bawang putih dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, biji sawi, serbuk cili, daun kari dan jintan putih. Tumis seketika dan kacau sentiasa supaya tidak hangus. Masukkan stok sayuran.
2. Tambahkan kacang dhal ke dalam kuali dan didihkan sehingga kuah tersebut menjadi pekat.
3. Masukkan lobak merah dan terung dan teruskan mendidih sehingga masak. Kemudian masukkan timun dan akhir sekali tomato.
4. Tutup dan didihkan dalam api kecil selama 15 minit sehingga kacang dhal sudah empuk dan kuah menjadi pekat. Hidangkan bersama daun ketumbar.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook Volume 2, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Tuesday, February 19, 2013

Penuhi Keperluan Keluarga dengan BMV
Wanie7:00 AM 0 comments

Pemakanan yang baik dan senaman yang kerap akan menjamin kesihatan dan kesejahteraan optimum keluarga anda. Diet yang tidak seimbang dan kurang berkhasiat akan mengakibatkan malpemakanan – sama ada terlebih atau terkurang.
Gunakan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan untuk membantu anda menguruskan pemakanan dengan baik. Ia merupakan alat bantuan visual mudah yang dapat membantu anda dan keluarga membuat pilihan jenis dan jumlah makanan harian yang tepat. Ikuti prinsip-prinsip asas di bawah untuk memupuk tabiat makan yang sihat.




Konsep BMV ini membantu anda dan keluarga mendapatkan nutrien yang diperlukan dan mengekalkan
berat badan yang sihat di samping mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik yang berkaitan dengan
pemakanan.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook Volume 2, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, February 16, 2013

Sup Wantan Ayam
Wanie7:30 AM 0 comments

Bahan - bahan (Inti)

16 kulit wantan
120 g (½ cawan) daging ayam dibuang lemak dan
kulit, dikisar
60 g (⅓ cawan) isi udang, dicincang kasar
5 g (3 biji) sengkuang cina, dicincang kasar
30 g (¼ cawan) lobak merah, dihiris halus
15 ml (1 sudu besar) kicap
1 biji telur, dipukul perlahan
3 g (1 sudu teh) tepung jagung




Bahan - bahan (Sup)
1.5 L (6 cawan) stok ayam buatan sendiri
40 g (4 biji) bawang merah, dihiris halus
10 g (½ inci) halia, dihiris
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak :

1. Campurkan ayam, udang, sengkuang cina, lobak merah, tepung jagung dan kicap. Gaul sebati
ramuan inti dan biarkan selama 30 minit.
2. Letakkan ½ sudu teh (2.5 ml) inti di tengah-tengah kulit wantan.
3. Kumpulkan 4 bucu kulit wantan ke tengah-tengah dan tutup dengan menyapu telur yang dipukul.
4. Didihkan 3 cawan air di dalam periuk. Setelah mendidih, masukkan wantan tadi ke dalam air. Apabila wantan telah timbul di permukaan air, senduk keluar daripada periuk dan ketepikan.
5. Renihkan stok ayam bersama bawang merah dan halia selama beberapa minit. Taburkan sedikit lada sulah dan secubit garam.
6. Tutup api dan hidangkan wantan bersama sup dan mi.


Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook Volume 2, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, February 15, 2013

Bento Telur Gulung
Wanie7:30 AM 0 comments


Bahan - bahan :

3 biji telur
10 g (1 sudu teh) kepingan tuna dalam air
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit minyak sayuran

Cara Memasak :

1. Campurkan semua bahan dan pukul sehingga sebati dengan menggunakan garpu atau penyepit. Jangan pukul terlalu kuat untuk mengelak buih.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
3. Letakkan 2-3 sudu makan penuh campuran telur ke dalam kuali. Masak dalam api sederhana sehingga sedikit mengeras tetapi tidak terlalu cair. Gulung menggunakan garpu atau penyepit ke bahagian hadapan kuali.
4. Letakkan lagi 2 sudu makan campuran telur ke dalam kuali. Ratakan ke sekeliling permukaan kuali dan angkat sedikit telur yang telah digulung tadi supaya telur yang belum masak mengalir di bawahnya.
5. Masak sehingga lapisan tersebut hampir keras, kemudian gulung telur tersebut bersama telur yang sudah digulung ke arah bertentangan.
6. Letakkan lagi sedikit minyak dan ulangi langkah-langkah tadi sehingga semua telur habis digunakan.
7. Letakkan telur yang siap dimasak di atas pinggan dengan lipatan terakhirnya di bahagian bawah.
8. Gulung dengan ketat menggunakan tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan. Biarkan keseluruhan
gulungan sejuk pada suhu bilik.
9. Potong menggunakan pisau tajam dan hidang bersama roti mil penuh dan salad segar.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook Volume 2, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Saturday, February 09, 2013

Anda ada masalah kulit seperti 

JERAWAT????

PARUT???

TONA KULIT TIDAK SEKATA???

 ...KAMI ADA PENYELESAIANNYA...

  

:::COMPLETE SUPPLIMENT FOR YOUR HEALTH AND BEAUTY :::


ORGANIC VITAMIN C PLUS ROSE HIPS (RM90/BOTOL)
+
COMPLETE FRUITS COLLAGEN (RM 90/BOTOL)
TAPI JIKA ANDA BELI 1 SET..... HANYA RM150.00 SAHAJA...!!!
  
 BERMINAT???? 
PM saya di Facebook :
https://www.facebook.com/VitCFruitCollagen 
atau SMS ke no 013-4142183




Lempeng Mil Penuh dengan Stew Epal
Wanie8:00 AM 0 comments


Bahan - bahan :

25 g (¼ cawan) tepung mil penuh
125 ml (½ cawan) tepung naik sendiri
125 ml (½ cawan) susu
1 biji telur
5 g (1 sudu teh) mentega, dilembutkan

Stew Epal :

100 g (1 biji) epal hijau/merah
125 ml (½ cawan) air
7 g (1 sudu teh) gula
14 g (1 sudu makan) mentega
Secubit serbuk kayu manis
30 g (2 sudu makan) yogurt rendah lemak

Cara Memasak:

1. Kupas buah epal, buang bijinya dan potong epal menjadi saiz kecil.
2. Cairkan mentega dalam periuk dan tuang air bersama gula. Didihkan dan masukkan epal. Renih dengan menutupnya sehingga epal tersebut lembut.  taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis ke atas  stew epal tersebut dan ketepikan.
3. Ayak tepung mil penuh dan tepung naik sendiri ke dalam mangkuk besar dan buat lubang di tengah-tengah sebatian tepung tersebut.
4. Campurkan susu, mentega, telur, dan gaul ke  alam tepung serta pukul perlahan-lahan untuk membuat adunan yang lembut.
5. Letakkan sedikit mentega ke atas kuali leper dan tuangkan adunan serta masak sehingga buih udara timbul. Terbalikkan lempeng untuk masak di bahagian sebelah lagi.
6. Hidangkan lempeng bersama stew epal dan yogurt.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook Volume 2, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my

Friday, February 08, 2013

Roti Paratha Berinti Bunga Kubis
Wanie7:57 AM 0 comments

 
Bahan - bahan :

200 g (2 cawan) tepung mil penuh/tepung roti
150 ml (¾ cawan) air
15 ml (1 sudu makan) minyak

Inti :

112 g (1 cawan) bunga kubis, dicincang halus
50 g (½ cawan) bawang besar, dicincang
1 biji cili hijau, dihiris nipis
10 ml (2 sudu teh) jus lemon
2 tangkai daun bawang segar, dihiris
1 inci halia, dicincang
Garam secukup rasa
Minyak untuk memasak

Cara memasak :

1. Ayak tepung bersama garam di dalam mangkuk besar dan gaulkan dengan minyak masak menggunakan jari. Masukkan 3/4 cawan air sedikit demi sedikit dengan menambahkan air jika perlu. Uli sehingga doh tersebut menjadi lembut dan kenyal, tutup dan biarkan selama 30 minit.

2. Untuk membuat inti, letakkan bunga kubis ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas cukup untuk menutup permukaannya. Tutup mangkuk dan biarkan selama 5 minit. Tapiskan bunga kubis yang telah lembut dengan menekan sedikit untuk mengeluarkan air sebanyak mungkin.

3. Di dalam mangkuk, campurkan bunga kubis, jus lemon, garam, daun bawang, bawang, cili dan halia. Gaul sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian.

4. Untuk membuat paratha, uli setiap doh menjadi lempeng nipis. Sudukan 1 bahagian campuran bunga kubis ke atas lempeng tadi dan lipat menjadi separuh dengan menekan bahagian hujung untuk menutup intinya. Bentukkan menjadi bebola semula. Uli semula doh tersebut berhati-hati menjadi leper kira-kira 5 inci (12 cm) lebar dan ¼ inci (½ cm) tebal, dengan tidak membuka intinya.

5. Panaskan dan griskan kuali leper dengan sedikit minyak. Seterusnya goreng paratha tersebut sehingga kedua-dua belahnya masak dan perang keemasan.

6. Hidangkan bersama kari dhal.

Recipe & tips extracted from Nutritionists' Choice Cookbook Volume 2, courtesy of Nutrition Society of Malaysia; to view the entire book, visit www.nutriweb.org.my